30 June 2011

Review sikit-sikit pasal TRANSFORMERS 3- DARK OF THE MOON


Assalamualaikum. Korang dah tengok TRANSFORMERS 3? Aku dah selamat tengok cite robot yang mentransform-transform ni. Tak bajet nak tgk seawal ini. Ceh. Padahal ko dah godek-godek website GSC dan TGV tu last week kan? Full house kan? hehe. Mestila full house. Kat GSC Alamanda takde 2D plak. 3D je ade. Ape kehe nye wat gitu. Tak semua orang nak tengok 3D ye dak? Officemate dah macam tak keruan nak tgk transformers ni. Godek-godek plak website TGV Mines. Okay. Line clear pulak. Pelik aku. Ade seat kosong cantik punye. Tengah-tengah. Macam pelik plak tak penuh ye. Takpela. Asalkan dapat tengok. Bersyukur la dapat tengok dari org lain yang tak dapat tu. heh. Then, bile masuk panggung je, memang full house. Bile mase semua tiket habis dijual? heh.



Cakap pasal wayangnya pulak. TRANSFORMERS 3 - DARK OF THE MOON ni quit okay tapi aku takde la nak kasi 5 bintang berkelip. Setakat 4 bintang tu chai la. Bukan ape. Aku rase macam kureng sket dari yang lepas-lepas. Bukan sebab Megan Fox takde ye. Takde kena mengena. Mungkin ade certain  part yang aku rase lame gile robot-robot ni nak berlawan. Name pun transformers kan. Tapi rase macam terpikir bile plak Ultraman Cosmos nak datang berlawan ngan Decepticons ni. Tetiba je kannnnn...huhuhu. Pelik-pelik ko pikir ye paja. Kalo setakat keta-robot-keta tu. Dah bole duga la transformnye. Pastu kait dengan zmn Apollo mendarat ke bulan plak. Memang org US ni nak buktikan atau erti kata lain memang nak bgtau diorang org pertama sampai ke bulan. Amek la.. Amek.. Lagi satu, aku terperasan manusia-manusia yang terlibat dalam cite ni, walau seteruk mane pun, tergolek sana sini tercampak, terseret.. Luka pun takde. Ade pun secoet jer. Baju pun sket pun tak terkoyak and kotor.. hahaha.. agak-agak la weh.. Nampak sangat tidak berada di tempat kejadian. Keh keh. Takpe. Tu kat cite Melayu pun ade. hehehe. Kalo aku, langgar meja sket pun dah lebam-lebam. Derang siap berada dalam runtuhan bangunan tu. heheh..


Bagi peminat tegar Transformers, korang kena tengok la cite Transformers ni . Jangan rushing-rushing or bersedih tak dapat beli tiket. Korang tunggu time murah sket pun okay. Bagi sesiapa yang bakal menonton selamat menonton ye. Cite ni lebih kurang 2 jam 30 minit. So bawa popcorn dan air besar punye. Hahaha.


p/s:: cikpaja lupe nak beli popcorn edisi tranformers tu..lupe..adoiii

28 June 2011

Pepero Almond




Korang pernah makan coklat ni tak?
Coklat ni ala-ala wafer sticks Rocky tu.. tapi yang ni ade almond salut kt luar.
Gila vavi sedap weh..
Aku tak pasti samada kt sini ade ke tak..
Sebab membe aku beli kat Langkawi..
Kalo coklat pelik-pelik ni, aku suka cari kat Cold storage. Tapi tak tengok lagi.
Takpela.. birthday aku nanti nak pepero ni bole? hahah..
Tak tau request kat sape. huhuhu.
Tak pe. Aku beli sendiri je nanti. heh. 

p/s:: bile petang mula la nak ngunyah2 bende camni..huhu

Tasik Chini


Tadi kawan aku baru upload video berkenaan dengan Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), UKM, Bangi. Korang nak tau kenapa aku upload video ni? Mestilah sebab takde muka aku dalam video ni. Yo la. Pencacai je kot. Mane la nak ada muka aku dalam tu woi. Hahahaha. Takde la. Aku just nak share perkara-perkara yang berkenaan dengan jabatan tempat aku bekerja skang. Mase aku degree dulu penah buat lawatan ke Tasik Chini dan aku tak sangka rupanya aku skang bekerja dan bernaung di bawah PPTC. Video ni menerangkan serba sedikit berkenaan dengan geografi Tasik Chini, research yang dilakukan melibatkan pelbagai niche, pelancongan dan macam-macam lagi. Actually PPTC ni opisnya terletak kat UKM. Tapi ade jugak yang kena stay kt Tasik Chini untuk jaga naga Tasik Chini. Tipu okay. Naga tak wujud. Jangan percaya. hehehe. aishhh. Malas aku nak bebel panjang kat sini. Mari kite same-same layan video yang berilmiah ini. hehehe

Last Word = S.A.V.E our nature.. S for Scientist, A for Acadamecian, V for Volunteer, E for Education

p/s:: Okay. Bos aku Prof Dato' Dr Mushrifah tu. Orang kuat research Tasik Chini ni. So dia banyak enterprem dalam video ni.. hahahah..cam Jepung ar boss..haiiipppp...


27 June 2011

Selamat hari jadi mak!

Selamat hari lahir my Momma atau panggilan oleh kawan-kawan cik paja, Aunty Faridah. Haha. Nak glamer je mak aku ni. Panggil makcik takmo. Nak panggil aunty. Katenya nampak tua la panggil mokcik. Okay. Sepetang di dalam kereta Myvi oren kepunyaan En Khairul Rizal bakal tunang si angah..

Me   : Mak..Esok birthday mak la..
Mak : Hah? Birthday aku? Kan dah lepas. Esok bape hb?
Me   : 27 la mak.. Takkan tak ingat birthday sendiri kot?
Mak : Eh, kan dah sambut haritu?
Me   : HAHAHA. Memang la dah celebrate. Orang saje je cakap.
Mak : Ala. Dah tua aku. 51 tahun dah...
Me   : Abistu takkan 15 tahun kot?hahaha.. Mak mak.. sweet fifteen sangat!
Mak : Ok. Along.. Aku nak cermin besar tu. Cantik. Nanti belikan.
Me   : Hah? Adiah lagi?

Apapun. Selamat hari lahir Mak. Semoga hidup diberkati dan dimurahkan rezeki. Mak. Sile doakan kan along cepat kahwin ye. Nak bagi mak cucu ramai-ramai. Hahaha.

ini emak saya.. mak..along rase nak betulkan je tudung mak tu!huhu


Aku dah beli pakej SPA ni untuk hadiah birthday mak aku. Korang bile lagi. Murah okay! Meh beli kat sini sebelum terlambat. Pakej SPA murah punye!

26 June 2011

Jalan-jalan di Nilai 3

This weekend dah janji dengan angah untuk keluar membuat lawatan rasmi ke Nilai 3. Aku rasa mesti ramai dah tahu biasanya tujuan orang ramai pergi ke Nilai 3. Biasanya orang akan beli barang-barang untuk pertunangan atau majlis kahwin. Kalo tak pun cari barang-barang untuk hiasan rumah - perabot, cermin, karpet dan sebagainya. So tujuan lawatan harini adalah untuk membeli beberapa barang hantaran untuk pertunangan adik saya, Si angah yang akan bertunang bulan 9 ini. Boleh survey untuk barang-barang kahwin jugak nanti. heh.



Lama jugak tak menapak ke Nilai 3 ni. Ada la dalam beberapa tahun lepas masa zaman housemate aku kahwin dulu. Rasenya tadi kedai pun banyak jugak dah bukak sampai tak tau nak singgah kedai mane. Mula-mula kami singgah kedai Love Collection. Design hantaran memang cantik-cantik tapi harga mahal sangat. Satu dulang makan harga sampai RM38. What? Harga dulang berkaki je RM38. Kali beli 7 dulang dah berape? Gile mahal. Terfikir banyak lagi kedai tak pegi, kami pegi jalan kedai lain. 

Kedai kedua plak aku tak ingat name nye. Yang aku tau kedai tu ade tulis besar-besar.. GUBAH FREE!!. so aku gelar kedai ni kedai gubah free (GF) la. This kedai GF memang jual barang secara borong dan sangat banyak. Kalo ko nak beli sampai 1000 pcs tu memang bole cari la kat kedai ni. Memang gila vavi banyak. Barang yang tak tersusun sampai tinggi melangit. Panas plak tu. Ditambah lagi barang yang ada outdated la. Corak yang latest-latest sikit memang takde. Harga tu reasonable la. Kami tak puas hati barang yang di cari takde. Kami cabut ke kedai lain.

Kedai ketiga dan terakhir untuk lawatan rasmi di Nilai 3 hari ini adalah kedai ZC. Tak pasti plak ZC stand for ape. C tu barang kali stand for collection. Okay. Whatever. Kedai ni kami sangat berpuas hati sebab barang-barang dia up to date sket dia nye design. Ape yang kami cari semua ade kat situ. Kedai ni sejuk sket. Ade aircond. Rase selesa sket nak beli. Barang pun tersusun elok je dan yang penting harga barang pun murah. Sebabnya kitorang dapat cari dulang yang sama macam kedai 1st cume design kedai ZC ni lagi cantik. Dulang tu berharga RM25. Gile murah compare to kedai yg 1st tu. Then cari la barang-barang lain - bunga, riben, manik dan so on. Masa nak bayar tetiba ade diskaun 10% lagi. Owh. Nasib baik beli semua barang yang kami nak dekat kedai ni. Kedai lain belum tentu dapat diskaun. hehe. Selepas beli belah barang hantaran angah, kami pun menuju ke Bangi untuk bersantap sebab dah lepas waktu lunch. Kami lunch di Restoran Beriani Gam Anje, Seksyen 15 Bangi.

p/s:: terlupa nak amik gamba-gamba barang yang dijual di kedai-kedai tu.. huhu


Korang nak cari contact lens colour? nak mata nampak cantik dan besar? dapat diskaun 50%? Meh beli kat sini..

23 June 2011

Aku baru tengok KL gangster




Smalam dah tgk KL gangster. Ikut perancangan nak tgk kt Astro first je. Tapi macam tak kuar-kuar pun. Aku jenis tak menyabar. Aci redah je Alamanda tu. Dapat seat baik punye and of course murah sebab hari Rabu. Kalo zaman belaja ni, ari rabu tu mmg takkan ada kat hostel or rumah. Layan movie macam hape. Tak kisah cite best ke tak. Marathon sampai ke malam. Tu dulu la. Skang kawan-kawan sekepala pun dah xde, semangat nak kuar jalan-jalan and wayang tu kurang. Maybe dah xlarat nak layan kehendak sendiri. heh.

Okay. KL gangster. Tak banyak yang nak diberitahu di sini. Ramai dah review KL gangster ni dan semua kate best and terbaek. Plot cite dia simple. Tak boring. Aku takde rase nak tertido walau sesaat pun. Yela. Ko gila nak tido. Dah keje nye asyik berlawan tumbuk-menumbuk tembak-menembak. Cite ni pun sekejap je. Takde part meleret-leret. Aksi-aksi dia pun best. Nampak kemas je. Lawak dalam cite ni pun aku suka. Sangat suka sampai aku gelak tak kira setiap masa. Skrip dia pun nampak kemas dan teratur walaupun diorang cakap sangat cepat tapi still boleh tangkap. 

Kalo masuk bab pelakon memang tak boleh blah. Aku tak kira la. Kalo sebelum ni org tergila-gila kt Aaron Aziz lepas tgk Nora Elena. Aku terlambat sket minat dia. Lepas tgk KL gangster ni baru la aku rase dia tu tersangat sangat sangat hensem. Aku rasa macam tak pernah jumpa orang laki sehensem dia.. haha.. mimpi di siang hari. Tapi semua pelakon dalam cite ni boleh bawak watak diorang dgn baik. Bukan setakat ade rupa je ye tapi bakat berlakon tu penting. Syabas. Aku kasi 4.5/5 bintang. Banyak tu. Tapi aku tak bias okay!hahah.. Sape2 yang tak tengok lagi.. korang tunggu je la kat astro first. Bole tgk aaron aziz berulang kali..euuuwwww...hahahah

p/s:: tak banyak konon..dah panjang meleret ko bebel kan..hahhaah


21 June 2011

Hidup lebih mudah dengan internet


Dolu-dolu zaman aku sekolah memang jakun dengan internet ni. Aku takde la menggunakan internet ni secara maksimum. Guna nak chatting-chatting, email dan download lagu jer.. Lebih kurang camtu la yang aku ingat. Dulu pakai desktop dengan monitor yang besar gabak tu. Pastu guna dial up plak. Memang tak laju bedesup la kan. Tapi okla dari takda. Ayah aku pun memahami anak-anaknya yang nk guna internet ni. Kira hebat la kalo ko ade komputer dan internet kat umah. Bangga satu flat Bukit Aman tu.. hahaha.. 

Tapi skang ni aku tengok budak sekolah rendah pun dah ade komputer.. laptop lagi sebab laptop skang dah mampu milik.. sume org bole beli.. dulu jgn harap la. Harga 3-4 ribu satu laptop. Mahal kaw-kaw. Skang ni plak, dah ade broadband dan wireless. So boleh access internet kat mana-mana aja. Nak lebih mudah guna handphone tuk online. Apa alasan lagi ko tak bole guna internet dalam zaman serba canggih ni.. hehe.. Benda dari sekecik-kecik virus sampai ke besar dinosaur.. korang leh cari melalui internet. Macam-macam korang boleh explore. Dunia tanpa sempadan. heh.

Cuba korang tgk gamba kat bawah ni.. agak2 ade lagi tak aktiviti-aktiviti yang korang rasa takde dalam gamba di bawah..bleh la korang share kat entry ni..heheheh.. Klik pada gamba untuk lihat dengan lebih jelas..huuhhu

p/s:: duduk depan pc je lame2 boleh cramp ooo..hahahah



Buy 1 free 1 Chicken McNuggets



Buy 1 free 1 dtg lagi..
Sebelum ni cik paja letak kupon Mc Chicken kan..
Kali ni sapa-sapa nak makan Chicken McNuggets yang sedap tu
Print kupon di bawah ni ye..
Kupon ni valid 21 dan 22 june 2011 je taw
Nak print kaler-kaler atau hitam putih pun boleh..



18 June 2011

pokokkkk kokkk kokkk


korang ingat tak lagu..
"Tanya sama apa pokok, apa sebab goyang..
nanti jawab pokok.. angin yang goncang.."
bla..bla..bla.. aku xingat lirik seterusnya..
masa kecik-kecik dulu aku akan nyanyi lagu ni kuat-kuat..
macam-macam lagu nyanyi..
dah besar xjadi penyanyi jugak..hahaha..perasan!

skang macam - macam version orang nyanyi lagu ni..
tapi aku suka version Meet Uncle Hussein feat hazama..
rasa cool je.. meh kite layan..
di bawah ini bukan video clip sebenar..
aku embed sbb aku nk nyanyi sambil bace lirik..hehehe


Pokok - Meet Uncle Hussein feat Hazama


p/s:: cik paja mmg kipas susah mati bertemu pakcik hussein..heheh


14 June 2011

ni ke video prema yin tu



Ni ke video Prema Yin yang digembar gemburkan tu..
Aku ingat apebende la yang dikecoh-kecoh sangat sampai masuk paper sume..
sampai gaduh-gaduh maki blogger la..dlm twitter pun..aishhhh.. macam2
cume aku xbape nak paham..
ape motif video ni..?
Maklum la.. aku ni jenis susah nk paham lirik lagu..
kalo xpaham lirik lagu.. aku akan tgk videoclip dan baru aku paham..
tapi lagu ni.. xpaham ar.. hehehhe.. apa2 je la..
Korang yg dh tgk or belum and baru nak tgk..
bole la komen psl video ni.. huhuhu

p/s:: muka gambit n syah jazle ni mcm lebih kurang sama kan?macam je la...uhhuhu

12 June 2011

yesterday, today and tomorrow


tips mengatasi stress


MENGATASI STRESS

Manusia memang tak boleh dipisahkan dengan stress. Stress adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupakan perkara-perkara yang datang dari luar (misalnya: surat pinjaman bank yang tertunggak, teman, pekerjaan, atau hubungan dengan pasangan), atau mungkin juga datang dari fikiran sendiri (misalnya: bagaimana penilaian terhadap diri sendiri). Stress seringkali dianggap sebagai sesuatu perkara yang buruk. Namun sesungguhnya setiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik. Tapi kekadang aku ni stress bukan sikit. Terlampau melayan stress sampai jadi teruk.. ehehe.. biasala.. hormon pompuan ni selalu imbalance membuatkan pompuan kadangkala unpredictable. So tips dibawah serba sedikit bole membantu menangani stress. Walau macamana pun ini terpulang pada diri sendiri untuk menanganinya.

Teknik atasi stress yang sihat, antaranya:

1. Tidur Sejenak 

Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali. 

kalo tido camni kompem bole tido dlm 30-40 minit..hehehhe
 
2. Pengurutan 

Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda. Jangan pergi rumah urut yang bukan-bukan ye. Nanti urat stress lain yang timbul. hahaha

mengurut satu teknik yang terbaik untuk meredakan ketegangan urat

3. Mengekspresikan diri secara artistik 

Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres.

baby pun dgr music utk relax..hihih..best jd baby kan..ihihi


4. Kerap ketawa 

Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda.

see..kucing pn ketawa..korang xmo ketawa?

5. Bersikap lembut terhadap diri sendiri 

Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.

talk to the mirror

11 June 2011

birthday celebration bulan june


Happy birthday..happy birthday.. (nyanyi mcm dlm iklan eskrem baskin n robbins).. okay.. stop stop.. ujan kang.. talking about birthday.. aku ade gogonize satu birthday party.. not so called party.. just mkn2 dgn family.. makan-makan kek, nasi ayam dan bubur jagung.. i love my mom's chicken rice.. bukan Linda Onn punye tau.. my mom yg buat.. Faridah chicken rice.. mmg terbaek n paling terbaek dalam dunia.. huhuh.. i know sume org akan puji masakan mak sendiri.. oleh kerana ini blog cik paja.. cik paja akan memuji masakan emaknye 2 hari 2 malam.. heheh.. anyway happy birthday to all.. may god bless us!

happy birthday to my mom, ude and zaki
kek ni kek pelangi tau..butter cake..sodap.. but a lil bit manis..
sepotong untuk kamu semua..huhuu
we are happy family
xlama lg..ade org baru dlm rumah ni..welcome to khairul rizal..
masqurade birthday celebration..euuuwwww...
p/s:: besday aku xleh celebrate camni..bulan posa... :)

10 June 2011

apebende verify account CIMB ni


aish..aku ade kemusykilan ni..
apekehe nye CIMB ni asyik bg email suh verify2 account ni..
xtau la emel ni betul2 dari CIMB or spam..
banyak plak aku dpt psl cimb ni..
terutamanya lepas cimbclicks diupdate haritu..
smpai nk wat transaction pun xbole..
korang pengguna CIMB ade dpt x emel2 cmtu?
sebagai pengguna CIMB..mestila kite terpikir ni emel betul ke x kn?
aku xpuas ati aku call CIMB..
derang kate mmg derang xde anta ape2 emel untuk update
meh aku nk share sket antara emel2 yang aku rase korang patut avoid..

ni emel yang first aku dpt.. link yg dia suh klik tu pn ntah ape2..



2nd emel yang aku dpt 3 hari berturut2


ni pun same...aku dpt 3 kali jugak...


yg ni aku dpt td..dia kate aku xleh access akunye cimbclicks..
padahal aku bukak elok je td.. mcm haram..


so berhati2 la kalo dapat email pelik2 ni..
kalo korang rase was-was or ragu-ragu..
sile lah hubungi CIMB sendiri..
jgn mandai2 verify2 yg dia suh tu..
penting sbb dlm internet ni mcm2 bole buat..
kang lesap duit tu sume..
susah la plak.. uhhuhu


09 June 2011

The Flood- Take That




THE FLOOD- TAKE THAT

Although no-one understood
we were holding back the flood
learning how to dance the rain.
We were holding back the flood
they said we'd never dance again.