Skip to main content

Sewa Rumah di Evo Soho Suites, Bandar Baru Bangi

EVO SOHO SUITE, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR


KADAR SEWA

Sebelum pindah ke rumah landed bulan Mac 2023, hampir 4 tahun aku menetap di Evo Soho Suite, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi sejak tahun 2019. Pengalaman menyewa di rumah studio memang menarik ditambah dengan memang keinginan nak duduk rumah tinggi dan berkonsepkan studio ala-ala hotel. Bagi yang single dan baru berkahwin memang sesuai la duduk rumah begini. Owner pun baik sangat. Rate sewa pun antara RM900 - RM1,500 bergantung kepada kemudahan bilik yang ada. Keluasan rumah pun tak silap aku dalam 450 sqft camtu la. Unit yang aku duduk ada balkoni. So nyaman dan relaks.

KELENGKAPAN RUMAH

Untuk unit yang aku sewa, semua peralatan elektrik ada. TV, peti ais, sofa, coffee table, induction cooker, katil, kettle, hot shower, mesin basuh, aircond, kabinet baju dan dapur, meja solek, iron dan iron board. Haaaa. Lengkap ye. Aku masuk rumah tu bawak diri dan baju je. Unit yang aku sewa ni bersih dan barang semua elok. Mungkin penyewa sebelum ni sangat menjaga rumah tu. Ni contoh gambar dalam unit evo yang ada dalam iklan. Kredit gambar kepada orang ni. Aku tengok dia publish nak jual unit tu. Tapi ini la gambaran kelengkapan yang ada kalau korang menyewa dekat Evo ni.




KEMUDAHAN BANGUNAN

Kemudahan di Evo ni antaranya ada kolam renang yang view dia agak cantik dan saiz agak besar juga. Gym pun ada tapi barang tak banyak sangat la dan ada kawasan rekreasi kat paras yang sama. Masa zaman keinsafan nak mengejar step ada jugak la aku brisk walk kat paras 10 ni. So far ok. Menenangkan. Selain itu, Evo suite ni bawahnya ada shopping mall. Dulu sendu. Sekarang aku tengok cam hidup sikit la mall tu. Ada Aeon Supermarket, Parkson, Daiso, Mr DIY, Watson dan macam-macam lagi sekarang ni. Rasa macam best masa zaman Covid haritu boleh turun bawah je nak beli barang dapur dan keperluan. Sangat mudah. Siap boleh bawak troli naik sampai atas. Lepastu hantar la balik ya ke bawah. Parking ada dari level 6-9. Untuk studio memang dia bagi satu parking. Kalau unit duplex, dia bagi 2 kad access untuk parking. Kalau rumah studio, nak lebih kad parking ko kena bayar pulak setiap bulan lebih kurang RM63 camtu. Kad parking dan lif berbeza ya. Kalau nak naik residen memang kena pakai acces kad yang tuan rumah bagi.

Pemandangan dari bawah luar mall. 

View dari unit yang aku stay dulu, tingkat 18

Masa bulan mengambang memang jelas nampak.
Sunset pun nampak tau dari sini

Alat yang ada di gym

Alat yang ada di gym

swimming pool with the morning view. cantik woi

Cantik kan view yg ada? Memang menenangkan. Dekat balkoni, aku letak kerusi meja untuk healing sebentar lepas balik keje. So ko bayar sewa rumah ni berbaloi la dengan apa yang ko dapat. Ada sesetengah cakap-cakap jugak mahal sewa EVO ni. Tapi bagi aku worth every penny.  Selepas 4 tahun akhirnya aku pindah rumah landed yang aku beli. Sebelum aku beli rumah, memang aku dah fikir awal-awal, aku nak duduk rumah studio ni sementara saja. So memang mudah masa nk pindah rumah. Aku tak perlu angkut segala mak nenek peralatan rumah. Bawak diri saja. So fikir sebelum decide nak sewa rumah yang macamana mengikut kemampuan dan keinginan korang. 










Comments

Popular posts from this blog

Review K-Drama: Our Blues (2022)

 #1 OUR BLUES Sejak subscribe semula Netflix ni, rajin pulak melayan K-drama. So aku cadang nak share review ringkas setiap K-drama or movie yang aku tonton kat Netflix. So, K-drama pilihan kalini adalah Our Blues yang ditayangkan tahun 2022. Ada 20 episode yang boleh ditonton di Netflix sekarang. Yang membuatkan aku terpanggil untuk tonton drama ni adalah pemandangan lokasi di Pulau Jeju, Korea yang cantik dan menenangkan. Selain tu cerita ini berunsurkan kasih sayang, kekeluargaan dan semangat kejiranan yang tinggi. Ada yang romantik, sedih dan kekadang tu geram eh diorang ni bercakap berbual macam orang nak gaduh je. Ada cerita disebalik pasangan bercinta, suami isteri, kawan baik, keluarga adik beradik dan jiran-jiran. So setiap 1 atau 2 episod tu ada tajuk untuk memori setiap pasangan yang ditampilkan. Ada part berjaya menitiskan air mata. Beberapa episod terakhir memang sedih. Setiap episod digarab dengan baik. Tak rugi tengok cerita ni sampai akhir. Terbaik! Aku taknak cerit...

Cuti-cuti ke Universal Studio Singapore (USS)

Perkongsian cuti di USS Pada 19 dan 20 Mac 2013, aku, zana dan miza telah menjejakkan kaki ke bumi Singapura. Sebenarnya dah lama benar berhajat nak pergi universal studio singapore (USS). Sekali ada org ajak memang tak menolak la. Pegi jugak. Tak kira. Sebab aku memang suka pegi theme park macam ni dan trip ke USS tempoh hari memang awesome! Kami pergi dengan pakej yang ditawarkan oleh tareeq al jannah serendah RM267 seorang dewasa. Bole la klik fb Tareeq Al Jannah untuk informasi lebih lanjut. Servis mereka cepat. Senang berurusan dengan mereka. Pakej RM267 ni adalah bayaran untuk pakej 2hari 1malam termasuk penginapan hotel di JB, tiket masuk USS dan shuttle bas pergi balik JB-USS-JB. Untuk transport dari bangi kami kena urus sendiri. Dari Bangi ke JB kitorang naik Air Asia yg berharga RM26 saja. Kebetulan ada promosi masa bulan Februari haritu. ApA lagi. Cepat-cepat la beli. Masa balik dari JB ke Kajang kami balik naik keretapi dgn tiket berharga RM31 sahaja. Jimat kan. So s...