04 September 2010

corat coret corot

Sudah 25 ramadhan kite berpuasa. Pejam celik pejam celik dah nak raya dah. Aku balik KL sekejap. Traffic jam as usual setiap tahun sebelum raya. Hmmm.. Org ramai dah start cuti raya. Nak shopping raya. Tak kurang jugak ada yang dah start balik raya. owhhh. Ko jeles ke cik paja?... Toksah jeles la. Umah ko sekangkang kera je dari Bangi tuh. Nak balik pagi raya pun sempat lagi...huhuhu.

"perjalanan jauh tak kurasa kerna hati ku melonjak sama ingin berjumpa sanak saudara yang selalu bermain di mata"

(sudah..sudah..xperlu kot ko nak nyanyi lagu ni. Tak sesuai dengan situasi balik raya ko skang)

****************

Bahagia hari ni dapat berbuka kat umah ngan family. Semua ada kat umah. Owh.. mane aku nak tido ni?blasah je la. Janji dapat tido. Harini berbuka puasa Nasi Ayam Faridah Mahmood.. perghh..sodap la..hingga menjilat jari dan pinggan. Mak masak sedap sangat sehingga rasa nak tertido kekenyangan. Pastu abah pegi amik bubur lambuk kampung baru ditambah lagi ayam percik. Seronok kot tgk anak2 balik umah bukak posa same2.


****************

Berehat-rehat sambil tengok tv3. Best pulak cite cerekarama mlm ni. Isu agama dan perkauman skang makin menjadi. Baca la kat dlm Facebook tu. Macam2 isu hina agama berlaku dalam negara kita. Dah lama bende ni wujud tapi lately makin teruk. Katanya isu2 agama ni sensitif. Masing2 bebas beragama. Tapi lain pulak skang ni. Tengok berita tadi pun sekumpulan anti Islam nak bakar al-quran sebagai tanda protes dan mengigati serangan WTC pd 11 september. owh..macam tu kire menghormati agama org lain ke? Time tu plak org islam akan menyambut hari raya aidilfitri. Macam2 la orang yang xde keje ni. Apalagi la orang2 macam ni nak buat ye. Hmm..Kite doa je la banyak2 supaya mereka2 ini mendapat hidayah dari-Nya.

*****************

Nak makan ayam percik...daaaaaaaaaa.....



No comments: