28 September 2013

saya dah jadi mak long!

Assalamualaikum,

Mak long nak tanya ni. Semua sihat? Ehem. Aku jakun kejap sebab dah dapat title maklong. Angah dah selamat bersalin anak sulung beliau. Wan Khayla Adelia. Gegirl ko. Berat 3.82kg. Bersalin normal pada 25 September lepas. Gila dasyat. Tapi alhamdulillah. Semuanya selamat. Seminggu awal dari tarikh yang sepatutnya. Aku pulak baru berpeluang melawat angah dan Adelia harini. Gara-gara sibuk dengan kerja dan menguruskan mak ke klinik pada hari biasa. Aku dah start rindu ngan Adelia sebab comel to the max, bambam sangat rasa nk bawak balik umah aja. Okay dah. Short entry saja sebab anak orang lain. Bukan anak aku. hahahahha. Bye. :))

senyumlah. senyumlah ahai cek mek molek
kan saya kata nak tido. okay. saya bukak kejap je. syuhhh. pegi balik.
saya ngantuk. tolongla. 
saya nak tido. jangan kaco. bye. nanite.

Dugaan bulan September

Assalamualaikum,

Miss me? Mestila tak kan. Harini gua rasa gua nak update sket entry tentang apa yg berlaku bulan september ni. Disebabkan bulan september ni dah nak habis, bole la gua update sket entry bangun tido gua. Ala. Macam satu lagu tu. Wake me uppppp when september end. So?

Tahun ni macam dugaan sket kat aku. Dugaan yg menimpa family. Sebelum ni abah aku accident. Kali ni mak aku pulak masuk hospital gara-gara luka kat kaki dan bernanah dalam. Ada masalah kencing manis pulak. Ko boleh agak la macamane teruk keadaannya kan? Keadaannya takde la sampai potong kaki ke apa. Cuma keadaannya agak teruk kalo dibiarkan bole melarat. Silap2 bole bawak maut. Ngeri ko tau.

31 Ogos mak demam menggigil tahap tak tau nak cakap cemana. Aku paksa dan heret mak aku naik kusi komputer beroda turun dari flet. Hantar kecemasan HKL dan kena tahan kat zon kritikal sebab low blood pressure dan gula tinggi. Tahan wad dan seterusnya keadaan mak agak kritikal. Sesak nafas. Jantung agak lemah. Waktu tu tuhan aje yang tahu perasaan aku cemana. Puas aku pujuk mak aku suh bertenang sebab doc kata kalo mak terus bernafas macam tu nafas dia bole terhenti bila2 masa saja. Selepas pujuk mak aku tenang jua. Lega. Kena tahan ICU. Ready untuk operate buang nanah dalam kaki sebelum melarat. Semuanya berlaku dalam masa sehari. Syabas HKL. Tindakan mereka agak cepat. 

Syukur alhamdulillah operation berjalan lancar dan selamat semuanya. Tahan wad ortopedik selama 2 minggu. Selepas balik umah kena cuci kaki 2 hari sekali. Terpaksa jugak aku ulang alik Bangi-KL almost setiap hari. Nasib baik la aku ni takde komitmen lain selain bekerja. Kalo aku dah kawin ke ada anak ke, takde sapa pulak nak jaga mak. Sekarang ni alhamdulillah kaki mak sedang beransur pulih walaupun luka operation agak besar. Amik masa nak baik. Dari hari ke hari ada feedback yang positif dari klinik. Terima kasih Ya Allah kerana masih lagi beri peluang untuk mak teruskan hidup. Berharap sangat mak dapat jaga kesihatan betul-betul. Sapa tak sayang mak woiiiii.

Okla. Entry bercerita sampai di sini saja. Aku nk tulis entry lain pulak. Doakan mak gua cepat sembuh ya. I lap you. Muaaaahhhhhh

tido siap pegang penggaru lagi. 

tido pegang sesambil cium limau pulak. sebab bau macam2 kat hospital.
Pening kepala katanya. hahahahhaha

Dah macam gangster kampung pisang dah mak aku. Gagagagagaga