19 December 2012

Bigbadwolf 2012


Selamat pagi. Semalam payday untuk org kerajaan dan sekutu dengannya. Tapi aku je yang tak dapat. Gaji aku tetiba kena sekat. Tension. Org yang uruskan kate xde masalah untuk bayaran. Ishk3. Menyeksa aku sungguh. Yang betul2 uruskannya cuti plak. So diorang xde kuasa nak luluskan pembayaran gaji. Tunggu ajela.



Budak-budak ofis aku yg beriya dah gaji ni amboiiii. Tak beragak ajak aku pegi Big Bad Wolf. Sebab bos xde. Apa lagi. Saje la melawat tapak. So aku berazam nak survey je. Survey la sangat kan. Ok. Sampai-sampai sana seriously aku tak tau nk beli buku apa sebab aku ni bukan nya minat sgt baca2 novel ni baik novel melayu mahupun english. Org-org kat situ tak beragak usung kotak la, beg la. Aku dgn wani bawak diri je. Konon nak tengok je la. Aku fokus kat bahagian self help, cookery, health and wellness dan biography. Tapi kawan aku habis borong buku kanak-kanak yang sangat la murah. Buku-buku 3D dan buku bacaan. Harga semua bawah RM10. Nasib aku takde anak buah. Kalo mesti nak membeli jugak.

Berikut adalah hasil tangkapan aku untuk semalam. 


Ikutkan hati nak beli banyak lagi. Memang geram mata memandang. Geram lagi bahu yg memikul benda2 alah ni. Ikut susunan dari atas ke bawah.

1) Recipe for a good marriage 


Buku ni bukan tuk aku pun. Tapi aku nak bagi pada membe sebagai hadiah kawin. Takde ayat2 meleret. Ada kata-kata semangat untuk menempuh alam perkahwinan. Ececece. Macam dah kawin je kan. Hihihi

2) Best You Ever 365 Ways To Be


Tujuan aku beli buku ni saja nak motivate diri sendiri. Bila dah belek-belek, setiap hari ada topik yg berbeza. Dalam buku ni ada 365 topik yang berbeza merangkumi aspek-aspek yang tertera dalam gambar di atas. Malam tadi sebelum tido sempat la baca sekejap. 1st topic dah cakap pasal penggunaan duit. Tapi dia explain dalam ayat yang sangat simple dan sampai maksudnya. Akan baca setiap malam sebelum tido. :))

3) Great taste - Quick short recipes


Banyak sangat buku resepi kat big bad wolf ni. Buku Jamie oliver dan Nigella (sangat-sangat suka masakan dia) ada dijual semurah RM25. Tapi memandangkan aku tahankan je nafsu nak beli, aku beli buku resepi kat atas. Kenapa aku beli? Nampak tak tajuk dia. Quick short recipes. Resepi yang terdapat dalam buku itu sangat-sangat simple dan sukatan-sukatan yang digunakan sangat mudah. Sedia dalam gram atau sukatan berapa sudu besar. Berapa sudu kecik. Kebanyakan buku dalam oz. Aku malas nk convert2. Dan setiap resipi ada gambar. Ada sesetengah buku resepi takde gambar utk setiap resepi. So buku ni menarik la bak katanya. Aku beli pun RM10 je. Berbaloi-baloi untuk aku yang malas nak masak yang leceh2. Lagipun resepi dia yg simple ni menjurus kepada healthy food. Simple and healthy gitu. auwww :))

4) The cupcake collection



Sangat sangat sangat suka bende alah di atas. Ada jual kat bahagian buku 3D. Apa yang menariknya benda semurah RM15 ni dia bagi 40 resepi cupcakes. Macam2 jenis dan dalam bentuk card. Bukan buku. So senang nk bawak kemana2. Then dia bagi piping beg bersama nozzles dia sekali. Ada cupcake cases dan egg separator. Sangat teruja! Selain dari cupcake, ada baking collection and calorie counting. Untuk baking dia bagi cookie cutter, senduk dan apebenda lg satu tak ingat. Untuk calorie counter tu plak dia siap bagi calculator, measuring tape dgn ape ntah lagi satu. Memang menarik. Kalo ikutkan aku nak beli semua-semua tu. Tapi apakan daya. T__T

5) Majalah Ratu sehari 2012



Majalah ni aku beli sebab murah. RM5 jer. Kebetulan budak rumah ramai nak kawin saje aku bagi sesama tgk. Aku pun nak kawin ntah bila. So saja la cuci mata. Tak salah kan. heh

Ini je la yg aku mampu beli. Aku nak beli lagi tapi berharap gaji aku dapat la sebelum habisnya big bad wolf. Uwaaaa. So sesiapa yang belum pegi lagi bigbadwolf 2012, silalah menjenguk ke sana sebab tarikh akhir adalah 23hb. Apa lagi. Borong la ikut keperluan. Jangan beli saja tapi xbaca ye adik-adik, abg-abg, kakak-kakak.

2 comments:

sid said...

perghhhhhhhhhhhhhh!!!!!!

cik paja hanim said...

wahhhhhhhh!!! hahahaha