25 December 2012

review: scrub your nose plissss :))


Saya adalah pertama kali ke Sephora di KLCC bersama kawan baik, Pae yang kebetulan tempat kerja beliau adalah sgt dekat dgn KLCC. Kami selalu berjumpa di situ sebab saje nak melepak minum sesambil cuci mata kengkonon kannn. Tujuan kami ke sephora adalah untuk mencari barangan soap & glory - scrub your nose in it. Ada membe suggest guna untuk combination skin mcm aku, nk buang blackhead and she bet me aku mesti suka guna produk ni. So aku pun bergegas membawa punggung yg berat ini dan berusaha cari benda tersebut. Dipersilakan. Tadaaaaaaa :)))

scrub yg aku cari2. Ada saiz ni saja. Trial size xde plak. 

Apa yang aku nk ckp selepas pakai scrub ni. Ohhhhsemmm. *sambil melayangkan ibu jari*. Itu pada aku la. Ciri-ciri yang boleh dikatakan ohsem untuk scrub ini adalah pertamanya scrub ni berwarna hijau mint dan bau serta rasanya ada minty sensation. Yesss. Umpama ko lumur colgate ke muka ko tapi ada pasir2 halus yang berfungsi sebagai scrub. Bagi aku, aku sangat suka minty sensation sebab bagi segar sket muka aku terutamanya bangun pagi mamai-mamai. Molek sangat guna.

Berwarna hijau mint. Sorry kalo xnmpak hijau dan abaikan tangan aku yg gemuk itu

Setahu aku scrub biasanya org guna 2 atau 3 kali seminggu. Setakat ni aku guna hari2 terutamanya waktu pagi dan kengkadang malam pun ada. Ikut suka la sebab aku suka sangat scrub ni. Scrubnya pun tak kasar tapi kalau guna hari-hari jangan terlebih tenyeh. Maksudnya jgn gosok terlalu lama dan terlalu memaksa. Gituuuu. Bukan apa. Bila ko over do it, akan galakkan penghasilan minyak yang berlebihan sedangkan ko nak kurangkan minyak serta bersihkan segala kekotoran kat liang-liang roma. Jadi gosok biasa2 ajela. Lebih2 lagi kulit mcm aku jenis combination, ada bahagian yang minyak berlebihan. Ada bahagian yang kering. Aku apply scrub ni satu muka. Tak terhad kat hidung je. Apa pun memang aku sangat berpuas hati buat masa ni. Muka rasa best sgt lepas guna dan lembut. Tak mengeringkan. Kalo kering pun ape susah. Pakai pelembap. Settle masalah.

Btw, selain berfungsi sebagai scrub, ko boleh guna sebagai mask. YESS. Mask. Apply thin layer kat kawasan yg berminyak then biar dlm 3 min. Jadilah ia mask. Ko jadi macam org hijau aka incredible hulk gituuu.



So sapa-sapa nak try boleh la cari. Aku bagi 4 bintang berkelipan untuk produk ni. Testimoni diri sendiri tak dapat la letak lagi. Tapi pada aku sangat berbaloi untuk mencuba. Pertama kali ke sephora terus buat kad. Sebab aku terfikir nak beli macam2 benda kat situ. So why not. Aku mmg suka kumpul kad pun. Next visit aku nk redeem welcome gift dan juga mahu membeli product lain soap & glory. Dan juga beli benda2 lain yg best kat situ :))

No comments: