31 August 2011

Celebration 3 in 1


Assalamualaikum. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Hari raya kedua sudah. Kawan-kawan semua amacam? Banyak dapat duit raya? Tahun ni sepatutnya aku tak dapat lagi. Tapi disebabkan single-mingle lagi tahun ni, maka duit raya still dapat. Aci tak? Aci la. Sepupu-sepapat aku still dapat duit raya lagi sampai diorang kahwin. So why not? Hehehe.

Tahun ni, umur aku dah masuk angka 28 pada 27 Ogos 2011 lalu. Oh my. Cepatnya masa berlalu dan yang pasti masa itu tak kan kembali lagi. Akan terus naik dan takkan turun semula. Dan kali ni dah 2 kali aku sambut birthday pada bulan puasa. Terima kasih pada family dan kawan-kawan atas ucapan-ucapan selamat. Tahun ni xde dapat adiah pun. Lagipun tak kisah sgt la. Dah besar panjang. Takde hal la. Cuma aku berdoa dan berharap pada semua doakan yang terbaik untuk aku. Actually setiap kali birthday aku ada buat sort of wishlist. Bukan wish list, tapi lebih pada azam la. Untuk tahun ni, ade beberapa azam tercapai tapi ade jugak perkara yang tak sepatutnya berlaku. Tahun 2011 ni banyak jugak memberi kesan pada kehidupan aku. Semoga aku sentiasa tabah. Pray for me guys!

So untuk tahun ni, orang lain sambut hari raya dan merdeka tapi aku sambut birthday sekali. 3 in 1 okay.


bday celebration..kena paksa rela pakai topeng..hahah..thanks my lovely family..:)


























satu hari di hari raya 2011

merdeka pulok!

kredit to http://emilayusof.com


30 August 2011

selamat hari raya kawan2!


Assalamualaikum kawan-kawan di luar sana. Di bulan baik dan penuh keberkatan ini, marilah sama-sama kita berterima kasih dan bersyukur kepada Allah S.W.T atas pemberiannya. Cikpaja di sini ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kuku kaki jika ade pelakuan atau tutur kata yang tidak sopan sepanjang berkawan. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Saje aku nk tempel hasil lukisan aku yang aku buat tadi. Bosan xtau nk wat pe..

burok kn edisi raya ni..hehhe..belasah jerrrr

25 August 2011

Dapat kad raya!

Assalamualaikum semua. Dah Ramadhan ke-25 nampaknya kita berpuasa. Tapi aku nampaknya tak cukup bilangan 25 hari itu. Biasa la. Perempuan kan. Bole dimaafkan. Jenuh nak mengganti semula puasa ni. Cuti raya pun tak lama. Masuk kerja pun awal nanti. So bole la ganti puasa memandangkan kedai makan pun banyak tutup. Baiklah aku puasa dari menyusahkan diri nak cari kedai makan yang available di musim beraya nanti. Bagi sesiapa yang berpuasa penuh, sile angkat tangan. Cik paja nak kasi duit raya ni. Bawah umur saja ye.

Tahun ni nampaknya perasaan nak beraya tu semakin berkurangan. Mungkin sebab dah meningkat dewasa atau ertikatanya dah makin tua. Sedar diri pun dah tua. Hahaha. Lebih-lebih lagi keadaan menyambut raya skang ni makin hambar. Dulu-dulu wajib anta kad raya. Kalo dapat mesti kena balas kad tu. Siap ade pantun. "Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas". kan, kan. Mesti ada ayat-ayat ni. Makin lama kad raya dilupakan. Ucapan raya guna mesej kat henfon. Pastu skang ni facebook dan twitter plak. Mane la hilang nye semangat nak menyambut raya ni. huhuuhu

Apepun tahun ni aku berasa terharu sebab dapat kad raya first and last untuk raya tahun ni. Di 'POS' oleh kawan baik aku dolu-dolu mase zaman belaja. Padahal dia duduk kat belakang umah je. Hampeh. Ngade2 nak pos eh. Menghabiskan duit setem je. Memang dulu kitorang kamceng gile smpai mak aku dh anggap dia macam anak angkat dia. Mintak la nak makan ape, mesti mak aku masak. Jeles betul. Nyampah pun ade. Hahhaha. Skang ni jarang dah bercontact. Bukannya lupa cuma masing-masing busy dengan komitmen yang ntah ape-ape. heheh. SMS pun jarang. Apetah lagi nak call. Rindu plak aku zaman muda remaja dulu. sob..sob..

kad ni dipos utk cikpaja dan housemate

terpaksa diblurkn..Okay fine..tulisan ko makin burok ok..

Kalo dia tak bagi kad raya, memang xde langsung kad raya aku dapat. Dan bila aku dapat kad raya ni, terus teringat kat tuan pengirimnya. See. Kesan kad raya dalam mengeratkan silaturrahim dan membuatkan kita mengigati antara satu sama lain. Even aku sendiri dah malas nk beli kad raya ni. Takpe. Kepada pengirim kad ni, sile sediakan stokin depan pintu umah ko ye. Nanti ade org akan letak kad raya kat situ. Hahaha. Hanya aku dan pengirim ni saje yang paham. 

p/s:: nak buat entry yg panjang..tapi malas la..dh penah cite psl kronologi ucapan raya

24 August 2011

wordless wednesday #7 - semangat nak raya!



p/s: petang ni nak beli bunga api tuk main malam raya nnt..jadi budak2 semula..:)

17 August 2011

Main masak-masak biskut raya..yay!

Assalamualaikum semua. Harini dah 17 hari kite berpuasa. Cepatnya masa berlalu. Sekejap je dah nak raya. Macam mana persiapan raya u ollss? Aku? Biasa-biasa je. Seperti biasa, baju raya pun tak beli lagi. Dekat nak raya nanti baru terhegeh-hegeh nak beli. Sehelai baju baru sudah. Dahulukan adik-adik dulu. Heheh. 

Bezanya persiapan raya tahun ni dengan raya-raya lepas adalah.. jeng-jeng-jeng.. Tahun ni aku buat biskut raya sendiri! No more tunjuk-tunjuk. Hahaha. Semangat kan? Aku ni biasanya memang malas nk buat biskut raya. Pemalas plus tak reti. Tapi disebabkan masa bulan puasa ni rehat sket berbanding tahun lepas-lepas, dari tak buat ape2 tu, baik buat biskut raya kan? Banyak jugak biskut raya kitorang buat. Biskut susu, biskut cornflakes celup coklat, biskut nestum, biskut kelapa, sarang semut, chocolate chip, biskut koko crunch dan biskut tak payah bakar. 2 hari pulun buat. Minggu ni nak buat biskut oren, epal, anggur, kuih makmur. Biskut anggur aku saje tambah sebab nak pastikan ade warna purple biskut raya aku. Hahaha. Okay. Aku tempel beberapa gambar yang sempat di ambil. Ade jugak yang xde. Meh jamu mata. Huhuhu


biskut susu..faveret family raja azmy..
uda tolong parut doh untuk kuih sarang semut
sarang semut yg dah siap dimasak
biskut nestum..rangup nyum2..
biskut kelapa patrick star..
biskut cornflakes celup coklat
biskut kokocrunch duo..

antara biskut yang dah siap..hehehe


16 August 2011

redeem pizza hut pulak..

Bagi sesiapa nak makan pizza hut pada harga yang lebih murah, bole la redeem kupon ni. Hanya available pada 15,16 dan 17 Ogos 2011 sahaja. Print kupon kat link bawah ni dan bole beli 3 regular pizza hanya RM38. Harga sebenar untuk 3 pizza ni RM54 tau. So grab it fast.




15 August 2011

disaat aku mencintaimu - Dadali


Aku tak ingat aku tengok cerita ape.
Tapi yang pastinya lagu ni terngiang2 mase aku balik dari keja petang tadi.
Terus cari dan download. Lagu ni dah lama xsilap aku.
Nape aku sedih ntah dengar lagu ni.
Okay. Aku tak jiwang. Cuma skang ni mood layan lagu indonesia kembali semula.
Aku tau xperlu layan perasaan sendiri. Tapi sekali sekala layan2 lagu camni ok what.
Ok. Meh layan sat. Sat ja.


Disaat aku mencintaimu - Dadali

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

**taching..taching..sob..sob..:(


The making of PAVLOVA


Penah dengar PAVLOVA? Dealova ke? Bukan. Bukan. Pavilion ka? teeetttt. Salah.


"Pavlova is a meringue-based dessert named after the Russian ballet dancer Anna Pavlova. It is a meringue with a crisp crust and soft, light inner. The dessert is a popular dish and an important part of the national cuisine of both countries, and with its simple recipe, is frequently served during celebratory and holiday meals."


*sumber info dan gambar dari google

Pavlova ni dessert omputih yang selalu aku tengok kt astro channel 703 dan 706. Dah lama nak mencuba cuma, aku tak berkesempatan nak buat kat umah sewa di Bangi sebab kami takde oven. So terpaksa la aku buat kat umah parents kat KL. Serius korang. Memang senang gile buat dessert ni. Bahan pun tak la semahal barang-barang nak buat cheese cake or tiramisu tu. First time aku buat aku rase yang berkerak tu agak manis tapi isi dalam tawar sket. Padanan manis dan tawar ni memang terbaik la. Aku suka! Bole la nak try dessert ni mase hari raya nanti. Ringkas, murah dan sedap!

mase baru dibakar..kaler putih bersih..
selepas dibakar..ade kerak kt luar..
tinggal separuh dalam peti ais..


Lets chekidaut camano nk buat Pavlova ni.

Bahan-bahan:

1) 4 biji telur putih
2) 3/4 cawan gula
3) 1 suduteh lemon juice
4) 1 sudu besar tepung jagung
5) whipped cream dan buah utk hiasan

Cara-cara membuat:

1) Pukul telur putih sampai kembang (guna mixer je senang)
2) Masukkan gula sikit2 then mix smpai betul2 sebati
3) Masukkan lemon dan tepung jagung then mix lagi
4) Bila dah kembang, amik campuran td letak atas dulang pembakar. Make sure lapik dengan kertas minyak ya. Buat bentuk bulat macam gambar di atas.
5) Then bakar dalam ketuhar dengan kepanasan 160 C selama 40 minit. Tengok sampai pavlova korang tu dah keras di luar ya.
6) Selepas dibakar, keluarkan dan sejukkan pada suhu bilik.
7) Pastu bole la korang hias dengan whipped cream serta buah-buahan comel. Jangan letak durian sudah. huhuhu

Okay..Selamat mencuba..

10 August 2011

wordless wednesday #6 - mata raya



p/s:: padahal baju raya pun xde lagi..:(


05 August 2011

Berani bercinta


Dalam twitter aku terbaca si aqram dok dgr lagu ni bape kali ntah..
Bila aku layan best plak. Comel je lagu ni.





Berani Bercinta - Society


Berani muda, berani cinta, hampa dan kecewa.
Berani hidup, berani mati, tundukkan takdirmu.
Hidup sekali, mati sekali, dunia takkan sepi.
Lihat pelangi warna-warni, warnakanlah lagi.

Bawa bulan, bawa awan, kita bersumpah setia.
Merah jambu cinta kita, dunia bagai di jambangan
Warna-warni kehidupan.
Pelangi petang ini, jalurnya merah jambu semuanya.

Esok kita hembus nyawa dan hilang semua.
Tapi sumpah cinta kita
sentiasa menyala....
Sungguh ia melayang ke udara.


p/s:: cikpaja tak berani bercinta buat masa ni..:(