23 September 2010

tiada tajuk



Sesungguhnya aku rase berdebar-debar 2-3 hari ni.. Nape? aku pun xtahu weh..

Kalo minggu depan pun still macam ni.. sah la.......


kat mane nak letak sume shawl ni...

Entry ko mcm tengah jual shawl kan..padahal..arghh..gagal melawan nafsu membeli shawl..lame dh tau xbeli.. Tetiba 2 3 menjak nk terasa nk beli berjenis2 shawl. Aisshh..dh xmuat almari plak nk letak mane ni.. kali ni bertekad........




nak beli hanger khas tuk koleksi shawl..heheh
(bukan nye bertekad xmo beli shawl lagi..adesss)

Dok tgk2 yg jenis bulat2 ni..tp rasenya xsesuai la nak letak selendang shawl..nampak bersepah lagi ade la kan..


yang ni macam kemas sket kan..sesuai untuk selendang shawl. Masalahnye tak tau nak gantung kt ne..uhuhuh.. Ala..bende kecik pn ko xbole pikir ek paja..hehe


kalo beli yang bulat2 tu leh la gantung bende2 yang merepek2 bersepah2 kat bilik tu.. Aisshh..xpayah la..membazir je.. baik gantung tudung je cmtu..sengal..tp cantik la irdani.blogspot ni wat camni..such a good idea tuk menghias..hehe


Kalo dah beli hanger segala bagai tuk shawl2 ni.. Jawabnye shawl ko semakin bertambah la cik paja oii.. bole meniaga shawl plak kan..uhuhu.. Shawl hanye untuk kegunaan diri sendiri aje pun. Nanti nak update gamba2 shawl yg dh dibeli. Ade pertambahan daripada entry lepas..Adoiii..



22 September 2010

Memo Buat Si Belangkas


Saje2 blogwalking terbaca lak pasal ni..


Memo Buat Si Belangkas | iluvislam.com + discover the beauty of islam



p/s:: kepada kwn2 yang bakal mengakhiri zaman bujang tak lame lagi..tahniah guys..insyaallah xde aral aku pegi la ye..


kata-kata 2


Jika kejahatan dibalas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu
adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan
dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji

************************

21 September 2010

G & G



Why do girls talk so much and guys think so much?

cause girls have 4 lips and guys have 2 heads..LOL..

*******************

16 September 2010

Masalah

Masalah Fizikal

Kaki aku sakit. Pagi td hampir nk tergelincir dlm blk air masa nak pasang penyangkut towel. Licin. Tahan kaki dr terjatuh. Akibatnye lutut plak sakit. Mcm tersalah urat je ni. Adoii... Jalan dh terencot2..

****************

Masalah mental

Esok back to lab. Back to office. Walaupun cuti kan. Kaedahhhhnya...Back to back..hehe

****************

Masalah emosi

Emosi aku stabil... Hahaha.. itu masalahnya.

****************

So jgn create any probs yg boleh menyebabkan hormon ko tidak seimbang sekali lagi.

Sekian terima kasih

**saya yang pemalu**




14 September 2010

Airplanes - B.O.B feat Hailey Wiliams Paramore

Aku tetiba nak dgr lagu kapal terbang walaupun lagu ni dah berzaman. Nak copy paste videoclip kat sini tapi disable plak..

klik pada link di bawah untuk video

Airplanes - B.O.B feat Hailey Wiliams Paramore


Can we pretend that airplanes
In the night sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now (wish right now, wish right now)
Can we pretend that airplanes
In the night sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now (wish right now, wish right now)


Yeah
I could use a dream or a genie or a wish
To go back to a place much simpler than this
Cause after all the partyin' and smashin' and crashin'
And all the glitz and the glam and the fashion
And all the pandemonium and all the madness
There comes a time where you fade to the blackness
And when you're staring at that phone in your lap
And you hoping but them people never call you back
But that's just how the story unfolds
You get another hand soon after you fold
And when your plans unravel
And they sayin' what would you wish for
If you had one chance
So airplane airplane sorry I'm late
I'm on my way so don't close that gate
If I don't make that then I'll switch my flight
And I'll be right back at it by the end of the night

**airplane yg sedia terbang ke 'sana'***


13 September 2010

A Thousand Suns - LP


Tak sabar nak tunggu album Linkin Park yang baru - A THOUSAND SUNS release pada esok 14/09/2010. Tapi... X bole beli esok sebab keadaan kewangan yang tidak mengizinkan. Kena tunggu gaji la.. Tak pun ade sesapa nak hadiahkan? atau pun nak kena rompak kedai cd? dari ko rompak kedai cd baik ko cetak rompak dari internet. Tapi lambat jugak. Bersabar Faza. Ko kena dapatkan jugak.

******************

sesambil lyn streaming kt website LP. Zaasssss.. Layannnnn


12 September 2010

double vs triple

Semalam aku dan adik2 pergi bersiar2 menonton wayang Step Up 3. Sangat suka okay cite dia. Best. Cite tu dah lama jgk kt wyg, tapi baru berkesempatan nak tgk. Malas ar nak tgk Senario Asam Garam. Naik muak aku tgk kt tv ulang movie dia yang lepas2 membuatkan aku xmo tgk kt wyg. Rancangan raya tahun ni memang hampeh. Boring!

******************

Berjalan2 kt shopping complex pn boring jgk. Al maklum la. Banyak kedai xbukak lagi. Nak pegi karaoke tutup. Boling tutup. aishhh. Nasib Mcd x tutup. Bole la aku cuba burger Mcd yg baru;

Triple cheeseburger + Mc shaker fries with cheese + Large Milo ice
(beli guna duit raya dapat semalam)

**aku punye set**


**bersama adik2 yg melantak xhingat di mcd..aku tiada dlm gamba sbb xde org mau snap..hmmm**


Sedap tu mmg la sedap. Tapi aku rasa double pun dh cukup untuk kenyang tahap gaban. Kalo makan yg triple ni kire kenyang tahap dewa la. Sesapa yang nak cuba sila ke mcd berhampiran. Limited edition ni.. aku kalo bab2 limited2 ni mmg cepat je serbu. almaklumla..tak menyabo.

daaaaaaaaaaaaaaaa

kronologi ucapan raya

Salam lebaran buat semua. Sudah hari ke-3 kita menyambut bulan syawal. Aku bercadang nak puasa sementara x buat apa kat umah kan. Tapi..nafsu makan mengatasi segalanya..akan tetapi juga disebabkan atas sebab2 tertentu menyebabkan aku xbole nak mkn byk mcm selalu. Macam ade bende yang tersekat je kalo mkn byk2. Rase nak terkeluar balik. haishhh. Mcm morning sickness pulak kamu ni paja..heheh..

*****************

Tahun ni rasa seperti kekurangan. Tiap2 tahun kot aku ckp mcm tu. hehehe..xde la. bukan ape..dulu aku igt lagi..sebelum raya, dapat kad raya. Hari2 menunggu org bagi kad raya. Setiap kad tu mesti ade pantun mcm ni:

pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas.


another version;

pecah kaca pecah sampan,
sudah baca harap simpan.

Huhu..tersengih bile teringat balik psl bagi2 kad raya ni. pastu keluar plak version E-kad raya plak. Mase tu zmn gile main tenet. Chatting je kejenya. Tapi kad raya pos2 ni stil ade lagi. Pastu beralih plak pd zaman henfon. Dapat sms tak henti2. 2 hari nak raya tu henfon berbunyi 1 hari. Sampai ke pagi raya. Dapat forward mesej raya yang bermcm2 jenis. Skang zmn berFaceBook plak. Ramai yg wish selamat berpuasa ke..selamat hari raya ke..sume kt FB termasuk la aku. So SMS yg diterima pn semakin berkurang. Zaman akan datang ni xtau la camne plak kn. Silap2 xde dh org nk wish2. Kite tunggu dan lihat je jika kita ade kesempatan.

****************

Aktiviti raya aku kt KL ni as usual setiap tahun.. berkumpul dgn family abah. Jupe makcik pokcik sepupu sepapat dua pupu dua papat. Tiga pupu? eh.. belum lg la..over la tu..nnt terasa tua sgt aku ni..huuhu..seperti biasa la. Maaf-maafan, soseh-soseh jupe sepupu2 pompuan (ni keje org pompuan kn?) dan kutip duit raya (valid lg okay). Dan seperti biasa aku bwk adik2 jln2 and wat la ape2 aktiviti yg sepatutnya.

****************

okay..skang aku blur. Baru bgn tido. Membuka entry selepas bgn tido adalah sgt jujur. Betul ke?? Okay secara jujur nya aku lapa dan nk mencari mknn di dapur.

Sekian Terima kasih

Yang benar,

Cikpajahanim

(gamba terpaksa di crop sbb bergambar dpn umah sampah..chaiittt)


08 September 2010

Cintaku - Ukays

Memang aku boring gila la arini. Radio ni pun sekejup ok sekejup tak. Aku layan lagu lama. Selalu dengar kat komputer Khairi. Rase best plak. Meh kite layan jiwang. Lagu Ukays. Agak puitis bahasa dia. Aku xpaham okay! (BM mase SPM dpt 4 je..huhu) Takpe. Layan kan je lagu ni. Bakal masuk list karok ni. huhuhu...zaaaasssssss....





Cintaku - Ukays

Cintaku terukir dirangkaian sepimu
Terukur disimpulan senyummu
Terjalin dan cintamu restu

Cintaku dan cintamu kian berpadu
Dan cintamu terus bersatu
Selautan janjimu pastikannya tidak terjerumus
Digaul dalam kesuraman

Cintaku yg sejahtera
Rupanya mimpi semua
Fana yang ku gambar itu seketika

Segalanya tidak terduga
Dan cintaku mekar disalut cintamu
Segala sungguh terlara dan saksama
Dijanji tidak ternyata

Cinta.. katamu sungguh berpanah
Terlentur sangsi semerta
Cuma sejurus lalu terdera
Cinta tersiat luka terpunah
Hanya beralaskan tinta
Senjatamu dipena berderai kasih akhirnya

Segalanya tidak terduga
Dan cintaku mekar disalut cintamu
Segala sungguh terlara dan saksama
Dijanji tidak ternyata

Cinta.. katamu sungguh berpanah
Terlentur sangsi semerta
Cuma sejurus lalu terdera
Cinta tersiat luka terpunah
Hanya beralaskan tinta
Senjatamu dipena berderai kasih akhirnya

Cintaku yang sejahtera
Cintamu yang sementara
Demi sentosamu aku terpaksa aku terseksa

Cintaku dan cintamu kini membeku
Terkubur disimpulan dustamu
Selaut doaku hanya kuserah pada ilahi
Ku tuju jalan ketenangan
Ku tuju jalan ketenangan


p/s:: org lain mood raya. aku mood jiwang. eh salah..mood syahdu mahdu..heheh

sehari lagi

Sok cuti raya.. yeay..yeay...arghhh... Aku keje lagi hari ni..hehe.. Org lain dah lama dah cuti. Siap dah wat biskut raya, shopping raya, kemas rumah. Aku? Kuih yang ada adalah kuih tunjuk. Baju yang ada baju yang xdipakai lagi. Kemas rumah mungkin di pagi raya..huhhu... Nasib baik dekat rumah ada 4 hero yang sangat rajin mengemas rumah sempena raya ni. So kena kasi duit raya lebih kat mereka ni. Suka la tu?huhuhu..


Oleh kerana keje2 di opis sudah disetelkan sebelum cuti bermula, aku berehat2 di dalam opis yang sejuk mejuk ini sambil mendengar lagu raya kat radio hotfm. Syahdu plak dgr lagu raya arini. Teringat org jauh la. Rindunya. Tak tau la dia rindu kt aku ke tak kan. Perasan je lebih. Sudah ko paja. Sila main game..huhuhu..(motip?)


Owh. Aku tak tau nak merapu ape. Di kesempatan ini aku nak mintak maaf kalo ada terkasar bahasa, tersalah perilaku dan kekadang xperasan menyinggung perasaan org lain. Aku ni manusia biasa. Banyak buat silap. Halal kan makan minum ye. Ikhlas dari hati yang kerdil ini....

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.

(muram je eh gamba ni..xpe..ni menunjukkan syahdu di malam raya..heheh)


p/s:: Adik aku yang bongsu dah ajak tgk wayang mase raya nanti. Nak tgk senario kate nye.. Adoiii..kopak aku..huhuhu




04 September 2010

corat coret corot

Sudah 25 ramadhan kite berpuasa. Pejam celik pejam celik dah nak raya dah. Aku balik KL sekejap. Traffic jam as usual setiap tahun sebelum raya. Hmmm.. Org ramai dah start cuti raya. Nak shopping raya. Tak kurang jugak ada yang dah start balik raya. owhhh. Ko jeles ke cik paja?... Toksah jeles la. Umah ko sekangkang kera je dari Bangi tuh. Nak balik pagi raya pun sempat lagi...huhuhu.

"perjalanan jauh tak kurasa kerna hati ku melonjak sama ingin berjumpa sanak saudara yang selalu bermain di mata"

(sudah..sudah..xperlu kot ko nak nyanyi lagu ni. Tak sesuai dengan situasi balik raya ko skang)

****************

Bahagia hari ni dapat berbuka kat umah ngan family. Semua ada kat umah. Owh.. mane aku nak tido ni?blasah je la. Janji dapat tido. Harini berbuka puasa Nasi Ayam Faridah Mahmood.. perghh..sodap la..hingga menjilat jari dan pinggan. Mak masak sedap sangat sehingga rasa nak tertido kekenyangan. Pastu abah pegi amik bubur lambuk kampung baru ditambah lagi ayam percik. Seronok kot tgk anak2 balik umah bukak posa same2.


****************

Berehat-rehat sambil tengok tv3. Best pulak cite cerekarama mlm ni. Isu agama dan perkauman skang makin menjadi. Baca la kat dlm Facebook tu. Macam2 isu hina agama berlaku dalam negara kita. Dah lama bende ni wujud tapi lately makin teruk. Katanya isu2 agama ni sensitif. Masing2 bebas beragama. Tapi lain pulak skang ni. Tengok berita tadi pun sekumpulan anti Islam nak bakar al-quran sebagai tanda protes dan mengigati serangan WTC pd 11 september. owh..macam tu kire menghormati agama org lain ke? Time tu plak org islam akan menyambut hari raya aidilfitri. Macam2 la orang yang xde keje ni. Apalagi la orang2 macam ni nak buat ye. Hmm..Kite doa je la banyak2 supaya mereka2 ini mendapat hidayah dari-Nya.

*****************

Nak makan ayam percik...daaaaaaaaaa.....



03 September 2010

hujan kelmarin - taxi band

Setelah kepenatan berhari2 sebelum ni, rasa bahagianya dapat rehat2 di opis yang sejuk-mejuk ni. Sakit gigi ni semakin berleluasa membuatkan aku x banyak bercakap pada hari ni. Rase mencengkam2 je kepala aku menahan sakit. Makan kapsul Hurix sakit gigi tu pun berkesan skejap je, pastu esok nya sakit balik. Tak leh nak menulis ape2 lagi la. Adoiii..otak jem..nanti la aku tulis..nak layan lagu je arini..tengah layan lagu di bawah..malas nk tepek video..letak lirik sudah..

hujan kelmarin - taxi band

[*]
Kau datang padaku
Membawa luka lama
Ku tak ingin seolah
Semua seperti dulu

[**]
Tak ingin lagi rasanya ku bercinta
Setelah ku rasa perih
Kegagalan ini membuat ku tak berdaya

[***]
Tak dapat lagi rasanya ku tersenyum
Setelah kau tinggal pergi
Biar ku sendiri tanpa hadirmu kini lagi


Back to [*][**][***]

Back to [**][***] 2x


p/s:: lagu ini tiada kena mengena antara yang hidup dan yang mati okay!