25 July 2012

Majlis pernikahan angah


Assalamualaikum dan selamat tengahari semua. Mengantuk la hai bulan-bulan posa ni. harap xde orang tertido nak bace entry aku ni hah. Entry kali ni just nak share moment2 yang best sepanjang majlis pernikahan adik pompuan aku, Hanis dengan cik abg beliau Khairul. Diorang nikah pada 26 Mei 2012 di Masjid Bukit Aman, KL jam 11.20 pagi. Then majlis resepsi atau dalam erti kata lain majlis persandingan adalah keesokan harinya di Dewan Maktab PDRM, Cheras, KL. 

Aku sebagai event manager (poyo) kakak yang perlu menguruskan majlis tersebut agar berjalan dengan lancar dan sempurna. Ala. Tak la sesempurna mana tapi pastikan semua aturcara berjalan lancar seperti yang telah di aturkan. Maklum la. Majlis pertama dalam family Raja Azmy. Pepandai la uruskan kan. Dan Alhamdulillah aku bersyukur kepada Allah majlis selamat dijalankan dengan baik. Tapi penatnya xboleh nak cakap ape la. Penat tapi happy sangat-sangat. Semoga angah berbahagia dengan yang tersayang sepanjang hayat.

Aku tepek gambar majlis pernikahan dulu la ye. Next entry baru letak gamba majlis persandingan. Sebenarnya banyak sangat gamba tapi takkan la nak letak semua kat sini kan. Letak sebagai gambaran majlis aja. :))

suasana debor-debor kejak

tok kadi buat lawak pebende ntah. sume org gelak-gelak

aku nikah kan dikau bla bla bla...

yeayyy. kami dah nikah!

adik - beradik. xcukup sorang. israq takdak

pengantin dengan abah dan mak. amacam misai bapak gua?mengancam kan. wakakaka

Raja Azmy sekeluarga

Keluarga baru angah. ramai wooo.

mas kawin dan gelang


sebahagian hantaran dari pihak lelaki

sebahagian hantaran dari pihak perempuan

bunga kristal purple color. i loike!






No comments: