01 November 2010

Petua hilangkan sakit gigi

Ini ade sedikit info atau petua org dulu2 berkenaan dgn sakit gigi.. aku saje search2 kt google nak tgk mknn ape yg bole aku makan sepanjang sakit gigi ni.. adoi.. xlarat aku nk mkn bubur ari2.. tapi terjumpa plak petua nak cure sakit gg ni.. meh jenguk2..mane tau korang plak sakit nnt.. hahhhh.. rasekan...hiyarrkkk...


KURANGKAN SAKIT GIGI

Sakit gigi amat menyakitkan. Ia membuatkan anda tidak tenang, cepat marah dan tidak boleh membuat kerja dengan selesa. Caranya, ambil setangkai bunga cengkih dan masukkannya ke dalam gigi yang berlubang. Biarkan beberapa ketika, sakit gigi anda akan berkurangan perlahan-lahan.
(patutla aku emo sepanjang sakit gigi ni.. semua nk kena penerajang ngn aku..tapi gg aku xberlubang..dh tampal..mane plak aku nk letak bunga cengkih ni..adoiiii..)

** bunga cengkih bagi sesapa yg x kenal..hehe**


HILANGKAN SAKIT GIGI


Sakit gigi membuatkan anda serba tidak kena dan mudah marah. Untuk menghilangkan rasa sakit gigi, cuba minum air rebusan kulit pokok dan daun pokok gajus. Atau ambil pucuk dan daun pokok cengkih lalu dikunyah-kunyah atau tumbukkan daun serai hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur. Boleh juga ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Insya-Allah sakit gigi anda cepat hilang.
(serai?yes.. zana ade teh serai.. zana.. zana.. nak ckit!)

**aku baru kenal daun pokok gajus ni mase g umah makcik aritu.. kelat gile weh**



BENGKAK GUSI

· Gusi bengkak boleh diatasi dengan mencuba petua ini. Ambil 5 helai daun jarak, satu liter air bersih dan sesudu besar air kapur sirih. Rebuskan ramuan ini dan minum airnya.
(daun jarak ni mende plak..mustahil aku nk wat)

** ini la daun jarak.. mano den nk cari ni..**


· Petua kedua ialah dengan mengambil umbut nanas. Hancurkan dan campurkan sedikit garam halus. Tampalkan pada gusi yang bengkak.
(bole cuba ni.. beli nanas dlm tin bole x?)

** ini pulak umbut nenas..arghh..guna nenas je la..susah2 aje**


Petua2 lain yg bole dipraktikkan atau yg bersangkut paut dgn sakit gigi:


BAWANG PUTIH HILANGKAN SAKIT KEPALA


Jika anda sakit kepala, cubalah petua ini untuk mengatasinya. Ambil seulas bawang putih dan dibelah dua. Kemudian tampalkan di sebelah kir dan kanan kepala seperti menampal plaster. Biarkan sehingga sakit kepala hilang, lakukanlah berulang kali jika anda sering sakit kepala, dengan cara ini lama-kelamaan sakit kepala akan hilang. (uik..mcm pakai koyok plak letak bwg putih kt kepala..bole cuba ni.. huhuh)


HILANGKAN KESAN LEBAM BAWAH MATA

Bagi mereka yang memakai cermin mata, sudah tentunya di bawah mata akan kelihatan kasar dan hitam serta ada kesan lebam. Untuk mengembalikan kelembutan kulit pada bahagian itu, mudah saja. Ambil sedikit minyak sapi dan sapukan pada bawah mata perlahan-lahan bermula dari kanan ke kiri. Kemudian biarkan 10 hingga 15 minit. Lakukannya pada sebelah malam sebelim hendak tidur. Tetapi ingat, selepas tempoh itu, bersihkan semula muka anda kesan positif beberapa hari kemudian.
(petua ni cam senang.. xyah beli krim mata mahal2.. tepek minyak sapi je.. aishh.. abis la bau lembu nnt..hehehe



nak petua lain2?..korang klik kat sini... ade lebih kurang 100 petua.. jenguk2 la..

2 comments:

Hanis MY said...

Salam ziarah..terima kasih berkongsi petua...

cik paja hanim said...

welcome..thanks become my follower..:)