06 June 2015

Saya jadi warga Chini!

2015

Tahun yang agak membawa tuah pada aku. 6 tahun aku tunggu. Akhirnya.....

Dah 2 bulan aku stay di Chini. Transfer for good. Back to nature. Rata-rata reaksi member-member dan staff di UKM macam terkejut bila aku kena pindah Chini. walaupun aku org KL, tak semestinya aku tak leh duduk kampung. Eh. Chini ni bukan la pedalaman sangat. Chill bro. So far bole je aku adapt dengan keadaan kat sini. Ada internet kat umah. kat ofis di tasik ada tapi slow. Tapi stil bole whatsapp kira ok la kan. Masih boleh beri komitmen. Boleh la cakap sebab tak kahwin lagi. Cuba kalau dah kahwin. Duduk jauh-jauh plak tu. Mau menangis setiap minggu nak balik. Heh.

Pada permulaan ni, aku tak rasa sunyi sangat sebab student-student master dan phd bawah prof stay dekat sini. Maybe mereka stay untuk 6 bulan atau setahun. Sempat le aku nak adapt dalam tempoh ni. Housemate pun baik-baik belaka. Ala. budak-budak ofis jugak. Walaupun diorang ni buat kerja bertiga-tiga, tapi perangai dan cara kerja masing-masing berbeza.

Nanti sambung lagi. Nak mentekedarah. 

jalan menuju kejayaan. ecece

lab microbiology. kat sini la aku bertapa

antara kerja-kerja yg aku buat bila ada student datang sini

labmate, officemate, jimba-jimba mate :p



08 November 2014

rindu pada arwah


Belek-belek gamba dalam dropbox nak cari gambar untuk letak dalam report,
tetiba teringat dengan arwah kak wan.
Terjumpa gambar aku dengan dia.
Teringat gelak tawa dia, keluh kesah dia, tangisan dia.
Arwah dulu sangat la baik orangnya.
Tak pernah nak sakitkan hati orang lain.
Kerja pun rajin.
Tak pernah berkira dengan aku.
Terlalu banyak fikir masalah orang lain sampai dia sendiri yang sakit.
Tapi Allah lebih sayangkan dia.
Allah lebih mengetahui apa yang terjadi.
Kita sebagai hamba redha dengan pemergian dia.

Harini genap setahun pemergian arwah.
Alfatihah untuk Wan Nor Sazwana Wan Khalib
Semoga beliau tenang di sana
Amin
:((

*8 November 2013*





19 September 2014

monolog


Penat la nak mintak tolong orang. Kalo aku berkebolehan buat dah lama aku buat. Dalam erti kata aku give up skang ni. Kecewa. Tapi takde pun yang faham ape yang aku alami skang ni. Ko tau nak marah je. Cuba kalo ko yang handle, i'm sure ko pun terkontang-kanting. Arghhhh. Pergi meninggal la segala masalah itu. 


09 September 2014

sweet 31

27 August 2014

Happy birthday to me.
Happy birthday to me.
Happy birthday to faza.
Happy birthday to me.

Forever alone. LOL.

This year brought me a lot of happiness.
Thanks a lot to those people wished me before, during and after my birthday
Got a lot of threats and presents.
Appreciate what i got and what i have.

*Hugsssss*


birthday cake from officemates

5 tin of varies nescafe from housemate

Perfumes and makeup. Ehem.

Cakes and coffee with art latte decorated special for me. Thanks zana!
i forgot to take picture for some threats. Maybe next time.
How old i am?
Already got an amnesia. Sigh.