28 February 2013

satu hari di hentian kajang


Assalamualaikum. Selamat tengahari. Dah lunch ke uollls. Diet la diet. Padahal dah melantak nasi kukus ayam tadi. Hiksss. Aku sebenarnya rasa nak makan ayam penyet. Mengidam dari hari jumaat haritu. Tapi kedai ayam penyet mbak dila kat hentian kajang tutup plak hari jumaat. Terpaksa la tahan keinginan dulu.

Hari jumaat lepas aku pergi ke hentian kajang yang bertujuan nak buat pasport kat pejabat imigresen. Nampaknya memang takde org sangat ditambah lagi kaunter pun bukak banyak. Ni first time aku buat pasport sbb tak pernah ke mana-mana lagi sebelum ni. So agak semangat memprint segala benda. Sampai kat kaunter semakan dan no giliran, check IC aku katanya tak bole pakai. Sebab dah terkopek kat hujung tu. Aku rasa xde la kritikal sangat. Tapi untuk mengelakkan masalah kt imigresen nanti, aku buat la IC baru kt JPN. Nasib baik JPN kat situ jugak. Dapatkan yg sementara sebab amik masa 2 mgg jugak IC aku tu nak siap. 

bahagian tepi tu je buruk. cerewet betul.

Dah setel buat IC baru. Pegi la semula ke kaunter imigresen tu. Tetiba dia cakap gamba pasport aku plak tak boleh guna. Sebab gamba tu aku pakai contact lens. Kaler grey. Memang ketara la bezanya mata aku kan. Hanginnya. Awat la tak bagitau awal2 dalam syarat nak buat pasport kat dalam website tu. Tension aku. Nak kena balik semula amik casing contact lens segala bagai. Amik gamba baru. Bila aku dah datang dengan gamba baru bole plak dia tanya kompem ke gamba ni takde contact lens. Aku bg gamba yang reject tadi suh dia compare sendiri. Takde la aku ni bodoh sangat nak buat keje banyak kali ulang kesalahan yang sama. Baru la lepas. Macam2 hal nak buat pasport. Dah la first time. Banyak hal plak. Then tunggu la giliran aku yang ke 1187. Aku amik pasport tu keesokan harinya walaupun pasport tu siap sejam selepas daftar. Tak sanggup nak tunggu lagi. Tapi ternyata kalo time cuti, sebelum kul 8 pagi barisan dh panjang macam setan. Nasib baik aku tinggal nak amik je. Skip beratur. Kehkeh. 

zana kt depan tu hah. dh terlepas jam nak amik pasport dia.
aku? masih menunggu nak buat.
kalo xde masalah xdela aku  punya turn selama ini. 

dah siap. yeayyyyy. bole la pegi jalang2. eh. jalan2. :))

No comments: