Perkongsian cuti di USS
Pada 19 dan 20 Mac 2013, aku, zana dan miza telah menjejakkan kaki ke bumi Singapura. Sebenarnya dah lama benar berhajat nak pergi universal studio singapore (USS). Sekali ada org ajak memang tak menolak la. Pegi jugak. Tak kira. Sebab aku memang suka pegi theme park macam ni dan trip ke USS tempoh hari memang awesome!
Kami pergi dengan pakej yang ditawarkan oleh tareeq al jannah serendah RM267 seorang dewasa. Bole la klik fb
Tareeq Al Jannah untuk informasi lebih lanjut. Servis mereka cepat. Senang berurusan dengan mereka. Pakej RM267 ni adalah bayaran untuk pakej 2hari 1malam termasuk penginapan hotel di JB, tiket masuk USS dan shuttle bas pergi balik JB-USS-JB.
Untuk transport dari bangi kami kena urus sendiri. Dari Bangi ke JB kitorang naik Air Asia yg berharga RM26 saja. Kebetulan ada promosi masa bulan Februari haritu. ApA lagi. Cepat-cepat la beli. Masa balik dari JB ke Kajang kami balik naik keretapi dgn tiket berharga RM31 sahaja. Jimat kan. So sapa2 rasa nak pegi bole la pegi jenguk sekarang jugak!
Tapi kalo korang nak beli tiket sendiri pun boleh. Boleh beli online. Tiket sahaja tak silap aku $68 untuk weekdays. Kalo weekend $78. Kalo RM lebih kurang RM190. Terpulang la. Try la rancang perjalanan korang bebetul. Alhamdulillah. Perjalanan kami berjalan dengan lancar. Selamat pergi dan pulang.
Ada 7 theme park berbeza iaitu
Hollywood, New York, Sci-Fci City, Egypt, Lost World, Madagascar dan
FarFar Away. Semuanya berbeza suasana, muzik, restrooms dan gerai2 yang berbeza. Moh kite tengok gambar sepanjang trip ke USS
|
sampai2 mestila nak amik gambar kat sini sebelum org ramai
|
|
New York park. Ada sesame street. Korang jgn risau. Setiap tempat ada volunteer
yang tolong amikkan gambar.
So takde la susah2 sgt nk mintak tlg org amikkan gambar.
|
|
Nampak macam lengang je kat luar ni. sila masuk dalam yer.
Transformers 3D battle ride mmg wajib pegi.
|
|
Transformers 3D battle ride. Kat dlm ni memang beratur panjang
tapi sangat berbaloi tunggu. Memang awesome!
|
|
agak2 sesapa yg ada simptom2 mcm ni tak digalakkan naik. Ala. Okje. Dtg jauh2 nk amik gamba je?
|
|
yeah. kami la pejuang dari malaysia!
|
|
Setiap park ada mesin buat coin ikut theme masing2. So kalo saje nk collect coins yg unik2
utk kenangan bole la buat kat sini. Bayaran $2 xsilap aku
|
|
abaikan model xbertoliah kat depan tu. Yang kat belakang tu battlestar dgn cyclon.
Rollercoaster ni biasa2 aje. Macam kat genting je la. Tapi aku tetap menjerit.
|
|
Ni la rollercoaster yg dimaksudkan. Tak silap aku cyclon rasanya. Biasa2 aje kan. setakat kaki tergantung je. Wahahaha
|
|
Pintu masuk mummy. Besar kan benda alah kat luar tu.
Dalam ni ada mummy train. Yang ni aku rase lg seram dari 2 rollercoaster kat luar td.
Dah la dalam gelap. Siap reverse lagi. berdebor koooo. Terbaik!
|
|
waktu ni memang panas gile. Baru lepas tgk shrek 4D. Best jugak. Wajib pegi. |
|
signage utk restrooms yg berbeza utk setiap theme park. Dan restroom dia pun berbeza. |
|
Dah penat. Sebelum balik sempat lg bergambar dulu. |
|
Antara hasil tangkapan. Tak boleh nak tangkap banyak2. mahal la woi. kehkeh
|
|
Aku paling suka biskut ni. Aku makan lambat. Dah sampai Malaysia baru makan.
Rupanya sedap bangat. Rugi aku tak beli banyak2. |
Kalo ikutkan memang banyak lagi gamba aku nak letak dalam entry ni. Tapi apakan daya. Aku pun malas. Gamba ada dekat 300 lebih kot. Kalo bole nak letak ikut theme. Ni pun aku gighkan diri buat entry ni. Korang yang tak pegi lagi bole la tengok sendiri yer.
p/s: Alamak. terlupa nk letak watermark. xpela. xde org curi pun. heeeee.
Comments