Skip to main content

Posts

Review K-Drama: Our Blues (2022)

 #1 OUR BLUES Sejak subscribe semula Netflix ni, rajin pulak melayan K-drama. So aku cadang nak share review ringkas setiap K-drama or movie yang aku tonton kat Netflix. So, K-drama pilihan kalini adalah Our Blues yang ditayangkan tahun 2022. Ada 20 episode yang boleh ditonton di Netflix sekarang. Yang membuatkan aku terpanggil untuk tonton drama ni adalah pemandangan lokasi di Pulau Jeju, Korea yang cantik dan menenangkan. Selain tu cerita ini berunsurkan kasih sayang, kekeluargaan dan semangat kejiranan yang tinggi. Ada yang romantik, sedih dan kekadang tu geram eh diorang ni bercakap berbual macam orang nak gaduh je. Ada cerita disebalik pasangan bercinta, suami isteri, kawan baik, keluarga adik beradik dan jiran-jiran. So setiap 1 atau 2 episod tu ada tajuk untuk memori setiap pasangan yang ditampilkan. Ada part berjaya menitiskan air mata. Beberapa episod terakhir memang sedih. Setiap episod digarab dengan baik. Tak rugi tengok cerita ni sampai akhir. Terbaik! Aku taknak cerita le

Sewa Rumah di Evo Soho Suites, Bandar Baru Bangi

EVO SOHO SUITE, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR KADAR SEWA Sebelum pindah ke rumah landed bulan Mac 2023, hampir 4 tahun aku menetap di Evo Soho Suite, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi sejak tahun 2019. Pengalaman menyewa di rumah studio memang menarik ditambah dengan memang keinginan nak duduk rumah tinggi dan berkonsepkan studio ala-ala hotel. Bagi yang single dan baru berkahwin memang sesuai la duduk rumah begini. Owner pun baik sangat. Rate sewa pun antara RM900 - RM1,500 bergantung kepada kemudahan bilik yang ada. Keluasan rumah pun tak silap aku dalam 450 sqft camtu la. Unit yang aku duduk ada balkoni. So nyaman dan relaks. KELENGKAPAN RUMAH Untuk unit yang aku sewa, semua peralatan elektrik ada. TV, peti ais, sofa, coffee table, induction cooker, katil, kettle, hot shower, mesin basuh, aircond, kabinet baju dan dapur, meja solek, iron dan iron board. Haaaa. Lengkap ye. Aku masuk rumah tu bawak diri dan baju je. Unit yang aku sewa ni bersih dan barang semua elok. Mungkin penyewa sebelum

Penutup 2022 - Proses pembersihan

Assalamualaikum. Lamanya la tak jenguk blog ni. Sebenarnya dah tahap bosan tengok media sosial sekarang. Dah macam tak privasi. Semua nak buat untuk content. Tapi ada la yang baiknya. Banyak je panduan boleh ikut. Cuma kadang-kadang rasa ada juga la sifat ko ada aku pun nak ada. Lepastu mula la rasa down. Betul la orang kata. Kita jangan terpengaruh dengan apa yang orang ada lebih dari kita. Tapi tu la. Kita ni manusia biasa. Ye dak? Aku delete semua posting lama. Sayang. Tapi aku rasa macam kebudakan sangat pulak bila baca. Malu. Kecuali posting tentang arwah. Supaya aku tak lupa kehilangan arwah kak Wan yang banyak bantu dan ada dengan aku masa susah dan senang. Aku takkan lupa kak wan sampai bila-bila. Al-Fatihah untuk beliau. Salah satu tujuan nak menulis semula adalah untuk galakkan menulis. Sepatutnya dalam bidang research ni kena la menulis jurnal ke buku ke. Tapi sejak duduk di sekretariat ni, nak menulis tu kurang. Kurang idea. Kurang motivasi. Bila menulis blog ni pula, ada b

Rindu pada arwah

Belek-belek gamba dalam dropbox nak cari gambar untuk letak dalam report, tetiba teringat dengan arwah kak wan. Terjumpa gambar aku dengan dia. Teringat gelak tawa dia, keluh kesah dia, tangisan dia. Arwah dulu sangat la baik orangnya. Tak pernah nak sakitkan hati orang lain. Kerja pun rajin. Tak pernah berkira dengan aku. Terlalu banyak fikir masalah orang lain sampai dia sendiri yang sakit. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Allah lebih mengetahui apa yang terjadi. Kita sebagai hamba redha dengan pemergian dia. Harini genap setahun pemergian arwah. Alfatihah untuk Wan Nor Sazwana Wan Khalib Semoga beliau tenang di sana Amin :(( *8 November 2013*

Cuti-cuti ke Universal Studio Singapore (USS)

Perkongsian cuti di USS Pada 19 dan 20 Mac 2013, aku, zana dan miza telah menjejakkan kaki ke bumi Singapura. Sebenarnya dah lama benar berhajat nak pergi universal studio singapore (USS). Sekali ada org ajak memang tak menolak la. Pegi jugak. Tak kira. Sebab aku memang suka pegi theme park macam ni dan trip ke USS tempoh hari memang awesome! Kami pergi dengan pakej yang ditawarkan oleh tareeq al jannah serendah RM267 seorang dewasa. Bole la klik fb Tareeq Al Jannah untuk informasi lebih lanjut. Servis mereka cepat. Senang berurusan dengan mereka. Pakej RM267 ni adalah bayaran untuk pakej 2hari 1malam termasuk penginapan hotel di JB, tiket masuk USS dan shuttle bas pergi balik JB-USS-JB. Untuk transport dari bangi kami kena urus sendiri. Dari Bangi ke JB kitorang naik Air Asia yg berharga RM26 saja. Kebetulan ada promosi masa bulan Februari haritu. ApA lagi. Cepat-cepat la beli. Masa balik dari JB ke Kajang kami balik naik keretapi dgn tiket berharga RM31 sahaja. Jimat kan. So s