05 December 2012

maafkan hati ini


Aku sebenarnya tengah edit final draft untuk coffee table book yang sepatutnya dah lama dah siap. Disebabkan banyak benda lain aku buat waktu yang sama, tergendala jugak la buku ni. Sebenarnya bukan senang buat buku. Lagi leceh daripada buat jurnal. Kena kreatif dan rajin tapi aku takde langsung ciri-ciri itu. 

Nak fokus la konon-kononnya hari ni. Sekali diganggu plak dengan ceiling opis aku yg tetiba bocor. Ada org servis aircond kat atas tapi bukan nak beringat ada opis kat bawah ni. Kurang berasam sungguh. Terus pening kepala aku nak mengadap keje yang sepatutnya aku siapkan. Kacau la. Kacau. Dalam keadaan pening lalat ni, aku tetiba nak share lagu yang aku dah lama dah dengar. Mungkin korang pun dah selalu sangat dengar. Suka lagu ni. Sayu je dengar. Dengar banyak kali untuk petang ni. *mode fefeeling gitu*




Maafkan hati ini yang tak bisa berhenti menyayangimu,
Walau ku tak bisa menjadi milikmu,
juga sebagai yang tercinta di hidup mu




No comments: