27 June 2011

Selamat hari jadi mak!

Selamat hari lahir my Momma atau panggilan oleh kawan-kawan cik paja, Aunty Faridah. Haha. Nak glamer je mak aku ni. Panggil makcik takmo. Nak panggil aunty. Katenya nampak tua la panggil mokcik. Okay. Sepetang di dalam kereta Myvi oren kepunyaan En Khairul Rizal bakal tunang si angah..

Me   : Mak..Esok birthday mak la..
Mak : Hah? Birthday aku? Kan dah lepas. Esok bape hb?
Me   : 27 la mak.. Takkan tak ingat birthday sendiri kot?
Mak : Eh, kan dah sambut haritu?
Me   : HAHAHA. Memang la dah celebrate. Orang saje je cakap.
Mak : Ala. Dah tua aku. 51 tahun dah...
Me   : Abistu takkan 15 tahun kot?hahaha.. Mak mak.. sweet fifteen sangat!
Mak : Ok. Along.. Aku nak cermin besar tu. Cantik. Nanti belikan.
Me   : Hah? Adiah lagi?

Apapun. Selamat hari lahir Mak. Semoga hidup diberkati dan dimurahkan rezeki. Mak. Sile doakan kan along cepat kahwin ye. Nak bagi mak cucu ramai-ramai. Hahaha.

ini emak saya.. mak..along rase nak betulkan je tudung mak tu!huhu


Aku dah beli pakej SPA ni untuk hadiah birthday mak aku. Korang bile lagi. Murah okay! Meh beli kat sini sebelum terlambat. Pakej SPA murah punye!

No comments: