06 March 2013

Ko kenapa tak kawin lagi ni?


Kenapa ramai sangat tanya aku nape aku tak kawin lagi. Ya. Aku paham. Umur aku nak masuk 23 30 tahun bulan lapan ni. Pompuan plak tu. Tapi kalo dah kata jodoh aku belum tiba lagi, nak kena paksa kawin jugak-jugak ke? Kadang-kadang rasa terguris jugak perasaan ni bila orang tanya macam tu. Tapi mulut org kita tak bole nak tutup. Mereka ada hak jugak nak tanya dan mereka juga kena paham ia melibatkan perasaan dan emosi orang yang ditanya. 

Salah satu sebab aku tak kawin sebabnya aku pun takla serius smpai rasa nak ke jinjiang pelamin dengan sape-sape pun buat masa ni. Naluri tu biasa-biasa je. Kawan ramai tapi takde la terpikir sampai nak serius. Kalo ada pun bukan dia ada perasaan dengan aku dan dia dah takde perasaan dengan aku. So sia-sia je. Abaikan perasaan bertepuk sebelah tangan ni. 

Sebab kedua. Bila dah meningkat dewasa ni, barulah aku sedar tanggungjawab anak sulung ni sangat la besar. Kalo aku dah kawin awal2 kemungkinan tak rasa sgt la tanggungjawab tu. Bila umur dah meningkat ni, mak abah pun dah semakin uzur, aku pun tak kawin lagi dan aku harus jaga diorang. Memandangkan adik-adik aku semuanya berjauhan dengan family. Ada yg belajar, kerja dan kawin. Macam yg aku cerita sebelum ni, abah pun accident, mak pun tak berapa nak sihat. sikit sebanyak kena pikul sedikit tanggungjawab diorang. Kalo aku dah kawin, rasa macam susah jugak nak jalankan tanggungjawab sebagai anak dan isteri. So ada hikmahnya aku tak kawin lagi. No excuse utk aku pikul tanggungjawab sebagai anak.

Tapi aku yakin Allah dah tentukan jodoh aku. Buat masa ni, aku bersyukur dengan apa yang aku ada. Tak susah pun hidup single ni. Seronok jer. Suka hati aku je nak buat apa. Korang yang dah kawin tu jangan la sibuk2 nak tanya bila nak kawin. Korang yang dah kawin tu pun tak semestinya tak bole hidup single balik. Jangan riak sangat. Hahahaha. Macam mendoakan keruntuhan rumahtangga org je. Tapi doa org yang teraniaya kan dimakbulkan Allah. Muahahah. 

7 comments:

cik gObu said...

xper hanim, kawan kak jija ramai je yg kawen lambat

tanggungjawab kita kt keluarga yg lebih penting

senyum je bila orang tanya ok
sebab org luar takkan paham

:: Mrs.Eady :: said...

percaya pada ketentuan ALLAH SWT kan..

cik paja hanim said...

@cikgobu heheh. okje. mampu tersengih lagi. tapi kadang2 rasa nk tumbuk je muka yg tanye tu. hahahaha.

@mrs eady tq. sy percaya pada ketentuan-nya. insyallah. doakan saya. :)

khatadiabo said...

Kita leh trima status diorg dah kawin. Kenapa diorg tokleh trima kita lum kawin. Itu namanya takdir n ketentuan

cik paja hanim said...

betul tu en k. sabar je la. nnt kita buat forum utk org2 single mcm kita k. :))

Hidayah said...

betul...mulut org yg tak sensitip mmg begitu...ada je nak tanya lelebih personal orang..

haaiisshh..

sabar aje lah..

*nanti kalau dah hilang sabar.. tempelak je balik org tu..hehe..

Anonymous said...

Tp mulut org kat luar sana tu mcm bertih jagung baru keluar dari kuali panas