23 June 2011

Aku baru tengok KL gangster




Smalam dah tgk KL gangster. Ikut perancangan nak tgk kt Astro first je. Tapi macam tak kuar-kuar pun. Aku jenis tak menyabar. Aci redah je Alamanda tu. Dapat seat baik punye and of course murah sebab hari Rabu. Kalo zaman belaja ni, ari rabu tu mmg takkan ada kat hostel or rumah. Layan movie macam hape. Tak kisah cite best ke tak. Marathon sampai ke malam. Tu dulu la. Skang kawan-kawan sekepala pun dah xde, semangat nak kuar jalan-jalan and wayang tu kurang. Maybe dah xlarat nak layan kehendak sendiri. heh.

Okay. KL gangster. Tak banyak yang nak diberitahu di sini. Ramai dah review KL gangster ni dan semua kate best and terbaek. Plot cite dia simple. Tak boring. Aku takde rase nak tertido walau sesaat pun. Yela. Ko gila nak tido. Dah keje nye asyik berlawan tumbuk-menumbuk tembak-menembak. Cite ni pun sekejap je. Takde part meleret-leret. Aksi-aksi dia pun best. Nampak kemas je. Lawak dalam cite ni pun aku suka. Sangat suka sampai aku gelak tak kira setiap masa. Skrip dia pun nampak kemas dan teratur walaupun diorang cakap sangat cepat tapi still boleh tangkap. 

Kalo masuk bab pelakon memang tak boleh blah. Aku tak kira la. Kalo sebelum ni org tergila-gila kt Aaron Aziz lepas tgk Nora Elena. Aku terlambat sket minat dia. Lepas tgk KL gangster ni baru la aku rase dia tu tersangat sangat sangat hensem. Aku rasa macam tak pernah jumpa orang laki sehensem dia.. haha.. mimpi di siang hari. Tapi semua pelakon dalam cite ni boleh bawak watak diorang dgn baik. Bukan setakat ade rupa je ye tapi bakat berlakon tu penting. Syabas. Aku kasi 4.5/5 bintang. Banyak tu. Tapi aku tak bias okay!hahah.. Sape2 yang tak tengok lagi.. korang tunggu je la kat astro first. Bole tgk aaron aziz berulang kali..euuuwwww...hahahah

p/s:: tak banyak konon..dah panjang meleret ko bebel kan..hahhaah


No comments: