Skip to main content

Cuti-cuti ke Universal Studio Singapore (USS)

Perkongsian cuti di USS

Pada 19 dan 20 Mac 2013, aku, zana dan miza telah menjejakkan kaki ke bumi Singapura. Sebenarnya dah lama benar berhajat nak pergi universal studio singapore (USS). Sekali ada org ajak memang tak menolak la. Pegi jugak. Tak kira. Sebab aku memang suka pegi theme park macam ni dan trip ke USS tempoh hari memang awesome!

Kami pergi dengan pakej yang ditawarkan oleh tareeq al jannah serendah RM267 seorang dewasa. Bole la klik fb Tareeq Al Jannah untuk informasi lebih lanjut. Servis mereka cepat. Senang berurusan dengan mereka. Pakej RM267 ni adalah bayaran untuk pakej 2hari 1malam termasuk penginapan hotel di JB, tiket masuk USS dan shuttle bas pergi balik JB-USS-JB.

Untuk transport dari bangi kami kena urus sendiri. Dari Bangi ke JB kitorang naik Air Asia yg berharga RM26 saja. Kebetulan ada promosi masa bulan Februari haritu. ApA lagi. Cepat-cepat la beli. Masa balik dari JB ke Kajang kami balik naik keretapi dgn tiket berharga RM31 sahaja. Jimat kan. So sapa2 rasa nak pegi bole la pegi jenguk sekarang jugak!

Tapi kalo korang nak beli tiket sendiri pun boleh. Boleh beli online. Tiket sahaja tak silap aku $68 untuk weekdays. Kalo weekend $78. Kalo RM lebih kurang RM190. Terpulang la. Try la rancang perjalanan korang bebetul. Alhamdulillah. Perjalanan kami berjalan dengan lancar. Selamat pergi dan pulang.

Ada 7 theme park berbeza iaitu Hollywood, New York, Sci-Fci City, Egypt, Lost World, Madagascar dan FarFar Away. Semuanya berbeza suasana, muzik, restrooms dan gerai2 yang berbeza. Moh kite tengok gambar sepanjang trip ke USS

sampai2 mestila nak amik gambar kat sini sebelum org ramai


New York park. Ada sesame street. Korang jgn risau. Setiap tempat ada volunteer
yang tolong amikkan gambar.
So takde la susah2 sgt nk mintak tlg org amikkan gambar. 

Nampak macam lengang je kat luar ni. sila masuk dalam yer.
Transformers 3D battle ride mmg wajib pegi.

Transformers 3D battle ride. Kat dlm ni memang beratur panjang
tapi sangat berbaloi tunggu. Memang awesome!

agak2 sesapa yg ada simptom2 mcm ni tak digalakkan naik. Ala. Okje. Dtg jauh2 nk amik gamba je?

yeah. kami la pejuang dari malaysia! 

Setiap park ada mesin buat coin ikut theme masing2. So kalo saje nk collect coins yg unik2
utk kenangan bole la buat kat sini. Bayaran $2 xsilap aku

abaikan model xbertoliah kat depan tu. Yang kat belakang tu battlestar dgn cyclon.
Rollercoaster ni biasa2 aje. Macam kat genting je la. Tapi aku tetap menjerit.

Ni la rollercoaster yg dimaksudkan. Tak silap aku cyclon rasanya. Biasa2 aje kan. setakat kaki tergantung je. Wahahaha

Pintu masuk mummy. Besar kan benda alah kat luar tu.
Dalam ni ada mummy train. Yang ni aku rase lg seram dari 2 rollercoaster kat luar td.
Dah la dalam gelap. Siap reverse lagi. berdebor koooo. Terbaik!

waktu ni memang panas gile. Baru lepas tgk shrek 4D. Best jugak. Wajib pegi.

signage utk restrooms yg berbeza utk setiap theme park. Dan restroom dia pun berbeza.
 
Dah penat. Sebelum balik sempat lg bergambar dulu. 

Antara hasil tangkapan. Tak boleh nak tangkap banyak2. mahal la woi. kehkeh


Aku paling suka biskut ni. Aku makan lambat. Dah sampai Malaysia baru makan.
Rupanya sedap bangat. Rugi aku tak beli banyak2.

Kalo ikutkan memang banyak lagi gamba aku nak letak dalam entry ni. Tapi apakan daya. Aku pun malas. Gamba ada dekat 300 lebih kot. Kalo bole nak letak ikut theme. Ni pun aku gighkan diri buat entry ni. Korang yang tak pegi lagi bole la tengok sendiri yer. 


p/s: Alamak. terlupa nk letak watermark. xpela. xde org curi pun. heeeee. 


Comments

Popular posts from this blog

Penutup 2022 - Proses pembersihan

Assalamualaikum. Lamanya la tak jenguk blog ni. Sebenarnya dah tahap bosan tengok media sosial sekarang. Dah macam tak privasi. Semua nak buat untuk content. Tapi ada la yang baiknya. Banyak je panduan boleh ikut. Cuma kadang-kadang rasa ada juga la sifat ko ada aku pun nak ada. Lepastu mula la rasa down. Betul la orang kata. Kita jangan terpengaruh dengan apa yang orang ada lebih dari kita. Tapi tu la. Kita ni manusia biasa. Ye dak? Aku delete semua posting lama. Sayang. Tapi aku rasa macam kebudakan sangat pulak bila baca. Malu. Kecuali posting tentang arwah. Supaya aku tak lupa kehilangan arwah kak Wan yang banyak bantu dan ada dengan aku masa susah dan senang. Aku takkan lupa kak wan sampai bila-bila. Al-Fatihah untuk beliau. Salah satu tujuan nak menulis semula adalah untuk galakkan menulis. Sepatutnya dalam bidang research ni kena la menulis jurnal ke buku ke. Tapi sejak duduk di sekretariat ni, nak menulis tu kurang. Kurang idea. Kurang motivasi. Bila menulis blog ni pula, ada b

Rindu pada arwah

Belek-belek gamba dalam dropbox nak cari gambar untuk letak dalam report, tetiba teringat dengan arwah kak wan. Terjumpa gambar aku dengan dia. Teringat gelak tawa dia, keluh kesah dia, tangisan dia. Arwah dulu sangat la baik orangnya. Tak pernah nak sakitkan hati orang lain. Kerja pun rajin. Tak pernah berkira dengan aku. Terlalu banyak fikir masalah orang lain sampai dia sendiri yang sakit. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Allah lebih mengetahui apa yang terjadi. Kita sebagai hamba redha dengan pemergian dia. Harini genap setahun pemergian arwah. Alfatihah untuk Wan Nor Sazwana Wan Khalib Semoga beliau tenang di sana Amin :(( *8 November 2013*