31 July 2011

Puding karamel dapur bujang

Semalam aku rajin-rajinkan diri buat puding. Gara-gara adik aku si uda tu nak makan puding karamel. Kena jugak la buat. Esok dah posa. Dia suh aku buat sebab nak makan banyak-banyak. Apola. Bulan posa pun bole makan la puding ni. Cuma tak larat nak makan banyak-banyak je. Mengada-ngada. hahaha.

Resepi puding caramel ni aku blaja dari housemate aku kat bangi. Dia dah pindah dah. Ikut suami dia keje kat Johor. Resepi yang dia ajar senang je. Aku yang xpandai masak pun bole je buat. Apatah lagi korang yang pro tu. Bagi sesapa yang nak cuba, bole la try resepi ni mase bulan posa. Dari korang beli kt bazar yang kengkadang tak sedap tu, baik korang buat sendiri.

Okay, bahan-bahannya:

1 cawan telur (lebih kurang 5 biji telur)
1 cawan susu low fat
1/2 cawan gula pasir
ujung sudu esen vanilla 

Cara-caranya:

1) Masukkan semua bahan-bahan di atas dalam blender dan blend lebih kurang 10 minit
2) Untuk gula hangus, letak 1 1/2 sudu gula dalam loyang dan panaskan sampai kekuningan. Jangan sampai jadi coklat tau. Bila dah kekuningan cepat2 angkat.
3) Letak atas pengukus. Tuang bahan-bahan yang diblend tu dalam loyang. Then kukus lebih kurang 45 minit. Api jangan kuat sangat ye. Nanti membuak korang nye puding nanti.
4) Selepas kukus, biarkan dalam 5 minit dan kemudiannya letak dalam fridge dalam 4-5 jam.
5) Then bole la makan sejuk-sejuk nanti. Nak hidang nnt sile terbalik kan ye. Baru la nampak puding karamel tu. Huhuhu

puding karamel by cikpaja..

p/s:: Gula hangus xde sangat sebab aku terguna loyang yang bocor..habis gula hangus hilang masuk dalam pengukus..uwaaa..better cek loyang korang sebelum guna..:)

2 comments:

hana nabihah said...

wahh presentation puding tu macam kat hotel2 la :)

cik paja hanim said...

hahahah..kebetulan ade strawberi dr cameron..letak je la atas tu..huuhuh..sedapjugak mkn skali ngn strawberi..manis+masam..huhuhu