01 July 2011

Sepetang di pejabat pos bangi


Di suatu tengahari, aku berada di pejabat pos untuk membayar bil astro yang tertunggak RM 24 jer. Siap bagi mesej suh bayar tertunggak tu. Kalo tak bayar ugut nak potong. Taik arr. Terkurang 24 hinggit pun nak kecoh. Dah la bil bulan lepas sampai RM124.95. Bapak banyak. Kalo normal bil RM59. Amik Astro First and tukar beyond sampai RM120++ dia charge. Tu pun ade hati nak naikkan bil astro lagi. Memang cari nahas la. Terpaksa la aku g bayar kt pejabat pos. Takbleh bayar guna CIMBclicks sebab lambat sket nak update kat astro tu. Kang kalo dah potong tak pasal-pasal nak kena bayar charge penyambungan plak. Memang kaut duit betul kan.

pejabat pos bandar baru bangi.. heheh

Okay. Takmo cakap pasal bil Astro tu. Cite pasal kat pejabat pos. Orang agak ramai sebab waktu lunch. So ramai yang bekerja akan pegi pejabat pos untuk settle ape yang patut. So turn aku agak lambat jugak. Ade 12 orang lagi before turn aku. Nak dijadikan cite ade sorang mamat askar ni tegur aku sebab kebetulan aku duk sebelah dia. Kalo ikutkan nak berdiri je. Sebab lambat lagi so ter-paksa la duduk. Aku main teka je dia askar sebab dia pakai seluar askar yang celoreng-celoreng tu. So betul la kan?heh

Askar :  Dik, nak bayar bil ke?
Aku     :  Ha ah..(senyum..)
Askar :  Bil ape dik? banyak ke?
Aku     :  Takde la. Satu bil je. Orang ramai plak.
Askar :  Tu la.. ramai org nak bayar bil. Dah gaji. Jadi ramai la kan. Abang tunggu lame jugak ni. Nak masuk duit dlm  ASB..
Aku     :   Oooo..(Senyumm..dalam hati..Ade aku tanye ko nk simpan duit ke keluar duit?)

Askar ni senyum jugak. Pastu aku tanye dia soalan plak
Aku    : Bang, tak gi semayang jumaat ke bang? dah kul bape ni?

Mase tu dah pukul 1.45 okay.

Abang askar tu terus terbatuk. Terkejut barang kali dengan soalan aku tu. Dia senyum pastu dia kate dia xde masa nak datang sini. Pastu aku dah tak tau ape dia cakap lagi sebab aku bangun. Turn aku dah sampai. Mesti mamat tu bengang aku tanye camtu. Dah la tak pegi semayang, ko gatal dok sembang ngan aku sape suruh. Kan dah silap orang. Tak pasal-pasal malu diri sendiri.

Bukan dia sorang je laki dalam pejabat pos tu. Aku tengok ramai je laki yang tak tau malu dok dalam tu. Kalo iye pun korang tak pegi semayang jumaat, korang duduk diam-diam dalam rumah bole tak? Kadang-kadang tu kat kedai makan bersepah-sepah org laki melepak macam buat-buat tak tau je waktu semayang Jumaat. Hormat la sket. Kot ye pun Jumaat tu 1st time korang ponteng, tak yah bangga sangat la korang tak pegi semayang Jumaat. Kalo korang 1st time buat, aku tak rase korang saje-saje nak tayang muka time Jumaat kan. Ni mesti dah biasa ponteng sampai takde perasaan malu langsung. Ape nak jadi la skang ni. 

p/s:: kubur masing-masing kan. Tapi sendiri mau ingat la..masing-masing dah baligh!hehehe


4 comments:

Eera Shera said...

baik punya tegur...huu x malu ke x p solat jumaat

cik paja hanim said...

hahahha..tau xpe..mmg harus dilaser org camni..peduli hape kan..heheh

Gagak said...

ada satu masjid kat kl, sebelah ada mcd, rilek je, muka pure melayu makan kat situ, tyme tu tgh khutbah..isk2

cik paja hanim said...

tu la kan gagak..nape org skang xde sensitiviti langsung..muka xmalu je..