15 August 2011

The making of PAVLOVA


Penah dengar PAVLOVA? Dealova ke? Bukan. Bukan. Pavilion ka? teeetttt. Salah.


"Pavlova is a meringue-based dessert named after the Russian ballet dancer Anna Pavlova. It is a meringue with a crisp crust and soft, light inner. The dessert is a popular dish and an important part of the national cuisine of both countries, and with its simple recipe, is frequently served during celebratory and holiday meals."


*sumber info dan gambar dari google

Pavlova ni dessert omputih yang selalu aku tengok kt astro channel 703 dan 706. Dah lama nak mencuba cuma, aku tak berkesempatan nak buat kat umah sewa di Bangi sebab kami takde oven. So terpaksa la aku buat kat umah parents kat KL. Serius korang. Memang senang gile buat dessert ni. Bahan pun tak la semahal barang-barang nak buat cheese cake or tiramisu tu. First time aku buat aku rase yang berkerak tu agak manis tapi isi dalam tawar sket. Padanan manis dan tawar ni memang terbaik la. Aku suka! Bole la nak try dessert ni mase hari raya nanti. Ringkas, murah dan sedap!

mase baru dibakar..kaler putih bersih..
selepas dibakar..ade kerak kt luar..
tinggal separuh dalam peti ais..


Lets chekidaut camano nk buat Pavlova ni.

Bahan-bahan:

1) 4 biji telur putih
2) 3/4 cawan gula
3) 1 suduteh lemon juice
4) 1 sudu besar tepung jagung
5) whipped cream dan buah utk hiasan

Cara-cara membuat:

1) Pukul telur putih sampai kembang (guna mixer je senang)
2) Masukkan gula sikit2 then mix smpai betul2 sebati
3) Masukkan lemon dan tepung jagung then mix lagi
4) Bila dah kembang, amik campuran td letak atas dulang pembakar. Make sure lapik dengan kertas minyak ya. Buat bentuk bulat macam gambar di atas.
5) Then bakar dalam ketuhar dengan kepanasan 160 C selama 40 minit. Tengok sampai pavlova korang tu dah keras di luar ya.
6) Selepas dibakar, keluarkan dan sejukkan pada suhu bilik.
7) Pastu bole la korang hias dengan whipped cream serta buah-buahan comel. Jangan letak durian sudah. huhuhu

Okay..Selamat mencuba..

No comments: