30 December 2011

Miang gatal part 2


Arghh. Tension la. Badan aku still gatal-gatal lagi. Dari awal bulan haritu aku mengalami kegatalan badan. Ape pun xbleh nak makan. Katenye alergic. Bila dah pantang, tetap naik jugak gatal-gatalnya especially malam. Ke memang angin gatal datang memalam ajer? Hahahaha. Tu gatal lain barangkali. Hahaha. Adoi. Tadi pegi amik ubat gatal miang keladi. Katenye mungkin aku allergic perfum plak. Allergic dgn benda-benda yang wangi. Bila jadi macam ni ade beberapa langkah yang aku amik untuk atasi miang gatal ke daun aku ni. huhu.




  1. Tak bole pakai sabun atau shower foam yang wangi-wangi. Dah la shower lifebuoy aku banyak lagi. Skali kena beli sabun baru. Membazir. Oleh itu, aku disyorkan beli sabun Sebamed. Nak beli yg liquid mahal gilos. 
  2. Kena makan ubat gatal. Ala. Ubat tu ubat selsema. Kedua-dua adalah ubat yang sama. So kalo korang penah selsema then tetiba pastu ade gatal-gatal, bole amik ubat selsema as ubat. Oleh sebab aku jarang selsema, aku xde stok ubat gatal. Pegi beli di farmasi jer...
  3. Selain tu, aku dinasihatkan makan supplement. Aku ade amik vitamin E. Tadi saje je pharmacist tu suh aku beli supplement ACE selenium plak. Katenye selenium tu cuci darah. Try makan sebulan dgn vitamin E yg aku ade. Ok. Terpedaya. Aku beli jugak.
  4. Dah mandi tu kena letak ubat sapu plak. Dah masuk 3 jenis ubat sapu aku beli. Memula krim tuk antibakteria. Kali kedua antifungus plak. Takde kesan dan aku amik krim tuk allergic. Taik kuda betul. Kalo dah kate aku allergic suggest kt aku krim tuk allergic kan senang. Saje la cari duit derang ni.
  5. Tak bole pakai perfum. Ala. Tak wangi la cenggini. Yang aku pelik. Kalo sbb perfum atau bende berwangi, aku pakai deodorant bende wangi jugak. Takde plak gatal ketiak. Ish. Komplikated nye hidup. Itu tak bole. Ini tak bole.
  6. Bab makan pun satu. Semua bende tak bole makan. Kecuali ikan. Telur pun xbole makan. Uwaaaa..Nasib bole makan nasik. Kang kalo aku kurus sape susah?aku jugak. Kang kena beli spender baru sebab semua londeh. Hahahaha. Kan membazir tu. Membazir amalan syaitanirajimmmm.
Dah lah. Aku pun tergaru-garu dah ni. Nak kemas-kemas bilik sebab angkut barang-barang opis balik umah. Last day kat office. Dan aku dalam dilema dan masih dalam dilema. Semoga keajaiban akan berlaku dalam masa terdekat ni. Aminnnn.


28 December 2011

27 December 2011

tahniah ye encik!

Hai hai semoranggg. Selamat malam.
Malam ni saja nak bukak satu entry pendek.
Just nak ucapkan tahniah kepada kawan superbaik saya dahulu kala.
Kerana dengan ini, beliau telah mencemar duli menelefon beta.
Bahawasanya beliau telah dapat tawaran untuk further study di Ostolia.
Uwaaaaaa. Uwaaaaaaaaaaa. Uwaaa.
Toksah nak melalak sangat la.
Aku bukan apa. Apa-apa yang berkaitan dengan dia, aku mesti mimpi dapat petanda.
Dah 2 kali dah macam ni.
Mase dia grad dulu n yg kedua dia pegi oversea. Siap aku nangis-nangis anta dia.
*rasa nak tampar diri sendiri nape aku buat mcmtu dalam mimpi*
Takpela. Rezeki ko. 
As you wish, nanti aku hantar ko dekat airport ye.
Dan seperti yang ko cakap tadi, aku akan jemput ko kat airport selepas 4 tahun.
Tu pun kalo ko still keep in touch ngan aku.
Ntah-ntah dah g sane terus lupakan aku kat sini. Sob sob.
Sebagai kawan dan pernah menjadi kawan baik ko suatu masa dulu,
aku doakan ko selamat kat sana. Pandai-pandai la bawak diri.
Aku pun nak pegi ostolia jugak. Insyaallah kalo ade rezeki dapat sambung belajar jugak.
Doakan aku juaaa ye kengkawan. 
Kalo 40 org doakan aku, cepatla aku ikut jejak langkah kawan-kawan yang further study kan kan. Huhuhu.

Okla. Tgh tengok halaqah ni. Topik dia best plak. daaaaaaa..



26 December 2011

keradangan kulit


Tension. 
Badan aku gatal-gatal. Aku tak tau aku allergic ke ape.
Dah pegi farmasi, pharmacist tu kate aku allergic.
Suh avoid makanan favourite aku buat mase ni.
Arghh. Camane aku nak hidup tanpa seafood ni.
Hari-hari kena makan ayam? Lama-lama muka pun macam ayam.
Owh ye. Ikan kan ade. Daging. 
Kena makan ubat gatal, mandi pakai sabun sulfur dan sapu cream. Aku tak suka benda berutin ni.
Tangan dan kaki dah macam kena chicken pox. 
Uish. Nauzubillah la kena. Seksa.
Ni pun dah cukup seksa tergaru-garu macam ape.
Ni satu hal plak nak hilangkan parut. 
Bye-bye udang dan sotong buat mase ni.
Gonna miss u. :((


25 December 2011

Nak buat bisnes plak?


Assalamualaikum, hai-hai semorang. How's ur weekend plus cuti-cuti tambahan korang amik tuk tahun 2011 ni? Aku? Memang kena abiskan cuti la sebab bukan leh bawak ke depan pun. Adoi. Lagi bape hari je masuk tahun 2012. Nampaknya memang xde jawapan la keja-keja yang aku apply ni. Mau tanam anggur la aku camni. Mmmm. Bos nak sambung aku n keri. Tapi dia bayar aku as GRO RA. Aku pun berkira-kira jugak nak terima ke tak. Bukan sebab bayaran. Tapi perangai dia tu buat aku tawar hati nak terima. mase aku jd RO pun teruk keje mcm kuli, kalo jd RA kompem lagi teruk. Tapi lepas aku buat istikharah, aku rase aku terima la dulu jawatan RA tu buat sementara. Mungkin ade hikmah disebaliknya. Aku dah cakap awal-awal, kalo aku dapat keje lain memang xde kompromi la. Aku blah je. Dia pun setuju.

Dalam keadaan macam ni, ade la beberapa membe ajak buat bisnes. Macam-macam la. Bukak cosway, learning centre la, bisnes online tudung la. Tapi dalam banyak-banyak tu, aku memang dah lama menyimpan hasrat nak jual tudung online and offline. Dah lame nak mencuba tapi disebabkan agak busy dan susah nak fokus, aku tangguhkan dulu. Memandangkan dah downgrade jd RA ni, aku rase boleh la aku mulakan bisnes ni. Nasihat dari membe aku, nak buat bisnes ni, apepun mesti kena mula. Jangan tangguh. Sambil-sambil ni aku kena bace-bace sket tips-tips and prosedur nak jual online. Kena wat research sket. Insyaallah. Coming soon. Nanti kalo aku jadi nk sambung phd plak kang lagi liat nak start kan. Wish me luck kay!

Okay la. Selamat malam semua. Movie pun dah siap download. Mau tutup komputer. Sambung esok. Daaaaa..


24 December 2011

sesi pelepasan jawatan


Apa lagi la boss aku ni. Keja nak mengamuk je. Sabar la. Kitorang pun nak benti keje dah ni. Dua tiga harini kejenya hantar sms panjang berjela. Kalo timing betul takpe jugak. Ni memalam buta mesej macam tak bole nak jupe keesokan harinya. Menggelabah nenen org tua ni. Aku penah cakap ngan dia pasal sms malam-malam. Dia kate tak payah reply msj dia kalo dah malam. Aku pegang kata-kata dia. Tak hingin aku nak reply. Tapi bila dapat msj macam tu bila dah tidor, kompem tak leh tido pastu. Adoiii. Tak cukup dengan mesej. Dengan email tak yah cakap la. Sampai cc kat org yang tak berkenaan. Gi cc kat naib canselor, timb naib canselor, dekan, bendahari, pendaftar. Kalo bole satu ukm ni nak bagitau. Kelakar. Kelakar. Tak profesional langsung. Bawak-bawak bersabar la dalam hal keje ni. Awak dah lama kot keje situ. Tunjukkan la sikap yang elok sket kat orang bawah. Baru la kami org bawahan bole respek bos macamni. Takpela. Nasib baik la ko bos. Tapi kalo aku jadi bos la kan, aku harap aku tak la perangai cam dia ni. Burok benar. 

Last but not least, aku petik ayat dari emel last dia tentang pergaduhan pelepasan jawatan Ayat ni bukan ditujukan pada aku. Tapi ditujukan oleh bos kecik kepada bos besar. Ntah ape-ape aje.

"Semoga dengan rahmat Allah, kita dapat jumpa di Syurga nanti....insyaAllah" :p


p/s: ni mukadimah tuk sesi pelepasan jawatan. Sesi seterusnya kena tunggu hari rabu.


22 December 2011

baking project #4 - puding roti coklat chip


Wah. Tak sangka. Baking project dah masuk yang keempat. Tapi tak pro-pro jugak. Takpe. Belajar je la kan selama mana pun. Belasah je apa ko nak buat. Sedap ke tak lain cerita. Kalo tak sedap cuba lagi. Kalo sedap buatlah lagi. Hehehe. Kali ni cikpaja buat puding roti plak. Ala. Mesti ramai yang tau buat kan. First time cheq buat puding roti tawww. Rupa-rupanya simple je puding ni. Nak sedap kena makan ngn kuah kastard. Sedap tau kalo makan panas-panas masa minum petang atau sebagai dessert bile buat jamuan keraian or ape-ape jamuan la. Bagi sesapa yang tak tau nak buat puding roti ni, korang search je kat mr google tu. Melambak-lambak resepi puding roti yang macam-macam jenis. Pening nak pilih yang mane satu. Tapi ape pun kite mesti pilleeyyyy..

roti direndam dengan susu segar dari ladang selama 1/2 jam..nak kasi lembuttt. 

selepas dibakar..

tadaaaaa...sepotong puding bersama sos kastard..itadakimasss


21 December 2011

wordless wednesday #10 - koleksi seluar dalam



macam-macam ade..pilih-pilih..:p


20 December 2011

Azam 2011 - Tercapai kah?


Assalamualaikum semua. Malam ni aku tak mo cite pasal baking project or any project related dengan masak memasak. Ingat ni blog masakan ke. Laser diri sendiri. Masak memasak ni adalah sekadar hobi memenuhi masa lapang. Pastu nak asah skill memasak ko. Dibuatnya aku kena kawin esok, tak ke menyesal tak reti memasak. Okeh dah dah. Kate takmo cite pasal memasak.

Tahun 2011 dah nak berlabuh dah ni. Dah bulan 12 dah. Skang ni pun aku dah agak stress dengan life aku yang tak tentu arah. Bukan xde pedoman, tapi aku rase hidup aku agak kucar kacir. Tak macam tahun-tahun lepas. Bila kite mengharapkan sesuatu yang baik datang pada kita, dalam masa yang sama ade jugak benda yang kita kena berkorban. Malas aku nak bagi contoh sebab aku rase pembaca blog aku sume dah besar panjang. 

Cakap pasal azam 2011 pulak, ade yang tercapai, ada yang tak. Sebenarnya azam aku lepas aku setel master, aku niat nak kawin. Master setel tapi azam nak kahwin dengan orang tersayang tak kesampaian pulak. Hah. Kan aku dah terbagi contoh. Name pun azam kan. Kalo tak tercapai bawak ke tahun hadapan. Sape tak nak kawin kan. Mulut kate takpe tapi hati meronta-ronta. Cakap pasal soal jodoh, aku pun tak bole nak cite bebanyak sangat sebab aku pun tengah sebak. Kalo aku stress sume perkara kecik besar  bercampur memang jadi super stressssssssss. Bila cakap soal kawin ke lebih lebih lagi kalo orang tanye pasal kawin rase nak bagi makan heel aku ni biar sampai gigi dia jongang. Sensitip la org tanye macam tu. Bole nangis dibuatnya. Tapi takkan la aku nak marah orang tanye camtu kan. Bukan dia tau pun masalah aku ke ape sebab aku dah 28. Nak masuk 29 kau. Tapi pengalaman cinta aku tahun ni paling pahit dan paling banyak aku menangis. Lebih-lebih lagi tau dia bahagia plak dengan orang lain. Takpela. Aku anggap itu dugaan Allah nak kasi. Aku kena kuat hadapi benda ni. Aku pun tak tau nak cerita dengan sape.  Family aku pun tak tahu ape yang berlaku kat aku tapi diorang tahu aku byk bersedih tahun ni. Takpe la. Aku tahu dia berhak bahagia dengan orang lain. Aku doakan kebahagiaan dia walaupun aku rase terseksa yang amat sangat! Bila dah jadi macam ni, memang takde hati langsung nak pikir pasal masa depan. Hal berkeluarga. Serabut. 

Tahun ni jugak aku senang sangat sakit. Macam-macam. Cepat demam. Batuk yang kerap. Period pain yang agak teruk. Rupa-rupanya ovari bengkak. Tapi alhamdulillah dapat kurangkan. Lepas tu aku dah tak kena period pain. Ajaib sungguh kuasa tuhan. Bila kita doa, insyaallah tuhan akan makbulkan doa kita. Kena usaha dan tawakal. Semoga tahun 2012 dan seterusnya aku dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur. 

Cerita pasal kerja pulak. Kerjaya aku sebagai RO kt UKM ni berakhir pada ujung tahun 2011. Setelah bekerja sebagai RO hampir selama 4 tahun, macam - macam pengalaman yang aku dapat. Bekerja dengan bos yang unpredictable, egoistik, superbusy sehingga mengheret org lain skali busy dgn dia. Takpe. Itukan pengalaman. Ko keje tempat lain belum tentu bole dapat boss yang ko nak. Takmo ar ckp psl boss. Buat spoil mood je. Sepanjang berkerja, aku senang sangat dengan bebudak labmate mak enon. Mereka sangat la baik dan menghormati aku sebagai senior mereka. Ewah. Akk tak buli adik2 tawww. Tahun ni pulak banyak meluangkan masa dengan officemate yang happening dan gila-gila remaja. gituuuu. Sorry kawan-kawan. Saya memang pembuli orgnya. Tapi korang tau kan aku ni suka bergurau. Harap-harap takde sape yang terasa hati. I love u all guys. Semua kawan-kawan aku adalah super awesome! 

Okla. Saje nak highlight 3 benda utama sepanjang 2011. Benda-benda kecik takmola aku nak cite kat sini. Aku pun sesaja buat entry ni sebab nak masuk 2012 dah dan aku nak biar perkara-perkara yang menggembirakan berkekalan sehingga akhir hayat. Pengalaman dan kenangan pahit itu biarla dia berkubur and please go away. Jangan jadikan satu beban dan penyebab stress. 

Kite berjumpa nanti di next entry. Azam 2012!

p/s:: Azam kononnnnn...puiiiii!


19 December 2011

baking project #3 - cheese cake no 10


Ko tengok tajuk di atas. Bukan kemain lagi aku buat cheese cake kan. Aku ni memang penggemar cheese cake. Tapi serius aku memang tak reti. Bila aku bace-bace dalam internet tengok resipi-resipi cheese kek ni, macam senang plak. Tanpa membuang masa aku pun buat la cheese cake. Tapiii....guna tepung instant. Kuang-kuang. Memang tak aci. Aci tak aci la. Bukan murah k nak beli. Guna tepung, susu segar, gula dan telur. Nak dijadikan cerita, disebabkan terlalu mengikut resepi, amik ko. Kek cheese aku ni berat gile. Sebab terlebih telur. Dan kaler dia pun wane kuning pelik. Apepun, belasah aje la. Sedap ko walaupun dah tak mirip kek cheese. Takpe la. Next time aku buat cheese kek yg guna philadelphia punye cheese tu. Aku penah guna mase buat tiramisu dulu. Memang sodap la. Aku tak tipu. hehehe.

kek yang telah siap dibakar. sebelah kiri tu whipped cream kaler pink lembut..

sapu whipped cream tu rata2 atas kek..

tadaaaaaa...dah siap disapu..pastu nk dihias plak atas kek ni..

burok gile decorating ni..ala..first time kot..letak no 10 sebab no rumah sewa kami..heheh..cheersss...~~

p/s:  kasi org lain rase..katenye sedap..well..xleh nk ckp ape la kan..hahah


16 December 2011

Best ke ombak rindu?




Hai hai hai korang semoaaa. Kengkorang dah tengok ke ombak rindu? Ala. Mesti semua tau la cite yang tengah hot tuh. Katenye dah sepuloh juta dah kutipannya. Aku pun salah seorang penyumbangnya dan aku mungkin orang yang ke 270883 kot. Tak kisah la tu semua. Aku tengok semua orang dok hupdate status ombak rindu ni baik dekat facebook mahupun twitter. Ade yang tengok sampai 3 kali berturut-turut, pastu dok meroyan nak tengok cite ni lagi. Haishhhh. Sampai macam tu eh. Walaupun ex-bf aku si Aaron aziz tu berlakon dalam cite tu, aku xde la sampai nak meroyan tengok ombak rindu ni. Sebab pada aku cite ni biase-biase jer. Cite melayu yang tipikal. Best lagi cerita petang-petang tu, Tentang Dhia yang skang ni aku tengok dah macam cerita keliwon malam jumaat. Serrraaammm.

Berbalik pada cerita ombak rindu tu, aku kasi 3.5 bintang je. Sebab cite dia macam banyak yang dicut. Macam tak puas tengok. Ramai yang dok sob sob dalam wayang kat Alamanda aritu tapi aku siap bole tergelak-gelak tgk cite ni. Bak kate kawan aku, HATI BATU KO NI!. Ala. xsedih sangat la. Sedih lagi kes aku putus cinta. Korang nangis-nangis pun cerita tu happy ending jugak. Tapi satu bende je la aku kena admit, tiap kali aaron aziz tu muncul, perghhhh..inzal ko. Memang cair la. Aku nak nangis sebab dia hensem sangat. Serius tak tipu. Korang yang pompuan kalo kate aaron tu tak hensem, memang korang ade masalah mata yang kronik. Tapi kan, walaupun ade pelakon hensem dan cantik dalam cite tu, cite tu tetap tak buat aku nangis. Bak kate kawan skolah aku, kalo aku nangis kompem banjir putrajaya tu hah. Kuang asam!





Bagi yang tak tengok lagi seperti biasa la, tengok astro first je la. Kalo ade bab-bab ranjang tu, korang tutup je mata anak-anak korang. Ala. Takde la ranjang sangat pun. Biasa jerr. Tapi terpulang la pada masing-masing. Kalo korang rase bab macamtu bagi kesan sangat kat korang, baik toksah tengok. Aku rase cite-cite omputih ke lagi teruk. Bole plak tengok sepuloh kali kan. 

Dan jangan lupa, korang kena layan jugak lagu ombak rindu. Lagu ni best la pada aku. Lagu ni je yg bole buat aku sedih ye. Bukan sebab cerita. Tapi terpulang la. Kalo korang nak sedih sebab cerita pun, aku no hal punye. Masing-masing punye feeling kannnn. Cekidautttt



Ombak rindu - hafiz dan adira

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku




Baking project 2# kek lapis karamel yummeehhhh


Actually baking project gaya orang bujang kali ni dah lama dah buat. Dah licin licau dah kek nya. Kami pun tak tau nak letak nama ape kek ni. Kek lapis warna warni caramel la kot? Bole la. So semangat kan nak membakar-bakar ni. Sebelum ni beli je kek ni dari kakak housemate aku, daya. Kali ni try buat sendiri la. Nak buat kek ni memerlukan kerahan tenaga seramai 3 orang. Ala. kalo nak buat sengsorang pun bole. Tapi sebab nak belajar sama-sama kan, so aku, daya dan zana membakar diri tuk buat kek ni. Ko ingat cikgu je membakar diri, kitorang pun membakar diri tau nak buat kek ni. Alhamdulillah jadila. Jom jenguk-jenguk gambo kek yang kami buat..

adunan dibahagikan kepada 3 kaler..aku wat kaler kuning di raja gituuu

tuang layer by layer dalam keadaan membulat ye adik2..

dah jadi dah bulat kecil bulat kecil bulat yg besarrrrr

kasi corak sket...tarik ngn garfu..ready utk dibakar..

selepas masak, bujang stail pakai tutup periuk je ko...

siap sedia untuk dimakan dan disimpan dalam peti..nyum-nyum

p/s:: kek ni sedap korunk..xcaya meh try sket..nyummeeehhhhh...



14 December 2011

wordless wednesday #9 - nak cari kayu..nak cari kayu..



p/s:: Misi mencari kerja 2012..uwaaaaa

12 December 2011

My best friend wedding

Tahniah kepada kawan baik gua, Mohd Reduan Abu Bakar yang telah mendirikan rumah dan tangga dengan isterinya pada 11 Disember 2011. Semoga dirahmati dan berbahagia ke anak cucu cicit. Sesungguhnya Red, Amir jeles ko dah kawin. Bukan Amir jer, aku jugak! Apepun jangan lupa kami yang bujang ni. Turun KL jangan lupa roger.








p/s:: umur kami-kami ni memang dah tahap wajib kawin dah..huhuuh


08 December 2011

penerang hati - sixth sense ft saujana


Meh la layan lagu ni. Baru teringat nak tepek kat sini. Layannzzzzz


Penerang hati  - sixth sense ft saujana


Mencinta Mu terangkan jiwaku
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku

Tak akan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu


Chorus
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Jangan pernah kau menjauh

05 December 2011

Spongebob sandwich toaster

Selamat pengantin baru pada kengkawan yang baru sahaja berkahwin. Memang banyak la walimatulurus sampai aku tak sempat nak pegi. Bile dah rancang nak pegi tetiba jem la, accident la. Aishhh. Macam-macam. Apepun tahniah kepada pengantin baru sekalian. Semoga sentiasa bahagia sehingga ke anak cucu. Ameennnnn.

Cakap pasal kahwin, aku tak nak cakap pasal bape banyak habis, tema perkahwinan ke, malam pertama ke. Whatever. Aku just nak share hadiah kahwin yang aku dan officemate beli untuk Ina dan Shafiq. Mula-mula nak beli oven sebab Ina ni suka la membakar kek segala tapi dia xde oven. Tapi kecewa sebab oven yang nak dibeli tu xde stok. So aku dan kak wan berpakat beli beberapa barang sebab orang yang kongsinya ramai. Takkan datang bawak satu adiah je. So kitorang beli 3 adiah. Salah satu adiah yang jadi faveret aku dan kak wan ialah sandwich toaster spongebob. Meh tengok camane rupanya..

sandwich toaster spongbobooooo
tengokkk..ade spongebob!

suka..suka..spongebob atas rotiii

Add caption
 * semua gamba di atas adalah diperolehi dr pakcik google*


Cantik kan?cakap la cantik, pleaseee. Sape-sape yang suka benda comel-comel bole la grab 1 buat koleksi. Bagi sesapa yang ade anak bole beli untuk bagi anak-anak suka makan roti sandwich. Sandwich maker spongebob ni brand Cornell. Harga RM79 kat Seng Heng. Kat tempat lain cheq tak taw la. Cheq tak mao amik tawww. Heheh. Harap-harap Ina suka la. Aku pun akan beli 1 ni. Takpun aku tunggu la orang bagi adiah kawin aku yang tak tahu bile. Silap-silap time aku kawen nanti ade gamba retis plak atas roti. So apa lagi. Beli cepat!!


p/s: lebih suka dgn patrick star yg comel ituwww..auuuwww


si comel bernama....


bukan budak sebenar *google*

Di satu petang di sebuah klinik swasta bangi, aku dan gee menunggu kawan aku yang risau akan dirinya yang tak period lebih dari 2 bulan. Mengandungkah? Oh tidak. Katenya dia tidak pernah disentuh lagi. Ok. Itu sangat celaka kalo ko pregnant. Tetiba ade budak kecik lebih kurang 2 tahun camtu makan kacang pandai depan aku. Tau kacang pandai? Ala. Kacang pistachio tu. Mesti pandai budak ni. 

Aku: Hi, name cape? (pelat ngade2)
Bdk tomey: 8*8888*** (tak bape nak jelas plak dengar) 
Aku: Huh? Jenab?
Gee: Aish kak faza. Takkan jenab kot.
Aku: Yela. Takkan la kot kann..

Aku tak puas ati selagi tak tau name budak yg kiut miut ni. Aku tanye lagi nama dia. Kali ni aku dengar dia sebut Dania pulak. Owh. Sedap name dia. Sesuai dengan muka dia yang comey tu. Aku panggil-panggil la dengan nama Dania plak. Dania..Dania...Dia tak pandang plak. Ish3 budak ni. Jual mahal plak. Aku tak puas ati aku tanye la dekat maid dia yg kusyuk tgk tv tu.

Aku: Kak, name dia ape? (Maid tu senyum-senyum je tengok aku)
Maid: Nama dia zainab.
Aku: errrrkk..(muka tahan ketawa)

Betol la aku dengar dia sebut Jenab tadi. Tak salah pun name dia Zainab. Zainab kan nama cucu nabi. Kan mempunyai maksud yang baik. Tapi jarang la plak aku dengar nama budak-budak skang Zainab. Mungkin budak tu pelat sket so aku terdengar la dia panggil jenab. Think positive. Jangan anggap aku ejek dia ye. Semua nama ade keistimewaan dia. So jangan malu dengan nama sendiri tawww. cechiowww


p/s: please dont call me aza or hanim. muahahahah



03 December 2011

Mari berkursus SEM dan TEM


Beberapa hari yang lepas, aku, mekna dan khairi telah menghadiri satu kursus teknikal yang dinamakan "Penyediaan sampel biologi untuk SEM dan TEM". Kalo orang-orang sains mungkin tahu kot ape dia SEM dan TEM ni. Buat orang bukan sains, SEM ni adalah singkatan pada 'Scanning electron microscope' manakala TEM pula adalah 'Transmission Electron Microscope'. Menatang ape tu? Kalo nak tahu lebih lanjut bole google. Kalo malas toksah la. Kursus ni agak berguna untuk aku dan kengkawan yang memang berkecimpung dalam bidang sains. Bagi aku yg terlibat dalam mikrobiologi memang kena manfaatkan ilmu ni. Sebab sebelum ni aku tau melalui pembacaan je. Prosedur tu memang tak tahu sangat sebab agak rumit jugak. Ye la. Melibatkan benda dalam size nano. Seolah-olah ko kena imagine je benda ape yg ko nampak bawah mikroskop nanti. Kursus dia simple je. Yang penting ade hands-on. Aku bukan suka sangat kelas yang teori semata-mata. Rugi kalo kelas teori je pastu ko nganga tak tau nak buat ape!

Pengajar kitorang ni suka la makan. Belajar sket je, berhenti makan. Penat dengan makan je. Tapi takpe. Rezki. Free plak tu. Takkan nak tolak ye dak. Tapi bukan kursus ni je. Biasanye kursus-kursus anjuran UKM ni memang mewah dari segi makan-makan. Bole naik berat badan sewenang-wenang nya lah. Tapi takpela. Dapat 2 rezeki kat situ. Ilmu dan makannnnnn. Hahaha.

sampel tuk group aku - periuk kera

mcna tgh potong secebis kera..eh..periuk kera

penambahan alkohol secara berperingkat

proses washing tak abis-abis..lama kena tunggu

faza in action kameeeee...ngeeee...(poyo2 je ni)

antara sampel yang dibuat. ade bunga, daun, serangga dsb

sampel yg bersiap sedia untuk dicoating dgn emas. Curi la sampel ni. Mau jual

en zaki yang tolong scan kan. yang ni tak leh blaja dlm mase 1 hari

Ni secara ringkas je gamba. Takde la setiap step aku nk letak gamba kan. Gamba hasil scanning pun aku tak letak sebab dia bagi hardcopy. Rajin pulak kan aku nak scan tepek kat sini kannn. Tapi rupanya memang ohsemmmmmm. Okayla. Bagi sesiapa yang ada peluang pegi kursus-kursus teknikal ni, jangan sia-siakan peluang yer sebab kalo kite nak belaja sendiri biasanya memang malas. So manfaatkan ilmu dengan sebaiknya.


p/s: gaduh ngn bos pasal nak g kursus ni..open minded la sket bos!


01 December 2011

Baking project 1# pavlova tak jadi


Semalam betapa semangat nye aku beli barang2 buat kek kat kedai kek Yummie. Untuk aku yang first time nak buat kek ni memang sangat la teruja tengok barang-barang kek yang banyak kat situ. *Jakuns* kay! Then aku dan daya beli la segala macam barang. Harga pun ok. Lebih murah dari supermarket. Pilihan pun banyak gila.

So semangat la aku nak buat. Tengok roti aku yang tak terusik tu teringat nak buat puding roti. Sekali terlupa nak beli susu segar. Okayla. Fine. Terfikir nak buat pavlova sebab barang-barang dah ada. Aku nak buat PAVLOVA macam dalam entry aku yang dolu-dolu. Bezanya aku nak letak coklat chip. Teruja la aku kannn. Bila nak letak coklat chip, mestilah aku nak letak sket kaler bagi coklat2 sket. Tgk nescafe takde. Serbuk koko pun xde. Yang ada hanya lah Milo 3 in 1. So dengan confident nya aku letak la Milo 3 in 1 tu dan dengan sekelip mata pavlova aku yg dah elok-elok kembang semangkuk, jadi cair secairnya. Dammm you milo 3 in 1. Nak menangis aku tengok. Aku xde plak gamba sebelum dan selepas nya. Tapi menyayat hati la. Daya pun cadangkan tambah kuning telur yang tak guna tadi, tambah tepung, gula dan jadilah ia sebuah kek yg tiada nama. Dan last-last aku bakar jugak. Jadilah kek yang paling xlawa tapi rase bole tahan. Don't judge the cake by it's rupa yang ntah apa-apa. huhuh. Sedih. Apapun aku tunjuk la kek yang tak semenggah ni. muahahahah..

Ni la pavlova tak jadi dan terus di adun menjadi kek

nak tergelak aku tengok kek ni...berkumpul choc chip kat atas tu..

dh tinggal separuh dan akhirnya licin licau jugak. mungkin kelaparan.

p/s: first time buat pavlova tak jadi. merajuk ar camni..:p

14 November 2011

update nanti ek..



lama dah tak update blog.. baru habis hari-hari penting..
akan datang.. nak up entry baru..
okay...
don't miss me...
okay la...sikit je..:p

06 November 2011

salam aidiladha buat pembaca setia



Salam Aidiladha buat pembaca-pembaca blog cik paja. 
Semoga pengorbanan yang kita lakukan dalam hidup kita pada tahun ini, diterima oleh Allah S.W.T.
Dan aku jugak nak mintak maaf kepada semua jika ada perkara yang kurang senang atau terkasar bahasa sepanjang aku menulis di blog ni.
Takde manusia yang tak pernah buat kesilapan kan.
Yang penting kita jangan menyakiti orang lain sebab kita takkan dapat apa pun daripada perbuatan kita tu.
Sama-sama kita saling memaafi dan menyayangi antara satu sama lain.
Insyaallah. Hidup kita akan bahagia. waallahualam.


02 November 2011

roti canai cheese and coklat

Tetiba kan di kedinginan pagi ni aku teringat breakfast aku bersama emak dan adik-adik di Mamak Village,  Axis atrium, Ampang minggu lepas. Biasanya lepas shopping barang-barang runcit kat Tesco Ampang, mak aku mesti ajak breakfast kat luar. Mak aku ni sejak aku jadi driver sepenuh masa dia, bukan main lagi asyik nak makan luar aja. Pegi situ, pegi sini. Takpela. Layankan je la. Aku suka kat mamak village ni sebab aku suka makan roti canai dia yang macam-macam jenis. Tapi faveret aku ade 2 jer. Roti canai cheese dengan roti coklat. Yang lain tak mao. Tak mo amik tao..hahah

roti canai cheese. nampak macam biase je la kan. tapi ade cheese nyum2.

roti canai coklat. penuh coklat dalam ni weh.

mereka suke makan terutamanya si boroi yang pakai topi tu. 

27 October 2011

Nape nak emo-emo

Kengkadang aku tak paham kenapa wujudnya orang macam ni. Lately budak lelaki opis aku sangat emo sehingga beliau tidak menegur budak-budak opisnya yang lain. Aku nak tanye pasal kerja pun pikir 50 kali. Aku bukan boleh kalo aku tanye, orang tak jawab atau jawab endah tak endah. Mau kena sembur dengan aku. Aku tau la semua orang ade masalah tapi bole tak profesional sikit bile bekerja. Kalo ade masalah dengan bini ke, family ke, financial problem ke, toksah la sampai tak tegur kitorang dalam opis ni. Kalo ade masalah ngan kitorang cuba la cakap. Mungkin ko ade masalah dengan salah sorang dari kitorang ni ke. Tapi tak yah libatkan semua orang bole. Ko suka eh orang terpikir bukan-bukan pasal ko. Ko lelaki weh. Aku malas nak cari gaduh. Sengal.

25 October 2011

Talk to the mirror



Sedang aku baca "Mencari suami @JS.com", tetiba aku teringat kat ex-boyfriend. Okay. Nampaknye aku dah sedia panggil dia Ex. Tetiba aku laju-laju bukak muka buku walaupun internet aku siput gaban. Tetiba jugak aku nak bukak fb dia. Arghhh. Vavi la keje yg aku buat ni. Kalo dia tau mesti dia kate aku LOSER. Whatever. Takpe. Aku tak kisah. Aku yakin dia dah tak bace blog aku. So ape ade hal. Bile dah tengok mula la nak sayu. LOSER lagi. Pastu tutup g update kat twitter. Tak berani nak bebel kat fb sebab kat situ terlalu open. Twitter lebih bersifat peribadi utk aku. Xdela peribadi sangat sebab aku tak protect tweet aku. Tapi at least aku ade tempat untuk membebel dan meluahkan perasaan dengan lebih efektif. Umpama bercakap dengan cermin. Bukan aku je tau. Org lain yg bertweet pun macam tu. So aku tak anggap aku gile bercakap sorang-sorang dalam twitter.

Apepun ko tetap LOSER paja sebab ko sibuk nak amik tau hal ex ko. Dia bukan amik tahu hal ko pun. So pegi sambung bace novel motivasi ko tu. 

To ex,

Harap awak bahagia dengan hidup awak. 

Sekian,

LoSer..O-O


realiti kehidupan


Kadang-kadang aku rase kehidupan harian aku satu perkara yg annoying. Okay. Bukan annoying tapi satu perkara yang membosankan. Aku bangun pagi - pegi keja - balik keja - rehat malam - tido - keja balik. Life skang kurang bersemangat. Mungkin ade perubahan sikit la. Aku pegi jogging petang-petang. Tapi cuaca pun tak bagus sangat. Kalo dulu aku sangat suka hujan sebab kalo hari panas nanti aku complain panas plak kan. Aku fobia dengan hujan plak. So bile hujan aku xbole bawa kereta sebab takut dengan ape yang berlaku. Kesimpulannya aku duduk di rumah dan aku mula kemurungan tahap A.

Buku-buku motivasi pun aku tak abis baca lagi. Apatah lagi novel panjang berjela tu. Bab-bab novel ni memang aku super banjir tapi disebabkan tak tau nak buat ape, bace la jugak. Membaca kan jambatan gantung. eh. jambatan ilmu. Tapi bagi aku jambatan gantung la sebab aku bace pun tak abis-abis. Tergantung je ceritanya. Aku nak review buku yang aku dah bace pun tak bole lagi sebab tak abis bace. Ape pun tak bole. Pening layan karenah ko!

Sebelum aku terkena paru-paru berair, aku nak mandi. Nak mandi dengan 7 jenis bunga. Lepas mandi sibuk nak sambung baca novel "Mencari suami @JS.com". Bye.


24 October 2011

Seperti syurgamu


Korang kena dengar lagu ni. Best! Lagu dan lirik dia aku suka.






Tolong sedar kan diriku
Dari nota kian luput
Aku bimbang jumpa suatu waktu
Ku tak kenal siapa

Ku berharap kepadaMu
Berikan ku satu rasa
Yang memberi erti hidup ini
Harum indah seperti syurgaMu




13 October 2011

Aku Maafkan Kamu


Aku Maafkan Kamu - Malique feat Jamal Abdillah





Aku minta maaf di atas segala perbuatanku
ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Kenapa awak tak pukul mereka?
Saya tak suka pada keganasan
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

29 September 2011

Pengalaman hampeh menaiki komuter

Assalamualaikum kepada pembaca-pembaca blog cikpaja yang tak best ni. Harini kan aku nak mengomel sikit berkenaan dengan sistem pengangkutan awam komuter. Agak lama jugak aku xnaik komuter ni. Untuk tahun 2011 ni aku naik 2 kali je. For the first time aku naik haritu, aku sgt tension sebab mase tu aku rushing nak naik bas ke Kedah. Kaedahnya, aku naik tren dari Bangi jam 2 ptg. Supposely paling lambat aku sampai puduraya tu jam 4 ptg. Itu termasukla pertukaran LRT kt bandar tasik selatan. Ape yang aku kecewa sgt, mase tu tren komuter ni buat hal. Lame plak dia berhenti kat tgh-tgh laluan tu. Cam gampang aku dah mengamuk2 kt situ. Aku smpai kt Tasik selatan tu jam 4.50 and bas aku jam 5 ptg. Ko boleh imagine tak macamana kalut nye aku berlari dgn membawa beg balik kampung, laptop dan mcm lg. Nasib baik servis LRT sgt bagus dan cepat. Aku hampir-hampir terlepas bas. Aku sampai jam 5.05 ptg kat Puduraya tu. Upgrade la sket servis KTM ni woi. Kawan-kawan aku pun mengadu asyik rosak je. Sian la kalo ade orang yang nak rushingkan. Ingatkan kalo naik komuter ni bole la elak jem. Tapi nampaknye lagi teruk. Let say aku nak naik bas ekspress lagi dan terpaksa naik tren, so aku kena tgg komuter dari jam 9 pagi ke? Gitu? Pffftttttt

ade jugak org laki pakai skirt..hahah
Tadi kali kedua aku naik. Kelewatan tu still ade tapi xle seteruk haritu. Aku dgr rase bahagia nya masukla ke dalam LADIES COACH. Excuse me. LADIES coach okay! terus berubah keceriaan aku bile ternampak mamat-mamat indon yang macam gampang lepak berbaring-baring kat kerusi dalam LADIES coach tu. Disebabkan xde orang yg hingin nak duduk sebelah diorang,diorang pn lepak macam ape je dalam train tu. Ape korang ni takde telor ka smpai tak reti bahasa org kate coach tu tuk LADIES. Serious diorang ni maybe tak paham bahasa inggeris apatah lagi bahasa melayu. Jijik aku tgk muka korang yg tak tau malu ni. Aku rase kena ade seorang mak guard dalam coach wanita dan mempunyai authority untuk menghalau laki-laki yang takdak telor ni. Diorang plak buat muka selamba sambil mata melilau macam tak pernah tengok pompuan. Double jijik aku tengok diorang ni. Actually bukan org indon saje, org malaysia pun ade. Tapi xde rase bersalah pun ko sedap2 duduk dalam coach ladies sedangkn makcik-makcik bawak anak tu kena berdiri. Bodo! Pihak KTM memang bagus la ade inisiatif buat coach ladies tu, cuma pengawasan mungkin kena ketat lagi supaya mamat-mamat yang tak reti bahasa ni berambus dari ladies coach ni.

tu dah macam-macam bahasa tulis. tak paham jugak?

Okla. Penat la membebel ni. Tapi aku bukan pengguna tegar dah face problem macam ni. Macamana la org lain yang hari-hari guna khidmat macam ni. Do something la untuk facilities macam ni. Kata nak tangani masalah penggunaan kereta yang overflow kat KL ni. Kalo pengangkutan awam macamni rupa, takde guna nak berkempen guna pengangkutan awam. Bagi free pun orang jadi nyampah kalo gini rupa. Ok. Nak sambung wat keje. Dadadadaaaaaaaa


p/s: patutla kwn aku slalu mengomel psl komuter ni...kan cik shida..hahaha


22 September 2011

Tanpa Mu


Tanpa Mu - Sabhi Saddi featuring Helena 


21 September 2011

5 perkara yang tak mahu didengar di ofis

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Lama dah rasenya tak update blog. Malam-malam ni bole la update dari  tak buat apa-apa kan. Skang ni masa malam aku biasa aku habiskan tengok tv sambil chat ngan ahli-ahli mesyuarat tingkap yang lain. Dalam zaman serba canggih ni, kalo takde internet aku rase macam mati kebuluran. Hahaha. Melampau. Tapi betul la. Last week line internet kat umah aku kena cut, mati kutu aku walaupun takde kutu.

Okay. Aku bukan nak membebel pasal internet. Siang tadi aku ternampak artikel berkenaan dengan 10 THINGS YOU NEVER WANT TO HEAR AT WORK. Aku baca point yang penting-penting je. Aku dapat idea sket la ape yang aku nak tulis tuk entry harini. Aku rase lain pekerjaan, lain suasana kerja, kehendak dan keperluan kerja. Aku tulis ni berdasarkan pengalaman aku yang bekerja sambil belajar dan agak multitasking jugak la job aku ni. Kerja aku ni melibatkan admin management 40% dan research 60%. Kalo ikutkan kebiasaannya kalo org tu buat admin, dia takkan wat research dan begitulah sebaliknya. Aku nya job description kena buat 2-2. Gile kan? sape la yang create job description camni. Takpela. Dah diberi amanah dan tanggungjawab camni, kena la buat dengan ikhlas ye dak? okay. Back to the topics. 


Aku senaraikan 5 jela perkara yang aku kalo boleh tak mo la dengar sepanjang aku bekerja:

1) Siapkan kerja ni skang bole? - okay. ayat ni biasanya akan keluar dari mulut bos aku. Kalo bukan dari mulut dia pun, dari SMS dia yang panjang berjela. Pfffttt. Semua kerja ade due dia la. Tak perlu la ko nak tegaskan kena siapkan hari tu jugak. Lain la kalo ko dah bagi bende tu berzaman tok kadok pastu ko dtg bising-bising siapkan keje tu skang..lain cerita la kan. 

2) Ko tolong buatkan bende ni. Aku tak tau nak buat la. - yang ni aku tak suka nak dengar sebabnya aku rase ko sebagai pekerja, ko give up camtu je ke kalo tak reti nak buat? Tak bole belajar camne nak buat ke wehhhh. Kalo tak tau belajar la. Jangan la serah bulat-bulat kat orang lain. Ko akan buat keje tu sampai tua weh. Sampai bile la ko tak leh g mane weh. walawehhh..banyak betul weh aku..hahah

3) Kerja ko, ko buatla. Kerja aku, aku buat - ayat ni betul tapiiiii macam aku tulis kat atas tu, kalo xreti nak buat, kena mintak tunjuk ajar orang lain jugak kan. Tak bole la ko nak menyombong tak pasal-pasal. Mungkin dah biasa makan penyepak kot. Don't selfish melainkan ko keje kat company yang memang ko sorang je yang keje.So tolong menolong la dalam hal keje ni. Kalo xreti belajar. Kalo dah reti ajar la org lain. Jangan jadi bodoh sombong.

4) Kena meeting setiap hari Isnin - Haiyyaaa. Ini semua keje gile. Aku paling tak suke kalo diorang tetapkan macam tu. Silap-silap setiap hari Isnin ade je orang ngelat amik cuti. Kenapa aku state kt situ Isnin? Isnin ni kan permulaan hari bekerja. Biasanya time tu macam-macam kerja datang dan time tu la blur-blur ayam kelihatan. Kalo dah meeting buat ari isnin tu, bile hari ahad sebelumnya ko akan takde mood nak pegi kerja pada hari Isnin. Macam-macam implikasi la. Kalo betul la nak buat meeting, tak yah tetapkan setiap hari ape. Buat orang tension je. heh.

5) Ko tak bole buat camni, ko kena buat camtu - Bagusla kalo ade orang yang menegur kite dalam hal-hal buat kerja ni. Tapi dalam adab tegur-menegur ni, agak-agakla kan. Jangan sampai semua benda yang kite buat tu tak betul. Ko je yang betul. Biasanye berlaku bile bekerja dengan orang lama. Diorang akan stick dengan kerja yang dilakukan dari generasi tok nenek moyang kat opis tu. Kadang-kadang kite kena ikut peredaran zaman jugak. Contoh la.. Arahan suruh wat documentation dalam bentuk salinan lembut (softcopy), mereka yang lama-lama ni dah biasa buat dalam salinan keras (hardcopy), diorang xmo buat. Malah pertikai nape kite kena buat salinan lembut ni. Fikirla weh. Buat la salinan lembut dan keras tu. At least ade backup. Tu pun xbole buat jugak? bukan susah sangat pun. Orang lama susah nak terima idea org muda zaman skang. Selalu underestimate benda-benda camni. Kena selari dengan keperluan zaman skang.


Kalo ikutkan banyak lagi bende2 yang kite takmo dengar. Ayat-ayat yang aku listkan ni dah berlaku pun. Cuma aku verangan sket la berharap tak lagi dengar pasal ni. Bile kita bekerja kena la ade suasana yang best kan. Takmo la dengan kewujudan perkara-perkara di atas menspoilkan mood bekerja sekaligus membuatkan aku malas nak bekerja.

Sekian bebelan dari cikpaja..hahahah

14 September 2011

wordless wednesday #8 - nightmare!!



tragedi selepas raya..huhuhuh


08 September 2011

Peristiwa di KK Home Deco, Ampang

 
Beberapa hari sebelum hari raya Aidilfitri yg lepas, first time aku pegi ke KK home deco bersebelahan dengan Tesco Extra Ampang. Dengar cerita barang-barang hiasannya murah dan cantik-cantik. Oleh kerana adik aku nak cari balang dan sedikit bunga untuk hiasan barang hantaran dia, maka aku dan adik aku pun mencemar duli kat KKmart tu. First impression, okla. Not bad jugak. Adik aku bandingkan harga certain-certain barang yang jauh lebih murah dari Semua House kat jalan TAR tu.

The story is aku tak puas hati dengan layanan pekerja kepada customer yang just beli barang tak berapa banyak ni. Ade sorang customer yang aku rase dia ni retis tapi aku tak tau name dia. Muka pun ingat-ingat lupa sebabnye dia pakai sunglass dalam KKmart tu. So aku tak cam la sapo la retis ni.

Yg tu aku tak kisah. Tapi yang aku kisahnye cashier tu hanya melayan dia saje seolah-olah takde orang lain yang beratur untuk membayar. Artis tu pun mengade-ngade sangat suruh cek balik barang-barang yang discan harganya dan pergi pulak bercerita dengan cashier tu bende-bende tu untuk si dia, si sinun, si sinin. Arghh. Perlu ke ko nak cerita bende ni setannnnnn.

Tu yang pertama. Yang kedua, si cashier ni scan semua barang tu dan harganya mencecah 6 ratus plus plus. 6 ratus je?aku ingat dah berpuluh ribu ko beli sebab ko menscan barang tu punya la lame. Barang tak banyak. Tapi setiap barang tu mungkin mahal sket. Ala. Nak scan je pun. Prosedur macam nak kena sain surat perjanjian PTPTN or Biasiswa JPA plak kan..sengal!

Yang ketiga, kite bace dialog bangang di bawah:

Retis: Eh, ni ke total barang yang i beli?
Cashier: Owh, belum lagi Miss. Ni harga before best buy. U nak tgk harga selepas best buy tak?
Retis: Best buy camane tuh?
Cashier: Ade certain barang dapat 30% , ade yang 10%. Mari i tunjukkan harga selepas best buy.
Retis: Bagusla. Ade best buy. Which one yang ade best buy tu. Show me..bla bla bla bla

What the fffuuuuuuuuuuuuuuuuu. Korang kalo nak berdrama swasta pun tak payah la hal-hal nak membayar jadi camni. Macam sial. Ko bagi je la harga lepas scan tu and discount skali. Seolah-olah cashier ni nak kena melayan sorang je customer dia. Walaupun dia retis tak perlu la kot nak lebih-lebih kan dia.

Last-last aku jerit aka aku meninggikan suara kat situ:

"LEMBAB NAK MAMPUS! ANGAH. JOM BLAH. LETAK BALIK BARANG TU!!!"

Semua orang tgk kt aku. PEDULI ape aku. Memang aku blacklist la tempat ni. Mase tu dah pukul 7 ptg. Org nak balik bukak posa. Memang hilang kesabaran aku. Memang kurang pahala posa aku. Hopefully customer lain fikir cam aku jgk. Menyumpah seranah mereka. hahaha. Pekerja ramai. Tapi bole layan si retis tu je. Sepak laju-laju baru tau.

Kesimpulannya, kalo nak bisnes tu bertahan lama, biar la kena cara. Pandai la jage customer. Jangan pilih bulu woiiii! Taik kuda!!!