08 April 2011

awas..telur ayam tiruan!


Korang penah dgr pasal telur tiruan tak? kalo xpenah korang boleh bace kat sini
Ntah ape2 la org zaman skarang ni. 
Sampai telur ayam tu pun diorang nk buat tipu2 punya. 
Bile aku tgk bahan2 yang digunakan untuk buat telur tu xde la semudah dan menjimatkan sgt pun.
Macam agak rumit la nk buat tu. 
Maybe keuntungan yg diperolehi banyak gila kot..
Kalo bende yg dicipta tu mendatangkan kebaikan xpe la jugak.
Ini tak..memudaratkan plak.
Apa la nak jadi zaman skarang ni.
Kemahiran dan kepakaran di salah guna.

*yg kiri tu (lebih besar) adalah tiruan*
-pic sumber kosmo
 
 *cara-cara nak buat telur tiruan*
pic dan cara2 bole tgk kat sini.. 

 *sgt merepek la buat telur gini*

 *kulit telurnye mmg beza..tp xkn la nk kena cek 1-1 kan..aishhh*

 
Cara mengenal telur tiruan:

1) Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.

2) Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.

3) Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.

4) Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.

5) Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.

6) Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.

7) Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.

8) Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.


Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.

Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.

SM Mohamed Idris,
Presiden CAP.


*Sumber dipetik dari google aje la..*



No comments: