28 February 2013

Bulan accident


Assalamualaikum. Cikpaja kembali. Janji nak kembali esoknya. Sekali ada benda malang tak berbau ni tetiba terbau pulak. Terlewat la sikit nak update blog.

Baru menghabiskan cuti selama 2 hari setengah di mana cuti tersebut bukanla untuk bergembira. Nak dijadikan cerita sebenarnya ayah aku accident 2 minggu lepas iaitu sehari sebelum aku ke MRSM Parit hantar adik bongsu aku daftar form 4. Accident motor sensorang atau maksud lainnya brek motor dia putus dan akhirnya motor memakan diri lalu menghimpap kaki kiri. Kebetulan aku ada kat umah pegi la amik abah dan hantar ke HKL. 

Dah X-ray kata tak patah. So xde la simen pape. Selepas dua minggu iaitu 3 hari yg lepas abah buat checkup semula. Tuptap doc kata patah. Terus kena tahan wad untuk operation keesokan harinya. Haish. Abah pun satu. Degil. Kaki tak baik lagi. Dia pegi naik moto semula. Pastu tetiba mengadu sakit. Dari tak patah jadi patah. DEGIL!

Okay. Dah benda nak jadi. Tiba hari nak operate tetiba doc kata tak payah operate plak. Haish. jap operate jap tak. Doc ckp bole simen aje. Lega aku dgr. Takde la aku tgk abah susah hati nk kena operate. Dah simen bole la balik keesokannya. Kaki abah dah jd mcm the smurf dah. kaler biru woooo. 


sebelum di simen. 

abah tu cuak. padahal nk simen je. bukan nk operate pun

tadaaaa. dah simen. kaler biru lagi.

simen ni kena bayar dalam 2 ratus camtu. pakai  fiber.

Nak balik dari HKL tu macam2 benda berlaku. Ada orang block keta aku kt carpark. Aku paham parking takde. Tapi cerdik la sket. Brek turun tapi gear ko P. P for Pffttttt. Mane bleh nk tolak keta ko sengal. No sweat challenge la aku mengalihkan keta. Lepas dekat setengah jam ke 45 min camtu, baru lepas. 

Tgh syok2 adik aku mkn nasi lemak dan aku baru nk mkn jagung gara2 tak makan lunch lagi, org langgar plak dari belakang. Haishhh. Hangin aku. Doc HKL yg langgar. Keta dia keta myvi. Remuk teruk keta dia. Keta aku xde mende plak. Yang kurang ajar nya aku nk settle kat situ cepat2 sbb balik nak tolong mak aku meniaga plak, dia sibuk cakap dlm tepon tanpa hiraukan aku ngn adik aku yg tgh berckp ngn dia. Ape lagi. Mmg kena tengking la ngan aku pompuan ni. Tak settle lagi. Dekat 10 min aku tgg dia abis berckp dlm tepon, biar kitorang tercongok tepi jln ni. Lepas kena tengking terus letak tepon. Tak reti respect orang langsung. Aku tau ko gabra tapi setel la dengan aku dulu. Asalnya aku ckp elok2 ko buat tahi. Nasib ko la. Setakat ni dah 3 kali kena langgar dari belakang tapi semua keta berbeza. Adoi. Suka sangat bantai bontot. Wakakaka.

Okayla. Gua nk buat keje. Walaupun bos xde. Tapi hari pertama bekerja untuk minggu ni. Bubai. Jumpa esok. Plomissss! :))


No comments: