28 March 2013

cuti-cuti ke universal studio singapore


Pada 19 dan 20 Mac 2013, aku, zana dan miza telah menjejakkan kaki ke bumi singapura. Sebenarnya dah lama benor berhajat nak pergi universal studio singapore (USS). Sekali ada org ajak memang tak menolak la. Pegi jugak. Tak kira. Sebab aku memang suka pegi theme park macam ni. Dan trip ke USS tempoh hari memang awesome!

Kami pergi dengan pakej yang ditawarkan oleh tareeq al jannah serendah RM267 seorang dewasa. Bole la klik fb Tareeq Al Jannah untuk informasi lebih lanjut. Servis mereka cepat. Senang berurusan dengan mereka. Pakej RM267 ni adalah bayaran untuk pakej 2hari 1malam termasuk penginapan hotel di JB, Tiket masuk USS dan shuttle bas pergi balik JB-USS-JB.

Untuk transport kena urus sendiri la ye. Dari Bangi ke JB kitorang naik air asia yg berharga RM26 aje. Kebetulan ade promo mase bulan 2 haritu. Ape lagi. Cepat-cepat la beli. Masa balik dari JB ke Kajang kami balik naik keretapi dgn tiket berharga RM31 sahaja. Jimat kan. So sapa2 rasa nak pegi bole la pegi jenguk sekarang jugak!

Tapi kalo korang nak beli tiket sendiri pun bole. Bole beli online. Tiket sahaja xsilap aku $68 utk weekdays. Kalo weekend $78. Kalo RM lebih kurang RM190. Terpulang la. Try la rancang perjalanan korang bebetul. Alhamdulillah. Perjalanan kami berjalan dengan lancar. Selamat pergi dan pulang.

Ada 7 theme park iaitu Hollywood, New York, Sci-Fci City, Egypt, Lost World, Madagascar dan FarFar Away. Semuanya berbeza suasana, muzik, restrooms dan gerai2 yang berbeza. Moh kite tengok gambar sepanjang trip ke USS. Cekidauttt

Silka hotel JB, tempat kami menginap. 
sampai2 mestila nak amik gambar kat sini sebelum org ramai
New York park. Ada sesame street. Korang jgn risau. Setiap tempat ada volunteer
yang tolong amikkan gambar.
So takde la susah2 sgt nk mintak tlg org amikkan gambar. 
Nampak macam lengang je kat luar ni. sila masuk dalam yer.
Transformers 3D battle ride mmg wajib pegi.
Transformers 3D battle ride. Kat dlm ni memang beratur panjang
tapi sangat berbaloi tunggu. Memang awesome!
agak2 sesapa yg ada simptom2 mcm ni tak digalakkan naik. Ala. Okje. Dtg jauh2 nk amik gamba je?
yeah. kami la pejuang dari malaysia! 
Setiap park ada mesin buat coin ikut theme masing2. So kalo saje nk collect coins yg unik2
utk kenangan bole la buat kat sini. Bayaran $2 xsilap aku
abaikan model xbertoliah kat depan tu. Yang kat belakang tu battlestar dgn cyclon.
Rollercoaster ni biasa2 aje. Macam kat genting je la. Tapi aku tetap menjerit. wahahaha
Ni la rollercoaster yg dimaksudkan. Tak silap aku cyclon rasanya. Biasa2 aje kan. setakat kaki tergantung je. Wahahaha
Pintu masuk mummy. Besar kan benda alah kat luar tu.
Dalam ni ada mummy train. Yang ni aku rase lg seram dari 2 rollercoaster kat luar td.
Dah la dalam gelap. Siap reverse lagi. berdebor koooo. Terbaik!
waktu ni memang panas gile. Baru lepas tgk shrek 4D. Best jugak. Wajib pegi.

signage utk restrooms yg berbeza utk setiap theme park. Dan restroom dia pun berbeza. 
Dah penat. Sebelum balik sempat lg bergambar dulu. 
Antara hasil tangkapan. Tak boleh nak tangkap banyak2. mahal la woi. kehkeh
Aku paling suka biskut ni. Aku makan lambat. Dah sampai malaysia baru makan.
Rupanya sedap bangat. Rugi aku xbeli banyak2.

Kalo ikutkan memang banyak lagi gamba aku nak letak dalam entry ni. Tapi apakan daya. Aku pun malas. Gamba ada dekat 300 lebih kot. Kalo bole nak letak ikut theme. Ni pun aku gighkan diri buat entry ni. Korang yang tak pegi lagi bole la tengok sendiri yer. 


p/s: Alamak. terlupa nk letak watermark. xpela. xde org curi pun. heeeee. 


06 March 2013

Ko kenapa tak kawin lagi ni?


Kenapa ramai sangat tanya aku nape aku tak kawin lagi. Ya. Aku paham. Umur aku nak masuk 23 30 tahun bulan lapan ni. Pompuan plak tu. Tapi kalo dah kata jodoh aku belum tiba lagi, nak kena paksa kawin jugak-jugak ke? Kadang-kadang rasa terguris jugak perasaan ni bila orang tanya macam tu. Tapi mulut org kita tak bole nak tutup. Mereka ada hak jugak nak tanya dan mereka juga kena paham ia melibatkan perasaan dan emosi orang yang ditanya. 

Salah satu sebab aku tak kawin sebabnya aku pun takla serius smpai rasa nak ke jinjiang pelamin dengan sape-sape pun buat masa ni. Naluri tu biasa-biasa je. Kawan ramai tapi takde la terpikir sampai nak serius. Kalo ada pun bukan dia ada perasaan dengan aku dan dia dah takde perasaan dengan aku. So sia-sia je. Abaikan perasaan bertepuk sebelah tangan ni. 

Sebab kedua. Bila dah meningkat dewasa ni, barulah aku sedar tanggungjawab anak sulung ni sangat la besar. Kalo aku dah kawin awal2 kemungkinan tak rasa sgt la tanggungjawab tu. Bila umur dah meningkat ni, mak abah pun dah semakin uzur, aku pun tak kawin lagi dan aku harus jaga diorang. Memandangkan adik-adik aku semuanya berjauhan dengan family. Ada yg belajar, kerja dan kawin. Macam yg aku cerita sebelum ni, abah pun accident, mak pun tak berapa nak sihat. sikit sebanyak kena pikul sedikit tanggungjawab diorang. Kalo aku dah kawin, rasa macam susah jugak nak jalankan tanggungjawab sebagai anak dan isteri. So ada hikmahnya aku tak kawin lagi. No excuse utk aku pikul tanggungjawab sebagai anak.

Tapi aku yakin Allah dah tentukan jodoh aku. Buat masa ni, aku bersyukur dengan apa yang aku ada. Tak susah pun hidup single ni. Seronok jer. Suka hati aku je nak buat apa. Korang yang dah kawin tu jangan la sibuk2 nak tanya bila nak kawin. Korang yang dah kawin tu pun tak semestinya tak bole hidup single balik. Jangan riak sangat. Hahahaha. Macam mendoakan keruntuhan rumahtangga org je. Tapi doa org yang teraniaya kan dimakbulkan Allah. Muahahah.