26 August 2010

Ape sudah jadi pada ovari saya?

Pada 25/8 dan 26/8 tahun 2010..aku diserang senggugut yang maha dasyat..sebelum ni penah jugak sakit tapi tak la sesakit yang kali ini. Muka aku pucat, badan menggigil dan sakit perut yang amat sangat. Teramat tegang bawah perut aku macam nak terputus rasanye. Susah la aku nak gambarkan macamana.

Harini aku pegi jugak klinik kat bangi ni. Mula2 Dr Shamsiah scan guna ultrasound, tak dapat nak cari rahim dan ovari. Dia nasihatkan aku minum air dan tahan kencing selama 2 jam..huhu..kul 3 aku datang balik klinik tu..check punya check..aku disahkan kena endometriosis peringkat awal. Apa tu? Kalo nak maklumat lanjut bole bace kt sini ENDOMETRIOSIS. Dr shamsiah kate ovari aku bengkak..aku tak caya tapi lepas dia tunjuk hasil ultrasound tu..baru la aku percaya. Selama ni aku just dengar je pasal ni tapi tak sangka plak jadi kat aku. Sedih pun ada jugak. Rase gelap masa depan..uhuhu..emo plak ko eh..hopefully ubat hormon yang aku dapat ni boleh la reduce bengkak pada ovari tu. Kalo tak kena operate..xmo xmo...Dr kata mungkin aku stress so hormon imbalance. hmm..xde la stress sangat..skali skala tu ade la..

** Ni la rupenye scan ovary aku..2-2 bengkak..yang sebelah kiri bengkak yang sgt besar..2 kali ganda dari biasa..

bagi sesiapa kaum hawa yang selalu period pain..yang teruk sangat silala berjumpa dr sebelum melarat..kalo dah melarat nanti..sendiri la tanggung..uhhuhu..doakan aku ya kawan2..semoga semuanya selamat..amin...


1 comment:

mazni said...

moga cpt sembuh...peace!