Skip to main content

Rindu pada arwah



Belek-belek gamba dalam dropbox nak cari gambar untuk letak dalam report,
tetiba teringat dengan arwah kak wan.
Terjumpa gambar aku dengan dia.
Teringat gelak tawa dia, keluh kesah dia, tangisan dia.
Arwah dulu sangat la baik orangnya.
Tak pernah nak sakitkan hati orang lain.
Kerja pun rajin.
Tak pernah berkira dengan aku.
Terlalu banyak fikir masalah orang lain sampai dia sendiri yang sakit.
Tapi Allah lebih sayangkan dia.
Allah lebih mengetahui apa yang terjadi.
Kita sebagai hamba redha dengan pemergian dia.

Harini genap setahun pemergian arwah.
Alfatihah untuk Wan Nor Sazwana Wan Khalib
Semoga beliau tenang di sana
Amin
:((

*8 November 2013*





Comments

Popular posts from this blog

Review K-Drama: Our Blues (2022)

 #1 OUR BLUES Sejak subscribe semula Netflix ni, rajin pulak melayan K-drama. So aku cadang nak share review ringkas setiap K-drama or movie yang aku tonton kat Netflix. So, K-drama pilihan kalini adalah Our Blues yang ditayangkan tahun 2022. Ada 20 episode yang boleh ditonton di Netflix sekarang. Yang membuatkan aku terpanggil untuk tonton drama ni adalah pemandangan lokasi di Pulau Jeju, Korea yang cantik dan menenangkan. Selain tu cerita ini berunsurkan kasih sayang, kekeluargaan dan semangat kejiranan yang tinggi. Ada yang romantik, sedih dan kekadang tu geram eh diorang ni bercakap berbual macam orang nak gaduh je. Ada cerita disebalik pasangan bercinta, suami isteri, kawan baik, keluarga adik beradik dan jiran-jiran. So setiap 1 atau 2 episod tu ada tajuk untuk memori setiap pasangan yang ditampilkan. Ada part berjaya menitiskan air mata. Beberapa episod terakhir memang sedih. Setiap episod digarab dengan baik. Tak rugi tengok cerita ni sampai akhir. Terbaik! Aku taknak cerit...

Cuti-cuti ke Universal Studio Singapore (USS)

Perkongsian cuti di USS Pada 19 dan 20 Mac 2013, aku, zana dan miza telah menjejakkan kaki ke bumi Singapura. Sebenarnya dah lama benar berhajat nak pergi universal studio singapore (USS). Sekali ada org ajak memang tak menolak la. Pegi jugak. Tak kira. Sebab aku memang suka pegi theme park macam ni dan trip ke USS tempoh hari memang awesome! Kami pergi dengan pakej yang ditawarkan oleh tareeq al jannah serendah RM267 seorang dewasa. Bole la klik fb Tareeq Al Jannah untuk informasi lebih lanjut. Servis mereka cepat. Senang berurusan dengan mereka. Pakej RM267 ni adalah bayaran untuk pakej 2hari 1malam termasuk penginapan hotel di JB, tiket masuk USS dan shuttle bas pergi balik JB-USS-JB. Untuk transport dari bangi kami kena urus sendiri. Dari Bangi ke JB kitorang naik Air Asia yg berharga RM26 saja. Kebetulan ada promosi masa bulan Februari haritu. ApA lagi. Cepat-cepat la beli. Masa balik dari JB ke Kajang kami balik naik keretapi dgn tiket berharga RM31 sahaja. Jimat kan. So s...

Sewa Rumah di Evo Soho Suites, Bandar Baru Bangi

EVO SOHO SUITE, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR KADAR SEWA Sebelum pindah ke rumah landed bulan Mac 2023, hampir 4 tahun aku menetap di Evo Soho Suite, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi sejak tahun 2019. Pengalaman menyewa di rumah studio memang menarik ditambah dengan memang keinginan nak duduk rumah tinggi dan berkonsepkan studio ala-ala hotel. Bagi yang single dan baru berkahwin memang sesuai la duduk rumah begini. Owner pun baik sangat. Rate sewa pun antara RM900 - RM1,500 bergantung kepada kemudahan bilik yang ada. Keluasan rumah pun tak silap aku dalam 450 sqft camtu la. Unit yang aku duduk ada balkoni. So nyaman dan relaks. KELENGKAPAN RUMAH Untuk unit yang aku sewa, semua peralatan elektrik ada. TV, peti ais, sofa, coffee table, induction cooker, katil, kettle, hot shower, mesin basuh, aircond, kabinet baju dan dapur, meja solek, iron dan iron board. Haaaa. Lengkap ye. Aku masuk rumah tu bawak diri dan baju je. Unit yang aku sewa ni bersih dan barang semua elok. Mungkin penyewa sebelum ...