10 December 2012

Projek durian crepe


Selamat malam. Selamat bercuti warga selangor. Cuti-cuti ni bawak-bawakla berehat. Jangan asyik nak shopping je. *nada berbaur jeles* sebab cikpaja demam la woi. Bila demam ape pun xbole buat. Sape cakap tak boleh buat apa. Masa cikpaja demam dari hari sabtu punya la berkobar-kobar nak buat durian crepe. Mungkin sesetengah orang dah bosan dengar pasal durian crepe. Tapi gua peduli apa. Gua nak buat jugak. Saja nak test senang ke dak buat durian crepe ni. Selama ni dok merasa org bagi je. Apa salahnya kita cuba buat plak kan. okay. Bismillah. Kita mulakan dengan bahan-bahannya dulu.

Bahan - bahannya :

Durian - aku guna D24. beli kt tesco jer
250 g tepung gandum
Susu segar - aku guna sama sukatan dgn tepung. Tepung tu satu cawan so susu pun sama
3 biji telur
esen vanila
sedikit garam
1 sudu besar butter
pewarna kuning telur
non - dairy whipped cream

cara-cara membuat:

1)  Durian amik isi sahaja. Asingkan dalam mangkuk berasingan
2)  Untuk buat kulit atau crepe, blend tepung dan susu dahulu. diikuti dengan esen vanila, telur dan garam.
3)  Panaskan butter dan campur dlm campuran tadi. blend semula. kemudian letak pewarna kuning.
4)  Tapis campuran tadi kemudian sedia untuk membuat crepe di atas pan tanpa lekat. Guna api perlahan je ya. Buat nipis-nipis je k. Baru sedap.
5)  Untuk whip cream, pukul sampai kembang.

whipped cream dan durian diletak di atas crepe

balut dan tadaaaaaaa

buat crepe warna pinkkkkk

surpriseee. tadaaaaaaaa. pinky durian crepe

Walaupun rupa durian crepe aku ni tak secantik durian crepe orang lain jual, tapi aku puas hati dengan usaha aku buat. Gagah jugak buat walaupun demam. Harap-harap org lain xdemam makan durian crepe aku. Apepun abah aku cakap sedapppp dan suma cakap sedap. So next week bila dah gaji nanti aku nak buat mangga pulak. weeeeeee. Selamat mencuba :))


No comments: