20 April 2011

kesusahan dan kebahagiaan


Aku teringat sms kawan aku tempoh hari..
dia nasihatkan aku..
berpegang pada surah al-insyirah ayat 5 dan 6
amalkan surah ni selepas solat 5 waktu..
insyaallah..Allah mendengar segala rintihan hamba-Nya..
jangan terlalu susah hati atas kesusahan yang melanda..
setiap kesusahan akan berakhir dengan kebahagiaan..
diikuti dengan usaha dan kerja keras,
semoga aku tabah menghadapi dugaan yang melanda..
Amin..

 Terjemahan surah al-insyirah
  1. Bukankah kami telah melapangkan untukmu dadamu?
  2.  dan kami telah menghilangkan daripada mu bebanmu,
  3. Yang memberatkan punggungmu?
  4. dan kami tinggikan bagimu sebutan (nama) mu,
  5. kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan
  6. sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,
  7. maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sunguh (urusan) yang lain,
  8. dan hanya kepada tuhanmulah hendaknya kamu berharap


No comments: