26 December 2012

durian crepe lagi!


Selamat tengahari. Aku takdak mood nak lunch maka nya aku nk update blog. Korang cuti pegi mana? Aku lepak kat umah sambil besarkan punggung yg sedia dah besar. Mak baru balik dari perak bawak balik durian punya la banyak. Durian bukan tahan lama pun kan. So mak aku suh buat durian crepe lagi. Sebelum ni aku penah buat jugak dan ada tulis dalam entri durian crepe. Kali ni aku buat banyak. Dekat 50 ketul tapi ahli-ahli rumah aku yg sedia lahapnya sangat suka durian crepe menghabiskan dengan penuh kepuasan. Gile betul. Ok. Malas sudah nak cakap apa. Next time ada lagi sumber durian mmg aku nak buat lagi. Huhuhuhu.

gebu tak? ade lagi 3 pinggan camni. yg pinggan atas tu adik aku buat. xcantik. tolak tepi. kehkeh

isi dalam. sebenarnya aku letak durian banyak. tapi xnampak plak durian dlm tu.  heh

Dalam sibuk2 buat durian crepe tu, aku tgk maka aku bawak balik buah durian lagi yg belum dibukak. Selain tu ada buah duku yg dah xlarat nak makan, buah cempedak diluar pagar, buah pulasan yang sgt manis dan buah manggis yang over masak. Marilah makan buah-buahan tempatan Malaysia! :))

buah cempedak di rumah faza, ambil pisau tolong potongkan. hikssss

buah pulasan dan manggis!

p/s: makan durian banyak sgt sampai demam :((


25 December 2012

review: scrub your nose plissss :))


Saya adalah pertama kali ke Sephora di KLCC bersama kawan baik, Pae yang kebetulan tempat kerja beliau adalah sgt dekat dgn KLCC. Kami selalu berjumpa di situ sebab saje nak melepak minum sesambil cuci mata kengkonon kannn. Tujuan kami ke sephora adalah untuk mencari barangan soap & glory - scrub your nose in it. Ada membe suggest guna untuk combination skin mcm aku, nk buang blackhead and she bet me aku mesti suka guna produk ni. So aku pun bergegas membawa punggung yg berat ini dan berusaha cari benda tersebut. Dipersilakan. Tadaaaaaaa :)))

scrub yg aku cari2. Ada saiz ni saja. Trial size xde plak. 

Apa yang aku nk ckp selepas pakai scrub ni. Ohhhhsemmm. *sambil melayangkan ibu jari*. Itu pada aku la. Ciri-ciri yang boleh dikatakan ohsem untuk scrub ini adalah pertamanya scrub ni berwarna hijau mint dan bau serta rasanya ada minty sensation. Yesss. Umpama ko lumur colgate ke muka ko tapi ada pasir2 halus yang berfungsi sebagai scrub. Bagi aku, aku sangat suka minty sensation sebab bagi segar sket muka aku terutamanya bangun pagi mamai-mamai. Molek sangat guna.

Berwarna hijau mint. Sorry kalo xnmpak hijau dan abaikan tangan aku yg gemuk itu

Setahu aku scrub biasanya org guna 2 atau 3 kali seminggu. Setakat ni aku guna hari2 terutamanya waktu pagi dan kengkadang malam pun ada. Ikut suka la sebab aku suka sangat scrub ni. Scrubnya pun tak kasar tapi kalau guna hari-hari jangan terlebih tenyeh. Maksudnya jgn gosok terlalu lama dan terlalu memaksa. Gituuuu. Bukan apa. Bila ko over do it, akan galakkan penghasilan minyak yang berlebihan sedangkan ko nak kurangkan minyak serta bersihkan segala kekotoran kat liang-liang roma. Jadi gosok biasa2 ajela. Lebih2 lagi kulit mcm aku jenis combination, ada bahagian yang minyak berlebihan. Ada bahagian yang kering. Aku apply scrub ni satu muka. Tak terhad kat hidung je. Apa pun memang aku sangat berpuas hati buat masa ni. Muka rasa best sgt lepas guna dan lembut. Tak mengeringkan. Kalo kering pun ape susah. Pakai pelembap. Settle masalah.

Btw, selain berfungsi sebagai scrub, ko boleh guna sebagai mask. YESS. Mask. Apply thin layer kat kawasan yg berminyak then biar dlm 3 min. Jadilah ia mask. Ko jadi macam org hijau aka incredible hulk gituuu.



So sapa-sapa nak try boleh la cari. Aku bagi 4 bintang berkelipan untuk produk ni. Testimoni diri sendiri tak dapat la letak lagi. Tapi pada aku sangat berbaloi untuk mencuba. Pertama kali ke sephora terus buat kad. Sebab aku terfikir nak beli macam2 benda kat situ. So why not. Aku mmg suka kumpul kad pun. Next visit aku nk redeem welcome gift dan juga mahu membeli product lain soap & glory. Dan juga beli benda2 lain yg best kat situ :))

19 December 2012

Bigbadwolf 2012


Selamat pagi. Semalam payday untuk org kerajaan dan sekutu dengannya. Tapi aku je yang tak dapat. Gaji aku tetiba kena sekat. Tension. Org yang uruskan kate xde masalah untuk bayaran. Ishk3. Menyeksa aku sungguh. Yang betul2 uruskannya cuti plak. So diorang xde kuasa nak luluskan pembayaran gaji. Tunggu ajela.



Budak-budak ofis aku yg beriya dah gaji ni amboiiii. Tak beragak ajak aku pegi Big Bad Wolf. Sebab bos xde. Apa lagi. Saje la melawat tapak. So aku berazam nak survey je. Survey la sangat kan. Ok. Sampai-sampai sana seriously aku tak tau nk beli buku apa sebab aku ni bukan nya minat sgt baca2 novel ni baik novel melayu mahupun english. Org-org kat situ tak beragak usung kotak la, beg la. Aku dgn wani bawak diri je. Konon nak tengok je la. Aku fokus kat bahagian self help, cookery, health and wellness dan biography. Tapi kawan aku habis borong buku kanak-kanak yang sangat la murah. Buku-buku 3D dan buku bacaan. Harga semua bawah RM10. Nasib aku takde anak buah. Kalo mesti nak membeli jugak.

Berikut adalah hasil tangkapan aku untuk semalam. 


Ikutkan hati nak beli banyak lagi. Memang geram mata memandang. Geram lagi bahu yg memikul benda2 alah ni. Ikut susunan dari atas ke bawah.

1) Recipe for a good marriage 


Buku ni bukan tuk aku pun. Tapi aku nak bagi pada membe sebagai hadiah kawin. Takde ayat2 meleret. Ada kata-kata semangat untuk menempuh alam perkahwinan. Ececece. Macam dah kawin je kan. Hihihi

2) Best You Ever 365 Ways To Be


Tujuan aku beli buku ni saja nak motivate diri sendiri. Bila dah belek-belek, setiap hari ada topik yg berbeza. Dalam buku ni ada 365 topik yang berbeza merangkumi aspek-aspek yang tertera dalam gambar di atas. Malam tadi sebelum tido sempat la baca sekejap. 1st topic dah cakap pasal penggunaan duit. Tapi dia explain dalam ayat yang sangat simple dan sampai maksudnya. Akan baca setiap malam sebelum tido. :))

3) Great taste - Quick short recipes


Banyak sangat buku resepi kat big bad wolf ni. Buku Jamie oliver dan Nigella (sangat-sangat suka masakan dia) ada dijual semurah RM25. Tapi memandangkan aku tahankan je nafsu nak beli, aku beli buku resepi kat atas. Kenapa aku beli? Nampak tak tajuk dia. Quick short recipes. Resepi yang terdapat dalam buku itu sangat-sangat simple dan sukatan-sukatan yang digunakan sangat mudah. Sedia dalam gram atau sukatan berapa sudu besar. Berapa sudu kecik. Kebanyakan buku dalam oz. Aku malas nk convert2. Dan setiap resipi ada gambar. Ada sesetengah buku resepi takde gambar utk setiap resepi. So buku ni menarik la bak katanya. Aku beli pun RM10 je. Berbaloi-baloi untuk aku yang malas nak masak yang leceh2. Lagipun resepi dia yg simple ni menjurus kepada healthy food. Simple and healthy gitu. auwww :))

4) The cupcake collection



Sangat sangat sangat suka bende alah di atas. Ada jual kat bahagian buku 3D. Apa yang menariknya benda semurah RM15 ni dia bagi 40 resepi cupcakes. Macam2 jenis dan dalam bentuk card. Bukan buku. So senang nk bawak kemana2. Then dia bagi piping beg bersama nozzles dia sekali. Ada cupcake cases dan egg separator. Sangat teruja! Selain dari cupcake, ada baking collection and calorie counting. Untuk baking dia bagi cookie cutter, senduk dan apebenda lg satu tak ingat. Untuk calorie counter tu plak dia siap bagi calculator, measuring tape dgn ape ntah lagi satu. Memang menarik. Kalo ikutkan aku nak beli semua-semua tu. Tapi apakan daya. T__T

5) Majalah Ratu sehari 2012



Majalah ni aku beli sebab murah. RM5 jer. Kebetulan budak rumah ramai nak kawin saje aku bagi sesama tgk. Aku pun nak kawin ntah bila. So saja la cuci mata. Tak salah kan. heh

Ini je la yg aku mampu beli. Aku nak beli lagi tapi berharap gaji aku dapat la sebelum habisnya big bad wolf. Uwaaaa. So sesiapa yang belum pegi lagi bigbadwolf 2012, silalah menjenguk ke sana sebab tarikh akhir adalah 23hb. Apa lagi. Borong la ikut keperluan. Jangan beli saja tapi xbaca ye adik-adik, abg-abg, kakak-kakak.

16 December 2012

udang ke cheese?


Selamat malam semua. Apa cite weekend korang? cikpaja takde benda yang nak dikongsi sangat kat sini. Just nak cerita aktiviti makan. Haaaa. Kalo dah lama kenal aku, aku mana boleh dipisahkan dengan aktiviti makan. Nak dijadikan cerita, kengkonon aku tengah diet la skang. sangattttt. Tetiba opismate ajak makan pizza plak dah. Memandangkan dah lama jugak tak makan pizza hut, terus on je dengan ajakan Amy dan Wani. Hari jumaat. Pepaham la. Hari outing pompuan sedunia. Sememangnya aku sangat lapa waktu tu. Korang dah makan pizza hut yang ada 7 cheese tu? Kalo belum bole la cuba. Aku sebagai peminat tegar cheese pun bole give up nak makan lebih dari dua keping. Aku xtau la kalo korang kan. Aku pun bukan tau apa namanya. Yang aku tau ade udang tempura atas tu bersama cheese yang super duper banyak. Mussssst try. :))

7 cheese is back!

pizza hut warta bangi. dah berwajah baru

dine in menu. byk menu baru. nampak sgt dh lama xmkn 

dah sampai. taaarrraaaaaa. 

tengokla limpahan cheese kat atas tu. rasa nak makan semua

mushroom soup yg sememangnya sedap dicicah dgn garlic bread

nak makan satu ni pun xlarat. ada hati nak mkn semua. *udang berbaring*




10 December 2012

Projek durian crepe


Selamat malam. Selamat bercuti warga selangor. Cuti-cuti ni bawak-bawakla berehat. Jangan asyik nak shopping je. *nada berbaur jeles* sebab cikpaja demam la woi. Bila demam ape pun xbole buat. Sape cakap tak boleh buat apa. Masa cikpaja demam dari hari sabtu punya la berkobar-kobar nak buat durian crepe. Mungkin sesetengah orang dah bosan dengar pasal durian crepe. Tapi gua peduli apa. Gua nak buat jugak. Saja nak test senang ke dak buat durian crepe ni. Selama ni dok merasa org bagi je. Apa salahnya kita cuba buat plak kan. okay. Bismillah. Kita mulakan dengan bahan-bahannya dulu.

Bahan - bahannya :

Durian - aku guna D24. beli kt tesco jer
250 g tepung gandum
Susu segar - aku guna sama sukatan dgn tepung. Tepung tu satu cawan so susu pun sama
3 biji telur
esen vanila
sedikit garam
1 sudu besar butter
pewarna kuning telur
non - dairy whipped cream

cara-cara membuat:

1)  Durian amik isi sahaja. Asingkan dalam mangkuk berasingan
2)  Untuk buat kulit atau crepe, blend tepung dan susu dahulu. diikuti dengan esen vanila, telur dan garam.
3)  Panaskan butter dan campur dlm campuran tadi. blend semula. kemudian letak pewarna kuning.
4)  Tapis campuran tadi kemudian sedia untuk membuat crepe di atas pan tanpa lekat. Guna api perlahan je ya. Buat nipis-nipis je k. Baru sedap.
5)  Untuk whip cream, pukul sampai kembang.

whipped cream dan durian diletak di atas crepe

balut dan tadaaaaaaa

buat crepe warna pinkkkkk

surpriseee. tadaaaaaaaa. pinky durian crepe

Walaupun rupa durian crepe aku ni tak secantik durian crepe orang lain jual, tapi aku puas hati dengan usaha aku buat. Gagah jugak buat walaupun demam. Harap-harap org lain xdemam makan durian crepe aku. Apepun abah aku cakap sedapppp dan suma cakap sedap. So next week bila dah gaji nanti aku nak buat mangga pulak. weeeeeee. Selamat mencuba :))


05 December 2012

maafkan hati ini


Aku sebenarnya tengah edit final draft untuk coffee table book yang sepatutnya dah lama dah siap. Disebabkan banyak benda lain aku buat waktu yang sama, tergendala jugak la buku ni. Sebenarnya bukan senang buat buku. Lagi leceh daripada buat jurnal. Kena kreatif dan rajin tapi aku takde langsung ciri-ciri itu. 

Nak fokus la konon-kononnya hari ni. Sekali diganggu plak dengan ceiling opis aku yg tetiba bocor. Ada org servis aircond kat atas tapi bukan nak beringat ada opis kat bawah ni. Kurang berasam sungguh. Terus pening kepala aku nak mengadap keje yang sepatutnya aku siapkan. Kacau la. Kacau. Dalam keadaan pening lalat ni, aku tetiba nak share lagu yang aku dah lama dah dengar. Mungkin korang pun dah selalu sangat dengar. Suka lagu ni. Sayu je dengar. Dengar banyak kali untuk petang ni. *mode fefeeling gitu*




Maafkan hati ini yang tak bisa berhenti menyayangimu,
Walau ku tak bisa menjadi milikmu,
juga sebagai yang tercinta di hidup mu




01 December 2012

Keajaiban cinta




keajaiban cinta - aliff aziz n adira

Takkan pernah aku menyerah
Walau harus terpisah ruang
Hanya bisa bermimpi terlukis dalam khayal
Betapa ku junjung setia

Biar waktu terus berlalu
Hati takkan pernah berhenti
Menyanyikan lagumu membaca puisimu
Selamanya aku rindu

Biar hujan yang turun membasahi jiwa ini
Ku tetap setia menanti dirimu

Kerna cinta ku mampu mematahkan sepi
Ku sanggup menunggu dirimu walau seumur hidup
Kerna cinta ruang tak menjadi misteri
Hanya ku melihat dirimu datang memeluk daku


Source: http://www.lagubestbest.com/2012/10/keajaiban-cinta-adira-aliff-aziz-lirik-tiara.html#ixzz2Dnh4uygt



Azam 2013




Hello Disember. Tak lama lagi masuk 2013. 30 hari dari sekarang!

Tiap-tiap akhir tahun mestila sibuk-sibuk nak buat perancangan dan azam. Aku rasa azam aku tahun 2010 pun tak tercapai lagi. Jadinya azam aku untuk tahun 2013 ni separuh darinya adalah azam yang belum dilaksanakan sepenuhnya atau tak terlaksana langsung. 

Di sini aku nak listkan azam tahun 2013. Semoga aku dapat melaksanakan at least 60% dari senarai di bawah:

1)   Sambung phD. Samada dalam atau luar negara. Mana-mana pun boleh. Janji belajar.

2)   Kuruskan badan yang dah bambam. Yang ni wajib okay. Wajib

3)   Menambah amalan dan lebih mendekatkan diri kepada yang Maha Esa. :)

4)   Meningkatkan prestasi kerja dari hari ke hari

5)   Mencari bakal suami dan bukan bakal boyfriend. 


Ada banyak lagi benda nak buat. Tapi di atas adalah benda yang paling utama yang perlu dilaksanakan. Jangan banyak berdalih. Ayuh mulakan. So apa azam korang? Meh la share. Mane tau bole aku tambah kat list utama di atas. :))



Mari turunkan berat badan




Buat masa ni aku rasa badan aku dah bambam sangat. Maka nya aku dalam proses nak meringankan beban yang ditanggung oleh badanku yang dah semakin berlemak. Lemak tepu woi. Lemak tepu. Jadi aku rasa tak salah kalo aku buat something untuk memastikan aku menurunkan berat badan secara sihat. Biar perlahan asal selamat. Meh aku nak cite apa yang aku cuba lakukan untuk kurangkan berat badan aku dan masih dalam proses. 

1)   Bersenam dengan treadmill

Abah aku baru beli treadmill kat umah. Semua dok berebut guna termasuk la aku. Sebabnya aku dapat guna hujung minggu jer. Aku buat pagi dan petang setiap sabtu dan ahad. So far aku rasa best sangat alat ni untuk orang macam aku yang malas nk kuar jogging. Dah ada kita guna je la ye dak? Bila hari biasa aku just buat senaman ringan kat umah. Tak paksa diri sebab balik keje penat woi.



2)   Minum air yang banyak

Aku takda masalah nak minum air banyak-banyak. Lebih-lebih lagi air kosong. So skang ni aku pastikan aku minum at least 2 botol 1.5L air masak or mineral. Dulu aku takla minum banyak camni. Tak rugi pun minum air banyak. Rasa lebih sihat lagi ada berbanding kurang minum air. Bibir pun takda la kering je kan. Tapi ingat. Jangan plak minum air coke 3 liter. Terus dapat kencing manis plak. :))



3)   Elakkan minum kopi, mocha dan segala adik beradiknya

Sape yang kenal aku memang tau la aku ni peminum kopi tegar terutamanya kopi mocha. Sedap tahu. Salah satu sebab aku jadi bambam ni kengkadang aku minum lebih dari 2 tin sehari. Kopi kosong takpela ni, Ni minum kopi yang berkrimer. Salah satu agen penambah berat badan. Tu belum masuk lagi air starbuck yang dipenuhi dengan cream. Wahhh. Memang penyumbang la. Aku addicted suatu masa dulu dan skang aku dah buktikan aku bole elak minum kopi. Tak minum langsung dan aku nampak perubahannya. Ganti je la dengan air kosong. Takde hal punya.



4)  Makan dalam kuantiti yang sedikit

Dalam proses ini, aku tak bole tak makan langsung. Takut nanti metabolisme badan menurun dan makin susah nak kuruskan badan. Maka aku makan dalam kuantiti yang sedikit. Makin lama aku dah biasa dengan keadaan camni dan aku rasa menyesal napa la aku tak buat dari dulu. Kalo tak, takdela gemuk macam skang. So far alhamdulillah. Kena teruskan usaha. Kawal nafsu makan. :))



5)   Baca testimoni

Untuk menjalankan proses turunkan berat badan, aku ada baca banyak info dalam blog-blog dan website yang berkaitan. Ada banyak testimoni mereka yang kuruskan badan. Sedikit sebanyak akan memotivasikan diri aku bahawa aku jugak boleh! Aku ada jugak tanya kat member2 twitter. Kongsi-kongsi cerita apa yg patut. 



6)   Kurangkan makan merapu

Secara jujurnya aku mengaku aku memang sangat suka makan benda merapu. Benda-benda segera. tak boleh nak stop on the spot tapi aku cuba kurangkan. Aku ni peminat tegar mcd. Dalam seminggu mesti makan sekali. Mana la lemak x naik berkilo. Tapi skang dah bole kurangkan. memang dah lama xmakan. Haritu je terasa nk makan prosperity, aku beli jugak. Tapi ala carte je. Tak amik air soda or milo dan kentang. Setakat nak lepas keinginan jer. Kebetulan pulak aku jarang nak bersosial skang. So bole la elakkan makanan-makanan macamtu. 



Banyak lagi tip yang aku baca dalam blog. Tapi yang aku tulis ni berdasarkan apa yang aku buat skang ni. Doakan misi aku berjaya. Dimana ada kemahuan, disitu lemak boleh dihapuskan. Chaiyok faza!