01 December 2012

Mari turunkan berat badan




Buat masa ni aku rasa badan aku dah bambam sangat. Maka nya aku dalam proses nak meringankan beban yang ditanggung oleh badanku yang dah semakin berlemak. Lemak tepu woi. Lemak tepu. Jadi aku rasa tak salah kalo aku buat something untuk memastikan aku menurunkan berat badan secara sihat. Biar perlahan asal selamat. Meh aku nak cite apa yang aku cuba lakukan untuk kurangkan berat badan aku dan masih dalam proses. 

1)   Bersenam dengan treadmill

Abah aku baru beli treadmill kat umah. Semua dok berebut guna termasuk la aku. Sebabnya aku dapat guna hujung minggu jer. Aku buat pagi dan petang setiap sabtu dan ahad. So far aku rasa best sangat alat ni untuk orang macam aku yang malas nk kuar jogging. Dah ada kita guna je la ye dak? Bila hari biasa aku just buat senaman ringan kat umah. Tak paksa diri sebab balik keje penat woi.



2)   Minum air yang banyak

Aku takda masalah nak minum air banyak-banyak. Lebih-lebih lagi air kosong. So skang ni aku pastikan aku minum at least 2 botol 1.5L air masak or mineral. Dulu aku takla minum banyak camni. Tak rugi pun minum air banyak. Rasa lebih sihat lagi ada berbanding kurang minum air. Bibir pun takda la kering je kan. Tapi ingat. Jangan plak minum air coke 3 liter. Terus dapat kencing manis plak. :))



3)   Elakkan minum kopi, mocha dan segala adik beradiknya

Sape yang kenal aku memang tau la aku ni peminum kopi tegar terutamanya kopi mocha. Sedap tahu. Salah satu sebab aku jadi bambam ni kengkadang aku minum lebih dari 2 tin sehari. Kopi kosong takpela ni, Ni minum kopi yang berkrimer. Salah satu agen penambah berat badan. Tu belum masuk lagi air starbuck yang dipenuhi dengan cream. Wahhh. Memang penyumbang la. Aku addicted suatu masa dulu dan skang aku dah buktikan aku bole elak minum kopi. Tak minum langsung dan aku nampak perubahannya. Ganti je la dengan air kosong. Takde hal punya.



4)  Makan dalam kuantiti yang sedikit

Dalam proses ini, aku tak bole tak makan langsung. Takut nanti metabolisme badan menurun dan makin susah nak kuruskan badan. Maka aku makan dalam kuantiti yang sedikit. Makin lama aku dah biasa dengan keadaan camni dan aku rasa menyesal napa la aku tak buat dari dulu. Kalo tak, takdela gemuk macam skang. So far alhamdulillah. Kena teruskan usaha. Kawal nafsu makan. :))



5)   Baca testimoni

Untuk menjalankan proses turunkan berat badan, aku ada baca banyak info dalam blog-blog dan website yang berkaitan. Ada banyak testimoni mereka yang kuruskan badan. Sedikit sebanyak akan memotivasikan diri aku bahawa aku jugak boleh! Aku ada jugak tanya kat member2 twitter. Kongsi-kongsi cerita apa yg patut. 



6)   Kurangkan makan merapu

Secara jujurnya aku mengaku aku memang sangat suka makan benda merapu. Benda-benda segera. tak boleh nak stop on the spot tapi aku cuba kurangkan. Aku ni peminat tegar mcd. Dalam seminggu mesti makan sekali. Mana la lemak x naik berkilo. Tapi skang dah bole kurangkan. memang dah lama xmakan. Haritu je terasa nk makan prosperity, aku beli jugak. Tapi ala carte je. Tak amik air soda or milo dan kentang. Setakat nak lepas keinginan jer. Kebetulan pulak aku jarang nak bersosial skang. So bole la elakkan makanan-makanan macamtu. 



Banyak lagi tip yang aku baca dalam blog. Tapi yang aku tulis ni berdasarkan apa yang aku buat skang ni. Doakan misi aku berjaya. Dimana ada kemahuan, disitu lemak boleh dihapuskan. Chaiyok faza!


1 comment:

mazni said...

go paja go!!!