26 June 2011

Jalan-jalan di Nilai 3

This weekend dah janji dengan angah untuk keluar membuat lawatan rasmi ke Nilai 3. Aku rasa mesti ramai dah tahu biasanya tujuan orang ramai pergi ke Nilai 3. Biasanya orang akan beli barang-barang untuk pertunangan atau majlis kahwin. Kalo tak pun cari barang-barang untuk hiasan rumah - perabot, cermin, karpet dan sebagainya. So tujuan lawatan harini adalah untuk membeli beberapa barang hantaran untuk pertunangan adik saya, Si angah yang akan bertunang bulan 9 ini. Boleh survey untuk barang-barang kahwin jugak nanti. heh.



Lama jugak tak menapak ke Nilai 3 ni. Ada la dalam beberapa tahun lepas masa zaman housemate aku kahwin dulu. Rasenya tadi kedai pun banyak jugak dah bukak sampai tak tau nak singgah kedai mane. Mula-mula kami singgah kedai Love Collection. Design hantaran memang cantik-cantik tapi harga mahal sangat. Satu dulang makan harga sampai RM38. What? Harga dulang berkaki je RM38. Kali beli 7 dulang dah berape? Gile mahal. Terfikir banyak lagi kedai tak pegi, kami pegi jalan kedai lain. 

Kedai kedua plak aku tak ingat name nye. Yang aku tau kedai tu ade tulis besar-besar.. GUBAH FREE!!. so aku gelar kedai ni kedai gubah free (GF) la. This kedai GF memang jual barang secara borong dan sangat banyak. Kalo ko nak beli sampai 1000 pcs tu memang bole cari la kat kedai ni. Memang gila vavi banyak. Barang yang tak tersusun sampai tinggi melangit. Panas plak tu. Ditambah lagi barang yang ada outdated la. Corak yang latest-latest sikit memang takde. Harga tu reasonable la. Kami tak puas hati barang yang di cari takde. Kami cabut ke kedai lain.

Kedai ketiga dan terakhir untuk lawatan rasmi di Nilai 3 hari ini adalah kedai ZC. Tak pasti plak ZC stand for ape. C tu barang kali stand for collection. Okay. Whatever. Kedai ni kami sangat berpuas hati sebab barang-barang dia up to date sket dia nye design. Ape yang kami cari semua ade kat situ. Kedai ni sejuk sket. Ade aircond. Rase selesa sket nak beli. Barang pun tersusun elok je dan yang penting harga barang pun murah. Sebabnya kitorang dapat cari dulang yang sama macam kedai 1st cume design kedai ZC ni lagi cantik. Dulang tu berharga RM25. Gile murah compare to kedai yg 1st tu. Then cari la barang-barang lain - bunga, riben, manik dan so on. Masa nak bayar tetiba ade diskaun 10% lagi. Owh. Nasib baik beli semua barang yang kami nak dekat kedai ni. Kedai lain belum tentu dapat diskaun. hehe. Selepas beli belah barang hantaran angah, kami pun menuju ke Bangi untuk bersantap sebab dah lepas waktu lunch. Kami lunch di Restoran Beriani Gam Anje, Seksyen 15 Bangi.

p/s:: terlupa nak amik gamba-gamba barang yang dijual di kedai-kedai tu.. huhu


Korang nak cari contact lens colour? nak mata nampak cantik dan besar? dapat diskaun 50%? Meh beli kat sini..

1 comment:

onlinekadkahwin said...

ya betul tu.. nilai 3 mempunyai banyak pilihan barangan perkahwinan

Ingin menempah kad kahwin murah di sekitar Nilai, Salak Tinggi & Sepang. Layari blog kami di http://onlinekadkahwin.blogspot.com