15 July 2013

selamat berpuasa kengkawanggg



Assalamualaikum. Belum terlambat rasanya aku nk wish selamat berpuasa bagi kaum muslimin dan muslimat. Sudah enam hari kita berpuasa. Biasanya mcm tahun lepas - lepas rajin aku nk melukis la ape la. Tahun ni sekadar ucapan aje la. Pun okay kot. Tu semua tak penting. Yang penting harapan aku pada bulan puasa ni, dapat memperbaiki apa yang patut. Contohnya kalau kengkadang termiss solat terutamanya solat subuh atau subuh gajah, diharap bulan puasa ni takde rekod-rekod sebegitu. Sama jugak macam perkara-perkara lain yang biasanya kita selalu abaikan seperti membaca al-quran. Selalu fikir takde masa. Jadi bila dah masuk bulan puasa ni, time2 tak makan bole la baca kannnn. Takde la membuta je kejenya. Dan lagi satu masa bulan puasa ni, bola la kurangkan sikit menyebut perkataan-perkataan yang tak enak untuk didengar. 

Apepun ikutla niat masing-masing. Kalo kita ada niat nak perbaiki diri sendiri insyaallah akan nampak perubahannya kalo kita betul-betul ikhlas menjalankan ibadahnya. Selamat menjalankan ibadah puasa dengan jayanya. Aminnnnn.