25 July 2012

Menu berbuka puasa cikpaja


Rasanya belum terlambat lagi aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Ramadahan Al- Mubarak. Dah hari kelima kita berpuasa ye dak. So camane puasa uollss. Ala. Macam first time posa je kan. hikhik. Ape menu berbuka korang sepanjang 5 hari berpuasa ni? cikpaja punye menu biasa-biasa aje. Menu org bujang. Kalo malas beli, kalo rajin pun beli jugak. Takde beza pun. 

1st day - Beli kat bazar Kamunting, Taiping sebab duduk kat Hotel Seri Malaysia, Taiping. Ade 5 org takkan nk makan buffet hotel kot. Kopak duit. Tapi serious mmg banyak sgt mak beli makanan time tu. terbongkang sume orang dalam hotel.

2nd day - Balik dari Taiping, masak sambal ikan tongkol, petola masak bening, rendang kerang, ayam percik dan bubur lambuk kg baru. Heaven dapat berbuka dengan family. Nikmat dunia yang tak boleh dicari kat mana-mana.

3rd day - Di rumah bangi. Beli makanan depan umah aje. Nasi berlauk.

4th day - Tak teringin nak makan nasik. Makanya pergi beli KFC dinner plate. Ayam 3 ketoi ni nafsu je. End up makan 2 ketoi aje. Satu lg simpan sahur. Kononnnn. Tapi tak lalu jugak makan. Simpan dalam peti ais.

5th day - Semalam dah beli barang-barang buat spageti. So harini buat spageti goreng. Aku lebih suka buat spageti goreng berbanding dengan spageti bolognese (kuah asing-asing). Meh nak tepek sket gambar and resepi simple masakan spageti cara aku. Heh. Ayat nak menang je kan. wuwuwuwuw


Resipi spageti goreng simple dari chef cikpaja untuk mkn 2-3 org:

Spageti - biasa aku guna separuh dari paket yang ada
Sos prego - setengah botol je guna
3 ulas bawang putih - kasi cincang sama dia
1 ulas bawang besar - kasi cincang jugak
Daging ayam kisar - 1/3 dari bungkusan ayam cincang. biasa aku guna brand ayamas
hotdog - ikut suka nk letak bape banyak naaaa
cheese  - aku lebih suka guna keping - keping. bila dia melt tu. pergh. nyaman. heh

sos prego aku beli yg siap2 ade mushroom. so xyah tambah dah.

Cara-cara membuat:


1) Rebus spageti sampai agak lembut. Jangan terlalu lama. Nanti lembik plak nk goreng nanti. Angkat dan toskan.
2) Tumiskan bawang putih dan bawang besar
3) Masukkan daging kisar. Biarkan masak sekejap. Letak garam sket jer. Then baru masukkan hotdog.
4) Masukkan sos prego. Bole adjust ikut suka nak letak banyak mana.
5) Last skali masukkan spageti tadi. Gaulkan sampai rata. Sebelum nak hidang, letak kepingan keju dan gaul kan kejap. siap dihidang.

Taraaaaaaa. tak best kan rupa spageti aku ni. wakakakaka

dah macam mee goreng. tapi lagi sedap dari mee goreng tau. aauuuwww.

p/s: esok tak tau nak masak ape. sobssss.

1 comment:

~~Ticer Wann~~ said...

terliur terus nengok nih