28 February 2013

satu hari di hentian kajang


Assalamualaikum. Selamat tengahari. Dah lunch ke uollls. Diet la diet. Padahal dah melantak nasi kukus ayam tadi. Hiksss. Aku sebenarnya rasa nak makan ayam penyet. Mengidam dari hari jumaat haritu. Tapi kedai ayam penyet mbak dila kat hentian kajang tutup plak hari jumaat. Terpaksa la tahan keinginan dulu.

Hari jumaat lepas aku pergi ke hentian kajang yang bertujuan nak buat pasport kat pejabat imigresen. Nampaknya memang takde org sangat ditambah lagi kaunter pun bukak banyak. Ni first time aku buat pasport sbb tak pernah ke mana-mana lagi sebelum ni. So agak semangat memprint segala benda. Sampai kat kaunter semakan dan no giliran, check IC aku katanya tak bole pakai. Sebab dah terkopek kat hujung tu. Aku rasa xde la kritikal sangat. Tapi untuk mengelakkan masalah kt imigresen nanti, aku buat la IC baru kt JPN. Nasib baik JPN kat situ jugak. Dapatkan yg sementara sebab amik masa 2 mgg jugak IC aku tu nak siap. 

bahagian tepi tu je buruk. cerewet betul.

Dah setel buat IC baru. Pegi la semula ke kaunter imigresen tu. Tetiba dia cakap gamba pasport aku plak tak boleh guna. Sebab gamba tu aku pakai contact lens. Kaler grey. Memang ketara la bezanya mata aku kan. Hanginnya. Awat la tak bagitau awal2 dalam syarat nak buat pasport kat dalam website tu. Tension aku. Nak kena balik semula amik casing contact lens segala bagai. Amik gamba baru. Bila aku dah datang dengan gamba baru bole plak dia tanya kompem ke gamba ni takde contact lens. Aku bg gamba yang reject tadi suh dia compare sendiri. Takde la aku ni bodoh sangat nak buat keje banyak kali ulang kesalahan yang sama. Baru la lepas. Macam2 hal nak buat pasport. Dah la first time. Banyak hal plak. Then tunggu la giliran aku yang ke 1187. Aku amik pasport tu keesokan harinya walaupun pasport tu siap sejam selepas daftar. Tak sanggup nak tunggu lagi. Tapi ternyata kalo time cuti, sebelum kul 8 pagi barisan dh panjang macam setan. Nasib baik aku tinggal nak amik je. Skip beratur. Kehkeh. 

zana kt depan tu hah. dh terlepas jam nak amik pasport dia.
aku? masih menunggu nak buat.
kalo xde masalah xdela aku  punya turn selama ini. 

dah siap. yeayyyyy. bole la pegi jalang2. eh. jalan2. :))

Bulan accident


Assalamualaikum. Cikpaja kembali. Janji nak kembali esoknya. Sekali ada benda malang tak berbau ni tetiba terbau pulak. Terlewat la sikit nak update blog.

Baru menghabiskan cuti selama 2 hari setengah di mana cuti tersebut bukanla untuk bergembira. Nak dijadikan cerita sebenarnya ayah aku accident 2 minggu lepas iaitu sehari sebelum aku ke MRSM Parit hantar adik bongsu aku daftar form 4. Accident motor sensorang atau maksud lainnya brek motor dia putus dan akhirnya motor memakan diri lalu menghimpap kaki kiri. Kebetulan aku ada kat umah pegi la amik abah dan hantar ke HKL. 

Dah X-ray kata tak patah. So xde la simen pape. Selepas dua minggu iaitu 3 hari yg lepas abah buat checkup semula. Tuptap doc kata patah. Terus kena tahan wad untuk operation keesokan harinya. Haish. Abah pun satu. Degil. Kaki tak baik lagi. Dia pegi naik moto semula. Pastu tetiba mengadu sakit. Dari tak patah jadi patah. DEGIL!

Okay. Dah benda nak jadi. Tiba hari nak operate tetiba doc kata tak payah operate plak. Haish. jap operate jap tak. Doc ckp bole simen aje. Lega aku dgr. Takde la aku tgk abah susah hati nk kena operate. Dah simen bole la balik keesokannya. Kaki abah dah jd mcm the smurf dah. kaler biru woooo. 


sebelum di simen. 

abah tu cuak. padahal nk simen je. bukan nk operate pun

tadaaaa. dah simen. kaler biru lagi.

simen ni kena bayar dalam 2 ratus camtu. pakai  fiber.

Nak balik dari HKL tu macam2 benda berlaku. Ada orang block keta aku kt carpark. Aku paham parking takde. Tapi cerdik la sket. Brek turun tapi gear ko P. P for Pffttttt. Mane bleh nk tolak keta ko sengal. No sweat challenge la aku mengalihkan keta. Lepas dekat setengah jam ke 45 min camtu, baru lepas. 

Tgh syok2 adik aku mkn nasi lemak dan aku baru nk mkn jagung gara2 tak makan lunch lagi, org langgar plak dari belakang. Haishhh. Hangin aku. Doc HKL yg langgar. Keta dia keta myvi. Remuk teruk keta dia. Keta aku xde mende plak. Yang kurang ajar nya aku nk settle kat situ cepat2 sbb balik nak tolong mak aku meniaga plak, dia sibuk cakap dlm tepon tanpa hiraukan aku ngn adik aku yg tgh berckp ngn dia. Ape lagi. Mmg kena tengking la ngan aku pompuan ni. Tak settle lagi. Dekat 10 min aku tgg dia abis berckp dlm tepon, biar kitorang tercongok tepi jln ni. Lepas kena tengking terus letak tepon. Tak reti respect orang langsung. Aku tau ko gabra tapi setel la dengan aku dulu. Asalnya aku ckp elok2 ko buat tahi. Nasib ko la. Setakat ni dah 3 kali kena langgar dari belakang tapi semua keta berbeza. Adoi. Suka sangat bantai bontot. Wakakaka.

Okayla. Gua nk buat keje. Walaupun bos xde. Tapi hari pertama bekerja untuk minggu ni. Bubai. Jumpa esok. Plomissss! :))


21 February 2013

saya kembali!


Assalamualaikum. Dah lama weh tak update blog. Status sebagai isteri single memang selalu macamni. Menyibukkan diri sendiri untuk lupakan hal yang tak sepatutnya. Makna kata sibuk hal kerja la. Buat-buat busy je k. Titik.

Sejak-sejak sibuk update twitter hal-hal remeh temeh dan mengupload gambar kat instagram, aku jadi malas nak update blog. Rase macam dah cite kat situ pastu tak tau nak update apa kat blog. Alasan camni boleh pakai tak? *Jegil mata* BOLEH FAZA!

Okay. Bole tak cikpaja nak list sket nak update apa kat blog ni mengikut turutan. Nampak sikit bersungguh nak update blog. Pertama tama sekali :

  1. Makanan
  2. Makanan
  3. Makanan
  4. Makanan
  5. Makanan
Tukar nama blog ko kepada blog makan sampai gemuk je cikpaja. Wakakaka. Okay. Tak lawak. Nanti aku rajin aku update. Bape puluh janji tak ditepati dah. 

Okay, jumpa esok. Babai!