25 August 2011

Dapat kad raya!

Assalamualaikum semua. Dah Ramadhan ke-25 nampaknya kita berpuasa. Tapi aku nampaknya tak cukup bilangan 25 hari itu. Biasa la. Perempuan kan. Bole dimaafkan. Jenuh nak mengganti semula puasa ni. Cuti raya pun tak lama. Masuk kerja pun awal nanti. So bole la ganti puasa memandangkan kedai makan pun banyak tutup. Baiklah aku puasa dari menyusahkan diri nak cari kedai makan yang available di musim beraya nanti. Bagi sesiapa yang berpuasa penuh, sile angkat tangan. Cik paja nak kasi duit raya ni. Bawah umur saja ye.

Tahun ni nampaknya perasaan nak beraya tu semakin berkurangan. Mungkin sebab dah meningkat dewasa atau ertikatanya dah makin tua. Sedar diri pun dah tua. Hahaha. Lebih-lebih lagi keadaan menyambut raya skang ni makin hambar. Dulu-dulu wajib anta kad raya. Kalo dapat mesti kena balas kad tu. Siap ade pantun. "Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas". kan, kan. Mesti ada ayat-ayat ni. Makin lama kad raya dilupakan. Ucapan raya guna mesej kat henfon. Pastu skang ni facebook dan twitter plak. Mane la hilang nye semangat nak menyambut raya ni. huhuuhu

Apepun tahun ni aku berasa terharu sebab dapat kad raya first and last untuk raya tahun ni. Di 'POS' oleh kawan baik aku dolu-dolu mase zaman belaja. Padahal dia duduk kat belakang umah je. Hampeh. Ngade2 nak pos eh. Menghabiskan duit setem je. Memang dulu kitorang kamceng gile smpai mak aku dh anggap dia macam anak angkat dia. Mintak la nak makan ape, mesti mak aku masak. Jeles betul. Nyampah pun ade. Hahhaha. Skang ni jarang dah bercontact. Bukannya lupa cuma masing-masing busy dengan komitmen yang ntah ape-ape. heheh. SMS pun jarang. Apetah lagi nak call. Rindu plak aku zaman muda remaja dulu. sob..sob..

kad ni dipos utk cikpaja dan housemate

terpaksa diblurkn..Okay fine..tulisan ko makin burok ok..

Kalo dia tak bagi kad raya, memang xde langsung kad raya aku dapat. Dan bila aku dapat kad raya ni, terus teringat kat tuan pengirimnya. See. Kesan kad raya dalam mengeratkan silaturrahim dan membuatkan kita mengigati antara satu sama lain. Even aku sendiri dah malas nk beli kad raya ni. Takpe. Kepada pengirim kad ni, sile sediakan stokin depan pintu umah ko ye. Nanti ade org akan letak kad raya kat situ. Hahaha. Hanya aku dan pengirim ni saje yang paham. 

p/s:: nak buat entry yg panjang..tapi malas la..dh penah cite psl kronologi ucapan raya

4 comments:

Anonymous said...

kawan ko ada bgtau ako, yg setem dan kad raya tu free.
cuma perlu letak kt peti pos aja. tp yg penting tulisan kawan ko tu mmg cantik... kasi no pls..
_UdangGorengKunyit_

cik paja hanim said...

ahaha...en UdangGorengKunyit..nak no fon bdk tu eh..ni no nye..1-300-888-333..hahhaha

sukacuka said...

Nak kad raya.nak.nak..
haha

cik paja hanim said...

hehehe..lepas raya la baru dpt gamaknye..uhuhhu