03 July 2011

Aku benci lipas!


Apekah makhluk atau binatang yang korang paling benci skali kat muka bumi ni? Ape sebab korang tak suka? Sebab haram? Sebab tak comel? Sebab dan sebab. Arghhhh. Kalo aku, aku benci lipas! Kalo ikutkan aku tak takut dengan menatang ni. Tapi disebab aku penah 'diraba' oleh lipas yang menyelinap masuk dalam baju aku. Eeeeee. Sangat geli okay.Persepsi aku terhadap lipas berubah. Kalo aku jupe aku takkan benarkan dia bertapa dalam umah aku. Geli. Jijik. Kotor.

say no to cockroach!

Nak dijadikan cerita, aku baru balik dari kampung. Aku ni jarang duduk kampung. So aku ni sangat tak biasa dengan keadaan di kampung. Bole stay tuk sehari je kot. Tuk jangka masa panjang memang susah la. Aku nangis hari-hari nanti. Hahaha. Malam aku stay kat kampung, aku ngantuk sangat sebab malam sebelum tu aku tak bole tido. Selepas kenduri arwah tu, aku memang bantai la tido kat mane-mane je kat rumah tu asalkan aku bole tido. Tengah syok2 tido, tetiba aku tersedar sebab aku terbau satu bau yang busuk. Wekkkk. Bau lipas! Tetiba aku rase ade bende bergerak atas muka aku. Menjerit aku kul 4 pagi tu. Sekali aku terasa ada bende bergerak atas tangan plak. Uwaaaaa. Apa ni. Nape ade banyak lipas. Rase nak nangis time-time tu jugak. Sampaikan sepupu, pakcik, adik aku sume bangun. Hahaha. Bikin huru hara di pagi hari. Arghh. Peduli apa aku.

bior dia dpt cancer pn xpe!
Aku tak suka lipas sebab utamanya ialah bau dia busuk okay! Ko bayangkan pernah aku tgh semayang tetiba aku terbau lipas yang sangat kuat. Tetiba lipas lalu depan sejadah aku. Terus aku tak kusyuk dan batal terus semata-mata aku nak bunuh lipas tu. Mane datang ntah lipas waktu tu. Aku takut dia masuk dalam almari baju. Eeee. Beranak pinak kat situ kang. Okay. Itu satu. Kalo aku cuba nak bunuh lipas plak kan, let say aku dah sembur shieldtox or ape-ape je, mesti dia terhegeh-hegeh nak lari ke arah aku. What the fish! Aku tak suka ko la kipas lipas!

go to hell!








Tapi kan aku rase, kalo kite tak suka binatang tu tak kira la ape jenis pun, sebaiknya kita tak bole maki-maki depan binatang tu. Dia faham ko tau. Iye. Sebelum aku diserang oleh lipas kat kampung, aku dah berjaya menghambat dan membunuh seekor lipas kat umah aku sambil memaki-maki dengan kata-kata kesat yang menunjukkan aku geram gile ngan lipas. Pastu esoknya aku plak kena serang. Uwaaaa. Kejam la. So kalo nak maki ke, korang maki dalam blog je. heehehe. Lipas takde blog kot melainkan Oggy and the Cockroaches. See. Dalam cite tu lipas-lipas tu sangat jahat okay! So tak salah kalo aku benci lipas! Okay. Sekian entry lepas geram terhadap makhluk perosak.

p/s:: bersungguh-sungguh wat entry pasal lipas. tak bole maki2 di luar..huhuhu


3 comments:

Princess Nur said...

akak pun benci lipas..eeii gelii..

cik paja hanim said...

yup..say no to lipas kipas!

e_keenz79 said...

aku pun benci lipas gak.. tgk gmbr pun dah geli semcm sbb time solat subuh td ada lipas dlm sejadah :(